Written by serenity | April 22nd, 2012

Di zaman sekolah, kita semua biasa membeli gula-gula dari kedai. Biasanya hanya membeli yang murah (tiada Ferrero Rocher) dan gula-gula yang amat popular sekitar 80-an dan 90-an ini masih boleh didapati sehingga ke hari ini.

Tora dan Ding Dang
Photobucket
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?

Gula-gula Arnab Putih
Photobucket
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung kali ketiga pada 12 dan 13 Mei ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai 2.30 petang hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Untuk maklumat lanjut dan terkini, like Facebook Bazar Seni Industri Budaya.


Gula-gula Udang
PhotobucketIni ialah kegemaran kami.  Isi dalamnya diperbuat dari gula merah, disaluti susu dan sehelai kertas yang boleh dimakan, diperbuat dari beras. Nyam nyam!

Gula-gula Tablet

PhotobucketJuga dikenali sebagai gula-gula ubat kerana rupanya yang berbentuk tablet, gula-gula ini memiliki perisa susu yang kemudiannya dibezakan dengan perisa tambahan, antaranya ros, coklat, jagung dan kelapa.

Gula-gula Sugus

PhotobucketGula-gula Sugus dikenali kerana ianya boleh dikunyah dan kenyal, rasanya biasanya dari rasa buah seperti oren, strawberi, mangga dan anggur.

Gula-gula Bendera

PhotobucketPasti anda biasa melihat gula-gula ini bukan? Dikenali kerana bendera Malaysia, gula-gulanya terletak di ruang kosong dalam pemegang bendera. Rasanya seperti gula standard, sedikit rasa coklat dan disaluti pelbagai warna.

Nini Cokelat Celup

PhotobucketSatu paket mengandungi beberapa batang biskut yang boleh dicelup dalam coklat cair dan dimakan.

Trevor t-Drops

PhotobucketYang ini agak mahal, jadi agak jarang juga dapat dibeli kanak-kanak. Ianya terdiri dari gula-gula keras pelbagai perisa buah yang disaluti serbuk yang  tidak kami ingat jenisnya. Besar kemungkinan glukos.

Bubble-gum

Photobucket

Yang ini boleh dikunyah, menghasilkan perisa buah dalam mulut dan bila sudah cukup dikunyah, boleh ditiup menjadi belon. Klasik.

Gula-gula Kenyal

Photobucket

Yang ini teksturnya kenyal, ada sedikit seperti rasa marshmallow dan disaluti gula halus. Kami fikir rasanya sama saja seperti rasa buah limau, cuma warnanya yang berlainan.

Amaran: makan gula-gula dalam kadar yang banyak berbahaya untuk kesihatan!

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

TAGS:
PERHATIAN: Pihak AmazingNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AmazingNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

38 responses to (10 GAMBAR)Gula-gula Zaman Persekolahan Yang Klasik

  1. zara says:

    wahhh..betul..mengimbau balik zaman kanak2 XD

  2. kamalin sofiya says:

    rindu pd zaman kanak2 dulu..semua tu dapat mkn.. skrg ni mcm dh takde dah..yg ada pun beberapa kerat je

  3. aza says:

    Teringat zaman dulu…budak2 skrg dah tak mkn gula2 cam niii…

  4. sabariah busri says:

    teringat kat zaman kanak2 dulu…

  5. oohh farahnabila says:

    sumpah.. rindu.. >,< mneh nk cri gula2 udang ng tora tuh skg??

  6. spiceberry says:

    Lg 1 abg nara lupa..gula2 susu bentuk love yg ade gmbr lembu kat packet dia tuh..perisa coklat n susu.

  7. mom to be says:

    Tgok semua ni tingat zmn kanak2 n arwah abah yg sll belikan,rindunyer

  8. nazariah ahmad says:

    hehehe..teringat zaman dolu2..time skolah..klo mak soh g kedai bli barang mesti bli gula2 tablet/sugus/gula2 udang takpun buble gam..bergantung duit balance bli brang yg mak kasi..

  9. zawani jussoh says:

    yelah…rindunya kt zaman muda dlu…paling best gula2 udang tu..selalu wat magik kt kengkawan yg xnak makan kertas yg leh makan kt dalam tuh…hehehe…

  10. echah says:

    gula2 udang tu ader lg sekarang..cuma dia punyer pembalut dh lain dan dh tentu rasa pun xsama cam dulu2….gula2 getah beli yg dlm pembalut ada 3 biji dlm tue n buble gum yg ader 2 color hitam n putih…

  11. mizz says:

    sume harus ada ms zaman kecit2 dl..tp byk dah beza rs dia wlupun still ada smpi skg…gula2 bendera tu x penah lg jumpa tp yg lain klu msh ada yg tingin p pasar seni ada 1 kedai runcit uncle india ctu mmg ada jual sume benda2 ni…aku hrp msh ada lg sbb dah lm gak x p CM…

  12. cik n says:

    slalu bli gula2 udang…5 sen dpt 3 biji…bnyk..hehehehe

  13. Aduhaiya says:

    Tora datang lagi…

  14. caei says:

    sangat mengimbau zaman kanak2…thanks abg Nara msukkan entry ni..

  15. shanteq says:

    ketawa sorang2 bile baca post ni..sangat mengimbau knangan zaman kanak2..;p

  16. hafiz says:

    Same la dgn aku.. Zaman kanak2 sume gula2 ni aku mkn.. Gula2 susu tu paling suka,tp katanya ada brg merbahaya lak… Ai,teringat zaman budak2..

  17. pacik rokman says:

    rasanya gula2 rabbit tu ada lg sbb hari tu aku dh terbeli. camne ni? kata bahaya. ;(

  18. feeza says:

    coklat susu tuh dulu seposen 5 biji…skang brape ek..

  19. faiizahmy says:

    Tak mkn gula2 tapi mkn Kandos, chocolate camel, windmolen, wafer zip, … Mkn coklat2 nie… Chocolate camel dlm kotak coklat… Windmolen ada kismis dlmnya… Berzaman dah tak jumpa…

  20. kfc says:

    aku dulu klu dpat mkn t-drops tu, aku rsa aku dh kaya,dh hebat gila..bleh berlagak dpan kwn2.haha

  21. TanpaNama says:

    giler old skool…teringat kenangan zaman bebudak dolu2..

  22. bobok says:

    suka nye gula2 udang tu !!! suke makan plastik die . time tu rasa amaze sgt sbb plastik pmbalut die cair dalam mulut .. haha.. old school .. 90′s sangat =)

  23. lieya jasni says:

    senyum sendiri bila tgk gambar gula² nih…paling x leh lupe, gula² Trevor t-Drops…arwah abah yg slalu belikan, bila dpt, jaga sgt² sbb takut serbuk putih kt dlm tu tumpah…ngehehehe~ {teringat zaman sekolah rendah} :) )

  24. nora says:

    teringat zaman kecik2 dulu…1 lg gula2 yg bentuk huruf 8 tu xde dlm gambar..my faveret :)

  25. Ingat masa keci-kecil dulu. Makan benda tu.

  26. tazliana says:

    haha.. mse kcik2 dlu fames gula2 hantu. kalu mkn jek, lidah jadik warne biru.. ikot perise. hahaha.

  27. Laila says:

    haaah..tringat msa kecik2..tiap ari sabtu g pasr malm beli tora…
    Nini coklat celup..celup..celupp

  28. hazel aida says:

    ingat lagi x gula2 yg dlm plastik kuning emas..dalam mcm panjang n dipotong kecik2..berhabuk n rasemasin2..hahaha..ape namanye xtawla..sedap betol….

  29. putri_eve says:

    hahaha..sumer gula2 tu aku dah pnh mkn..
    plg best gula2 t drops tu..bekas dia leh simpan..
    kira antara gula2 mahal la time tu hahaha

  30. Gila Udang says:

    aq bru mkn gula2 udang smlm…tringat zman bdak2….waaa

  31. zaman dulu dtg kmbali says:

    sper ingt gla2 duit…rsa dy msm2 mnis…wana coklat-pink gitu la…dsusun btingkt2…de g skrng nie!!

  32. Stella says:

    Hello very nice website!! Man .. Excellent .. Superb .
    . I’ll bookmark your blog and take the feeds also? I’m satisfied to find numerous helpful information right here within the submit, we’d like work out more techniques in this regard, thanks for sharing. . . . . .

  33. wawa says:

    huhu….sy tgh pregnant first baby…tearing in Sgt mkn gula2 susu arnab n gula2 udang.puas da sy cr tp xjmpe..ni soh suami cr kn KT melaka pulak.memandang kn dia keje KT sane….sape tau Ade jual KT mn2 btau LA ye…..sian KT sy…

Leave a Comment

Optional