Info Semasa

178 Peluang Kerja Tenaga Mahir Dibuka Di Australia, Ini Senarai Pekerjaan Yang Ditawarkan.

Jabatan Imigresen dan Perlindungan Sempadan Australia telah mengumumkan senarai pekerjaan tenaga mahir baru untuk program pengambilan imigresen bagi tahun 2017-18 yang berkuatkuasa bermula 1 Julai 2017, Sabtu lalu.

Pekerjaan tersebut mempunyai lebih 178 pekerjaan tenaga mahir baru dan pemohon memerlukan DUA visa pekerja ini untuk membolehkan mereka bekerja di sana iaitu:

1. Employer Nominated Scheme (subclass 186) – Direct Entry Stream
2. Temporary Work (Skilled) visa (subclass 457)

Bidang kemahiran awam terbahagi kepada dua iaitu Medium and Long-term Strategic Skills List (MLTSSL) dan Short-term Skilled Occupation List (STSOL).

Pemohon yang mempunyai visa subclass 457, tempoh visa maksimum yang disyaratkan adalah 2 tahun jika pekerjaan itu di bawah STSOL melainkan tempoh lebih lama diperlukan untuk memenuhi kewajipan perdagangan antarabangsa.

4 tahun adalah tempoh visa maksimum yang disyaratkan jika pekerjaan berada di bawah seliaan MLTSSL.

Selaras dengan pembaharuan ini, kerajaan Australia memperbaharui senarai ini setiap enam bulan sekali. Senarai ini disemak berdasarkan konsultasi dan nasihat yang luas dari Jabatan Pekerjaan serta Jabatan Pendidikan dan Latihan tempatan.

Senarai lain boleh tengok di sini

Pemohon yang memerlukan penilaian kemahiran sebagai sebahagian daripada permohonan visa mereka mestilah menghubungi pihak berkuasa penilai yang berkaitan secara langsung untuk mendapatkan penilaian kemahiran.

Sumber : Says

Leave a Reply