menarik

(15 GAMBAR)Pameran 100 Tahun Nestle: Pempakejan Asal Produk Nestle Yang Klasik

Buat pengetahuan anda, kami telah berkesempatan untuk menghadiri Majlis Pelancaran Pameran 100 Tahun Nestle di Muzium Negara pagi tadi. Pameran ini berlangsung pada 15 Mac lepas sehingga 15 Mei ini.  Tahukah anda Nestle mula bertapak di Malaysia pada tahun 1912 di Pulau Pinang? Kami tampilkan beberapa gambar produk keluaran Nestle yang berbeza pempakejan awalnya berbanding sekarang.


Produk mi segera Maggi mula dipasarkan pada tahun 1965. Lagi 13 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya. Untuk melihat lebih lagi pelbagai utiliti menarik di pameran ini, anda boleh mengunjungi sendiri pameran sepanjang dua bulan ini. Tiket masuk untuk pengunjung 13 tahun ke atas ialah RM 2 dan untuk kanak-kanak 6 – 12 tahun RM 1 sahaja, dari 9.00 pagi hingga 6.00 petang.













Comments 6

  1. nana

    antiknyer…

  2. Zainal 1972

    Aku paling tak boleh lupa Susu Cap Junjung yang ada cop merah kepala lembu tu. Siap ada lagu lagi – minumlah susu cap junjuuuuuuuuuuuung….! Kami lawan nyanyi siapa paling panjang sebut perkataan junjung tu!

    Aaaaah….indahnya zaman kanak-kanak (“,)

  3. milah

    susu cap junjung pilihan mak dulu masa kecik2..

  4. donut_cute

    sungguh klasik. kena pergi ni, rugi lau tak g

  5. cicakiut

    kenapa susu cap junjung dah takder kan di pasaran?

  6. produk israel hmmh!

Leave a Reply