Written by serenity | July 18th, 2012

Biasanya kita mengenali kucing sebagai kucing saja dan tak ramai dari kita mengambil tahu tentang baka-baka kucing yang wujud di sekeliling kita. Namun dari segi populariti, ini ialah senarai sepuluh baka kucing paling popular:-

1. Siam
PhotobucketDengan mata birunya yang menawan, tak hairanlah ia dikatakan jenis kucing paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam, manakala sikap ingin tahunya memang legenda.

2. Parsi
PhotobucketKucing parsi yang penuh glamour ialah baka kucing kedua paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel. Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.

3. Maine Coon
PhotobucketBaka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, anjing sekalipun. Ia juga gemar mengekor ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun.

Lagi 7 baka kucing dengan membaca entri ini sepenuhnya.

4. Ragdoll
Photobucket
Matanya yang besar memang menarik perhatian, kucing baka ini juga mempunyai personaliti yang menarik.

5. Bengal
Photobucket
Atletik, bijak, aktif dan berdikari. Ianya tidak sejinak kucing-kucing lain, tetapi ia sukakan perhatian dan ia juga suka berjalan, anda perlu pakaikan tali pada lehernya.

6. Himalaya
Photobucket
Biasanya kucing baka ini dihasilkan dengan mengacukkan baka Siam dengan baka Parsi. Maka dengan itu secara semulajadi ia mempuyai personaliti kucing Parsi iaitu tenang tetapi ia juga mempunyai sifat kucing Siam yang sangat ingin tahu.

7. American Shorthair
Photobucket
Ini ialah kucing biasa. Ianya suka bermain, suka dimanjakan dan bertoleransi. Asalkan ianya bersosial dengan baik semasa di peringkat anak kucing, ia tidak ada masalah untuk bercampur dengan tetamu dan haiwan peliharaan lain bila dewasa.

8.Manx
Photobucket
Dikenali dengan mudah kerana ia tiada ekor, tetapi ia kucing yang bijak dan suka bermain. Ianya biasanya hanya akan rapat dengan seorang saja ahli keluarganya, tidak seperti kucing jenis lain yang gemar berkongsi kasih sayang.

9. Russian Blue
Photobucket
Ianya sedikit pendiam, bijak dan mudah disayangi. Ia juga tidak banyak karenah berbanding baka kucing yang lain.

10. Sphynx

PhotobucketBulunya seperti jaket kulit suede, ianya sejenis kucing yang gemar dipuji untuk keletahnya.

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

30 responses to (10 GAMBAR) Sepuluh Baka Kucing Paling Popular

  1. sheela says:

    sy ad 4 jenis kucing dr senarai diatas! yeay!!

  2. senorita suri says:

    saya minat sangat maine coon. ade tak sesape yang sudi sedekah jariahkan maine coon sekor? hu3 nak beby.

  3. sayasukakucing says:

    mix persian ada la..nak tak?

  4. mawar says:

    My one is himalaya…

  5. ros says:

    sy pn nk seekor kalo ader yg nk bg free huhu

  6. ros says:

    sy pn minat..kalo ader nk bg sekor percume nk jgk huhu

  7. aidda says:

    saya ada bengal..tp kucing saya OKU..pekak..hoho.

  8. nurul says:

    saya ada semua jenis kecuali no 10 je….yahoooo!

  9. sha says:

    kalau kucing kg biasa tu kucing apa??? bengal ke??
    kt rumah bnyk kucing siam n kacukan parsi je…

  10. karl mirmo says:

    sy da sekoq..dah mix2 tau la baka apa..klu nk leh tgok pic kat fb..tq nara update tntang kucing..sy suka kucing..

  11. fahnees says:

    suami suka sgt kucing kampung..kategori yg maner yer? dulu ader bela kucing..(kucing terbiar,suami kutip bela). Skang tak dpt bela sbb ader baby..tgu la baby besar skit nanti..klu jumpa lg kucing terbiar,leh ambik bela.

    • serenity says:

      Kucing kampung biasanya dipanggil domestic short hair. Sama la dengan saya, hanya ambil kucing terbiar untuk dipelihara. :)

  12. deli says:

    oo baru sy tau kucing saya toto jenis maine coon

  13. dieba says:

    ade sesiapa ade maine coon? nakkk! :)

    • jamak says:

      saya ada maine coon nak ke? bagi free jer sbb dah banyk………

      • hisham71 says:

        Jamak yg budiman = sy berminat betul2 amat2 sgt2 dgn maine conn = dh 4 bulan tiap2 hari sy tengok kucing maine conn ni kt web2 berkenaan tp lom ada kemampuan utk memiliki nya = jk jamak ada banyak boleh lah bg 1 = di dahului dgn ucapan terima kasih jamak..

      • rezyan says:

        Jamak,
        Masih ade lagi ke ? kalu ade saya nak.. Kat umah saya ade 2 ekor maine coon jantan.. Nak cari yang betina wat peneman..
        TQ

  14. Miss Kira (@cassieyunnie) says:

    teringin nak bela maine coon..yg sphnx tu dah ada seekor sebijik mcm tu.. hehehe
    ada sapa tahu x dekat mana jual maine coon yg murah??

    if ada, pm me.. ;)

  15. suriydah says:

    Asskum saya sdang mcari ank kucing baka jenis sphynx cat…kalu ada cll saya 019 7447749

  16. nak cari kucing siam sepasang says:

    nak cari kucing siam sepasang area batu pahat 0177761957

  17. emma says:

    salam….ade sesaper nk sedekah maine coon x buat teman? teringin sesgt………..Jamak : ade lg x maine coon yg nk disedekahkn? klu de sesaper nk bg leh col sy ye 014-2317100……tq

  18. nanun nightray says:

    nak kucing maine coon

  19. nk maine coon says:

    sy pn nk maine coon..brp rm nk jual..

Leave a Comment

Optional