Written by serenity | April 4th, 2012

Ada antara gambar-gambar ini bertaraf 13SG, jadi nasihat ibu bapa diperlukan jika membaca entri ini.

Pengeboman Atom Hiroshima dan Nagasaki

Gambar di atas memaparkan satu-satunya peristiwa penggunaan aktif bom-bom atom dalam sejarah manusia. Pada penghujung Perang Dunia Kedua, Amerika Syarikat menjatuhkan dua buah bom atom ke atas bandar-bandar Jepun, Hiroshima dan Nagasaki. Kesannya, 90,000 hingga 160,000 orang terbunuh di Hiroshima dan 60,000 hingga 80,000 di Nagasaki.

Hukuman Bunuh Ke Atas Seorang Tentera Vietcong

Foto di atas bertajuk “Jeneral Nguyen Ngoc Loan menghukum seorang banduan Viet Cong di Saigon”, dan dianggap antara gambar-gambar paling terkenal dalam sejarah kewartawanan. Jurugambar Amerika, mendiang Edward Adams dianugerahkan hadiah Pulitzer bagi gambar yang menunjukkan Ketua Polis Nasional Vietnam Selatan, melaksanakan hukuman bunuh ke atas seorang tentera Vietcong.

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Sekiranya anda mempunyai bakat seni: jenaka, bermain muzik, menari atau apa saja, anda berpeluang untuk menampilkan bakat anda di Bazar Seni Industri Budaya. Hadir ke perkarangan Panggung Bandaraya pada pukul 2.30 petang, 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini untuk menyerlahkan bakat anda. Hubungi Rahmat di 03-2052 3600 untuk pendaftaran / keterangan lanjut atau like Fanpage Bazar Seni.


Serangan 11 September

.

Pada September 2001, keganasan melanda Amerika apabila dua kapal terbang penumpang dirampas oleh anggota-anggota pertubuhan Al-Qaeda dan menghentam menara berkembar di New York dan menyebabkan kematian 3,000 nyawa yang tidak bersalah. Beberapa gambar menunjukkan beberapa orang yang terperangkap terjun kerana menyelamatkan diri dari dibakar api marak, yang menyebabkan mereka terbunuh.

Penjara Abu Gharib

Setahun selepas penaklukan Iraq, laporan-laporan penyiksaan, rogol dan pembunuhan terhadap banduan-banduan yang ditahan di penjara Abu Gharib telah muncul, dan pelakunya ialah pegawai-pegawai tentera Amerika Syarikat dibantu oleh agensi-agensi kerajaan yang lain.

Anak Kecil dan Burung Hering

Gambar ini diambil oleh seorang jurugambar Afrika Selatan, mendiang Kevin Carter, menunjukkan seorang anak kecil Sudan yang kebuluran berhenti untuk merehatkan tubuhnya yang lemah dalam dia merangkak ke arah pusat makanan Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu yang berdekatan, manakala burung Hering berada dekat dengannya untuk meratah tubuhnya bila dia mati. Gambar ini telah membolehkan Carter dianugerahkan hadiah Pulitzer, malang sekali imej ini sentiasa menghantui Carter, menyebabkan dia dilanda kemurungan dan akhirnya membunuh diri.

Bapa Palestin Melindungi Anak Lelakinya

Gambar-gambar di atas ialah dari satu senario yang diambil oleh jurugambar France 2 berdekatan Semenanjung Gaza. Video ini menunjukkan seorang lelaki Palestin, Jamal Al-Durrah, cuba melindungi anak lelakinya yang berusia 12 tahun, Muhammad Al-Durrah, dalam pada berlindung di balik sebuah dinding konkrit, memberikan isyarat dan meminta tentera Israel berhenti menembak. Anak lelaki Jamal telah ditembak mati manakala Jamal pula cedera parah.

Hector Pieterson (Pemberontakan Soweto)

Hector Pieterson menjadi ikon pemberontakan  Soweto  pada tahun 1976 di Afrika Selatan, apabila dia ditembak mati oleh pihak polis yang menghalang protes para pelajar. Dalam gambar diatas, mayatnya diangkat oleh seorang rakan pelajar.

Pengebumian Seorang Anak Kecil Yang Tidak Dikenali (Bencana Bhopal )

Gambar di atas menunjukkan salah satu dari 3,787 kematian yang disebabkan oleh bencana Bhopal pada tahun 1984 di mana gas toksik telah dilepaskan dari sebuah loji racun serangga. Terdapat 40,000 kes lagi disahkan menyebabkan penyakit dan kecacatan.

Pembunuhan Dua Pemuda Kulit Hitam Oleh Sebuah Kumpulan

Foto yang mengejutkan ini menunjukkan dua pemuda kulit hitam dibelasah dan digantung sampai mati oleh sekumpulan orang kulit putih kerana dituduh merogol seorang gadis kulit putih dan membunuh teman lelakinya. Apa yang lebih teruk dari keadaan mayat yang berlumuran darah ialah wajah gembira orang-orang yang terlibat bertindak sendiri menghukum mereka.

Orang Yahudi Terakhir Vinnisa

Orang Yahudi Terakhir Vinnisa” (Kiri) menunjukkan seorang lelaki Yahudi sedang melutut di hadapan satu kubur besar-besaran hendak ditembak kepala oleh seorang anggota Skuad Maut SS Paramilitari, Einsatzgruppe D.

 

16 responses to (10 GAMBAR)Foto-Foto Yang Menggemparkan Dunia

  1. KUYA says:

    wow..~~ nice lha…

  2. pacik rokman says:

    kejamnya! hampir semua kekejaman drp askar US.

  3. errkkk???? yg peristiwa 11 september 2 bkn ke thn 2001 ke????

  4. Audrey Hepburn says:

    Daripada zaman Nabi Adam manusia sudah berbunuhan. Pembunuhan pertama adalah pembunuhan Habil oleh Qabil. Semuanya kerana hasutan syaitan.

    Iblis sudah berjanji dgn Allah SWT bahawa dia akan menghasut umat manusia sehingga mereka merosakkan sesama sendiri hingga ke hari kiamat. Kerosakan itu termasuklah bunuh, fitnah, adu domba, maksiat, etc etc etc.

    Hurm…moga kita semua dibersihkan hati daripada melakukan perbuatan-perbuatan keji tersebut.

  5. Aku says:

    Ak suka gambar Bapa Palestin Melindungi Anak Lelakinya

  6. h@neyDEW says:

    alhamdulillah kat negara kita x ada tu smua….tapi hati aku sedih sgt2 tengok pic bapa ngan ank mati kena tembak tu…….:(

  7. kagum says:

    sedih tengok anak kecil yang kebuluran tu.. yang burung hering leh plak standby nak tunggu ratah dia.. aduhai.. sedih nya…

  8. stylo says:

    sedihnya abg nara..tp masih bersyukur hdup di Malaysia..wlwpun kini saban hari kita dijaja cerita bunuh membunuh di akhbar2..semoga keinsafan hinggap di hati setiap manusia yg kejam.

  9. enw says:

    subahanalah… ya allah…,tempatkn la mereka di tempat2 mereka yg beriman… bby..,bapa & ank..,budak kecil kebuluran..,& org2 islam..,tempat mu di sisi-NYA…

  10. Sarah says:

    Ya Allah..sedih sangat tgk bapa Palestin lindungi anak tu..bayangkan betapa takutnya dia masa bersungguh-sungguh nak lindungi anak..hanya Allah s.w.t. yg tahu..

  11. sedar says:

    ya Allah…gambar bapa lindungi anak tu sungguh menyentuh perasaan. bersyukurlah…..Malaysia ni aman….teringat anak-anak di rumah….
    Ya Allah…lindungilah mereka…

  12. ain says:

    klik this..

  13. SITI says:

    menggeletar seluruh tubuh (tetibe) bila melihat gambar bapa palestin melindungi anaknya daripada tembakan dan saat anak terkulai di pangkuan…takkkk sangguupp…

  14. YUSNI says:

    Sungguh menyayat hati, kejam dan tak tau apa nk ckap lg…kejam manusia cam binatang….

  15. rainbow says:

    video bapa yg melindungi ank dkat palestin waktu berita beberapa tahun lepas masih segar dlm kepala..
    sebak stp x tgk gmbar mereka..hanya mampu mendoakan dr jauh.. =’)

  16. amy alia says:

    Bersyukur kita msih ada

Leave a Comment

Optional