Written by serenity | May 5th, 2012

Biasanya kita mendengar yang baik-baik tentang individu yang mendaki gunung tertinggi di dunia iaitu Everest di pergunungan Himalaya. Namun sebenarnya, Everest bukanlah gunung yang selamat untuk para pendaki. Menurut forum Bodybuilding.com, terdapat lebih 200 mayat pendaki tersadai di sana. Mereka terpaksa dibiarkan sebegitu saja kerana sukar dibawa turun.
Photobucket
Pendaki Everest sedia maklum tentang keadaan pendakian di Everest. Terdapat satu kawasan yang dipanggil Zon Maut, di mana bekalan oksigen sangat kurang. Sekiranya tidak membawa tangki oksigen, pendaki berdepan kemungkinan kekurangan oksigen yang menyebabkan halusinasi.
PhotobucketKebanyakan kematian berpunca kerana pendaki mengambil keputusan untuk ‘tidur sebentar’ dan mereka kemudiannya tidak bangun-bangun.

PhotobucketDi Zon Maut, ada anggota badan pendaki yang berkemungkinan mendapat ‘frost bite’, iaitu kebekuan yang meyebabkan anggota badan seperti jari jemari menjadi mati.

PhotobucketMayat-mayat yang tersadai ini dibiarkan kerana apabila mendaki, pendaki hanya boleh menjaga diri mereka sendiri. Sekiranya menolong, tenaga dan oksigen perlu ditumpukan kepada pendakian akan digunakan untuk membantu mereka yang pastinya gagal diselamatkan, dan mereka yang cuba menyelamatkan orang lain juga berdepan kemungkinan untuk mati.
Photobucket
Beberapa orang pendaki pernah cuba menyelamatkan seorang wanita yang tersadai di Zon Maut. Wanita itu membuka semua pakaiannya (kemungkinan kerana halusinasi) jadi mereka memakaikan pakaiannya, dan cuba membantunya. Mereka tidak berjaya membawanya bergerak bersama mereka. Selepas sejam, wanita itu tidak sedarkan diri, dan akhirnya menghembuskan nafas terakhir. Rupanya wanita itu mendaki bersama dengan suaminya. Suaminya cuba untuk mendapatkan pertolongan untuk isterinya yang mengalami kekurangan oksigen (tidak membawa tangki bersama) tetapi terjatuh dari cerun gunung dan mati.
PhotobucketKumpulan tadi tidak terus mendaki, sebaliknya turun, dan kemudiannya mengumpulkan wang semula untuk kembali mendaki Everest bagi memberikan mayat wanita itu pengebumian yang sepatutnya.
Photobucket
Keadaan cuaca yang menghampiri atau kurang dari paras beku menyebabkan kebanyakan mayat tidak mereput seperti biasa. Selama bertahun-tahun, mayat mereka berada dalam keadaan elok, begitu juga dengan pakaian dan gear mereka, jadi mayat mereka kemudiannya digunakan untuk mengukur penanda aras semasa mendaki Everest.

PhotobucketSebagai contoh, ini ialah mayat George Mallory yang jatuh dari cerun gunung pada tahun 1924.

PhotobucketSalah seorang pendaki pernah menyatakan, perkara paling sukar ialah mendaki dan melepasi mayat-mayat terbiar ini.

PhotobucketBagaimanapun, ini tidak mematahkan semangat pendaki. Perlu diingat, di sebalik lebih 200 mayat ini, ada beribu pendaki yang berjaya menawan puncak Everest. Kata mereka, ‘hidup seperti benar-benar hidup, dan mati melakukan perkara yang disukai, dalam mengejar matlamat. Tiada penyesalan.’

12 responses to (10 GAMBAR)Ada Lebih 200 Mayat Pendaki Tersadai Di Gunung Everest

  1. teddy love says:

    slalu dengar yg baik2 ja….dpt tawan evrst bagai…..hhuhukhk….

  2. dy says:

    Kesian pendaki2,x ada ka pihak yg d pertanggung jawab utk menguruskan mayat2 tersebut.sedih.

    • serenity says:

      pernah ada usaha dibuat oleh polis nepal utk menguruskan mayat, tetapi pasukan yg dihantar ini juga jatuh dan mati.

  3. concern says:

    mcm mna dgn helicopter?sedih nya..:-(

    • aedy says:

      kat gnng everest bkn snng helikopter nak terbang, dah ler tmpat yg mati tuu tmpat tinggi sejuk dan kerap berlaku angin kencang..kbnyakan helikopter boleh terbang just 4000-6000m.. kalo dpt pi kwsan mangsa pon ade mslah lagi nak mndarat amik mgsa tah silap2 helikopter gak yg terhmpas…

  4. Anonymous says:

    hu2,sgt kesian

  5. sunshine says:

    mmg salute pada mereke yang dpt tawan gunung everest ni

  6. Anonymous says:

    tampilkan poto mayat yg tewas di everest

  7. azrul says:

    kesiannya mereka tak naik gunung everest

  8. Anonymous says:

    hmm…. bukankah georgr mllory itu pelakon….. maybe dia jatuh dari everest mountain because licin kot… hmm kesiankan diaorang tak naklah pergi mendaki everest mountain ingatkan everest mouintain tu ada dekat Malaysia bu Nepal….. hish kesiannya… hmmm

  9. Nur Aishah says:

    hmm…. bukankah georgr mllory itu pelakon….. maybe dia jatuh dari everest mountain because licin kot… hmm kesiankan diaorang tak naklah pergi mendaki everest mountain ingatkan everest mouintain tu ada dekat Malaysia bu Nepal….. hish kesiannya… hmmm

Leave a Comment

Optional