Written by AmazingNara | September 15th, 2012

Sudahkan anda menonton trailer filem Innocence of Muslims selama 14 minit yang telah diupload ke YouTube? Kalau belum, anda boleh menontonnya di bawah ini. Oleh kerana filem yang sungguh kurang ajar ini (menghina Nabi Muhammad) telah berlakunya tunjuk perasaan di seluruh dunia.

anti protes

Kebanyakan embassy Amerika Syarikat telah menjadi tempat tunjuk perasaan ini berlaku. Walaupun begitu, pihak Google masih enggan menarik balik video di bawah ini daripada YouTube.

Nakoula Basseley Nakoula, penganut Kristian Koptik Mesir yang merupakan penerbit filem ini pula mengaku tidak menyesal dan sengaja membocorkan 14 minit daripada keseluruhan filem menghina Islam ini di YouTube. Kurang ajar kan? Lagi 19 keping gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

anti protes

anti protes

anti protes

anti protes

anti protes

anti protes

anti protes
anti protes
anti protes
anti protes
anti protes
anti protes
anti protes

anti protes
anti protes
anti protes

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

14 responses to (20 GAMBAR)Tunjuk Perasaan Seluruh Dunia Protes Filem Innocence of Muslims Yang Menghina Islam

  1. Dieba says:

    meremang bulu rome tgk gmbr ni…Allahuakbar..

  2. Anonymous says:

    ya allah semoga diturunkan bala keatas mereka2 yang menghina islam itu janji Allah..Umat islam sendiri tidak pernah megaibkan mana2 agama malah diajarkan untuk hormat menghormati sesama manusai…ya allah turunkanlah bala keatas mereka..ramai2 la kita berdoa…

  3. Anonymous says:

    yg kafir tu dh tentulah kafirnye.. yg islam xmenutup aurat, tak solat tu apa citer.. bukan itu juga dikira menghina nabi & ALLAH ke sbb tak mengikut pon suruhan dan larangan… kita betulkan UMAT ISLAM dahulu sblm nk membantah org yg dh sedia kafirnye…

  4. rynie_nas says:

    Walaupun memang filem ni sangat menampakkan kejahatan nya..tapi bila umat Islam buat tunjuk perasaan bagai sampai ade yg terbunuh, tercedera dan berlaku kekacauan..bukanke itu lagi disukai oleh puak yg kafir ni…itu lah tujuan Mereka membocorkan 14minit trailer citer yg menghina ni …Mereka ada banyak agenda untuk memecah belahkan umat islam salah satunya dengan cerita ni la.

    • hamba Allah says:

      saya setuju, tapi hal-hal yang berkaitan dengan islam nie sangat sensitif, sbb tu la ramai orang islam bertindak macam tu. sbb mereka rasa terhina dengan sikap kurang ajar orang kafir. Mungkin pendekatan untuk protes trailer tu tak sesuai, tapi memandangkan kuasa veto bukan berpihak pada orang islam, dan tak ada negara islam di dunia yang memegang kuasa veto, mustahil utk hal ni diselesaikan dengan cara rundingan. Bukanlah saya menyokong protes yang boleh menyebabkan ramai orang terbunuh, cuma macam saya kata tadi, approach yang mereka guna tu, dari tunjuk perasaan biasa, tapi bila dah ramai sangat, banyak hasutan, itu yang mungkin terjadi pembunuhan. sedangkan kes rohingya pun tak dapat diselesaikan, kena pula sekarang, obama sibuk berkempen untuk pilihanraya, ada ke masa untuk dia fikir cara nak selesaikan hal nie, sbb dia pun sebahagian dari mereka yang kafir….
      Apa yang boleh kita buat, doa pada Allah semoga hal nie dapat diselesaikan, dan apa yang kita mampu buat, macam memboikot atau apa2 aktiviti yang tidak melibatkan keganasan, mungkin boleh membantu utk bagi mereka si kafir cepat2 keluarkan trailer dari youtube dan haramkan terus movie tersebut.

  5. Nureza Aida says:

    Kasihan sangat kat Nakoula Basseley Nakoula sebab terdesak sangat nak popular. Bila dah popular tu, takut pulak keluar rumah. Ha3… Berani buat, berani tanggunglah babe.

  6. Joe Malma says:

    dulu saya duduk di UK, adalah berkawan dengan seorang perempuan dr Spain. Satu hari tu kami tersembang pasal agama dan saya adalh sebut pasal Nabi Muhammad. Kebetulan waktu tu berlakunya penerbitan kartun yg menghina Baginda (yg sebenarnya turut menghina Islam dan penganutnya). Kawan saya ni bertanya kenapa orang Islam bertindakbalas secara agresif terhadap kartun tu. Pada dia, itu cuma joke saja…joke yg sama juga dibuat pada individu2 lain spt Jesus Christ dll. Dia menekankan kepentingan kebebasan bersuara dan memberi pendapat…So kami pun berdebatlah..sepanjang naik bas dari tempat kerja sampai le ke rumah..adalah lebih kurang 40 minit. Susah jugak nak convertkan dia tu. Last2 sekali saya cakap “how do you feel if I swear and make a very crude or even sexual joke about your mother? dia pun kata dia marahlah tapi dai kata dia tak akan bertindak mcm orang Islam bertindak. Dia cuma akan minta saya hentikan penghinaa tu. Saya tanya balik…”how if I continue to swear and curse your mum again ang=d again, ignoring your pleas, knowing that your mum is someone that you love and respect. Will you accept it” dia pun kata dia mungkin akan marah gila.. saya cakap “there ..can you see. You are very angry because I talke bad about someone you love. For Muslims, Muhammad SAW is our beloved. We love him, we imitate him, we follow him. I hope you can see whay we act like that. We plead for you to stop talking bad about Him but you buat bodoh! Then you have to face the consequence”

    Orang yg menulis kartun hina Nabi ni, menerbitkan filem hina Nabi ni bukan orang bodoh dan jahil. Mereka tahu tindakan mereka akan menimbulkan kemarahan orang Islam dan mereka nak orang Islam marah. Mereka suka melihat orang Islam pergi ke jalanraya, bakar tayar, bakar kereta, pecah cermin tingkap.. sampai membunug orang yg tak kena mengena langsung….mereka suka melihat tindakbalsa kita camni

    bolehlah mereka kata “Look those Moslems….barbaric and uncivilised people. Blood thirsty etc”. Demo boleh tapi ada hadnya. Kalau kita kata mereka yang demo dan memberontak ni sbb syangkan Nabi SAW. Kita di Malaysia yang tak buat camtu, tak sayang Nabikah?

    Tindakan macam tu sebenarnya memberikan kesan yang amat negatif pada Islam, pada usaha dakwah et al. Kita janganlah termasuk dalam perangkap orang macam Pastor Jones tu. Kita kena bertindakbalas macam Nabi bertindakbalas. Dengan hikmah, bijaksana dan sabar. Nabi SAW dan sahabat2 baginda tak mainlah baling2 batu, pecah2 tingkap, bakar2 bendera ni..kalau kita mengaku umat Baginda, ikutlah style Baginda..wallahualam

  7. [...] dan yang terakhir dibebaskan dari penjara pada Jun tahun lepas. Filem ini juga menyebabkan rusuhan anti-AS yang melanda di Timur Tengah yang menyebabkan kematian yang kemusnahan harta [...]

  8. Hamba Allah says:

    Saya bersetuju dgn pendapat Joe Malma.. betul tu, kita org Islam ni sememangnya kena sensitif dgn perkara yg berkaitan maruah agama dan umat Islam, kalau bukan kita saper lagi? Lebih2 lagi dgn isu penghinaan yg dibuat oleh kafir laknatullah terhdp junjungan mulia Rasulullah SAW ni, sangat melampau.. dah lama umat Islam dok bersabar dgn anasir2 jahat golongan kafir laknatullah ni, semakin lama semakin parah dan tak putus2 n terus2an si kafir laknatullah ni nak menghina/merosakkan Islam dan umat Islam.. di Palestin, Rohingya, Afghanistan, Iraq, Syria, Selatan Thailand sana tu, hari2 umat Islam di bunuh di sembelih dan dinafikan hak mereka, takde satu pun kuasa besar dunia mcm USA/Eropah dll yg betul2 nak membela nasib mereka.. Sekadar rundingan damai sahaja tapi masih tak selesai/aman.. Kalini lebih teruk dan aib, Rasulullah SAW yg kita sayangi dimalukan n di ejek tanpa sedikitpun rasa bersalah.. takkanlah kita umat Islam masih nak dok diam bila Nabi sendiri di hina di caci sedemikian rupa dan nak menganggap ianya gurauan biasa shj bg pendpt mereka yg liberal atau org Islam yg ‘open’?? takyahlah nak kata atau mengaku diri tu ‘open’ sgt, sbb dgn pendirian semcm itulah umat Islam boleh hancur dan maruah Islam tercemar.. adakah kita masih nak terlalu ‘open’ hingga tiada apa2 rasa di hati utk membela maruah Rasulullah SAW?? Ini bukan perkara biasa atau gurauan biasa, ini soal maruah dan agama islam.. Org kafir mmgla boleh nak kata tak perlu kecoh dgn isu ni sbb org kafir laknatullah ni semmgnya tak hairan dgn agama dan tuan mereka, time susah je mereka nak ingat tuhan mereka malah ada yg langsung tak percaya pd tuhan pun.. Bagi org Islam yg ‘open’ atau tak merasakan isu ni sensitif sgt, tak perlulah nak berapi2 cakap soal kepincangan dlm umat Islam sbb dlm mana2 agama lain pun masih byk kepincangan yg berlaku malah lebih teruk lagi.. sepatutnya kita bersatu hati mencari jalan untuk ajar org kafir laknatullah ni supaya sedar dan serik sbb org2 kafir takkan pernah menolong Islam. Tengoklah orang kafir sendiri, dalam sesetengah perkara mereka pun byk bertengkar bermusuh tapi bila masuk je bab atau isu agama mereka maka mereka automatically akan bersatu walaupun mereka sedar mereka berada di pihak yg salah.. Kalau saudara se-Islam kita di luar negara membuat rusuhan atau apa2 tindakan yg nampaknya agak ‘extreme’ maka ada kewajarannya sbb apa yg mereka dok extremekan sgt tu adalah utk membela maruah Rasulullah SAW yg dihina, dunia dok kata Hak Asasi Manusia termasuklah Hak Untuk Bersuara/Berhimpun diberikan pd semua orang tapi bilamana je org Islam nak menggunakannya ada je suara2 yg mempertikaikan dan membantah..Kita yg tak berdemonstrasi mcm saudara kita di luar negara sana dok diam jelah, jgn pulak nak kutuk sesame umat.. ini dahla tak buat apa2, dok kritik pulak seolah2 membenarkan si kafir laknatullah membuat sesuka hati pulak.. Kafir laknatullah mmglah akan mengutuk dan mencerca semua usaha /tindakan umat Islam.. tetapi sgt yg menyedihkan bila ada golongan umat Islam liberal atau ‘open’ ni pun sama naik nak kutuk org Islam yg bersuara/berdemostrasi yg kononnya agak extreme pd pandangan mata mereka.. Wahai saudara2 se-Islamku bilamana dah ada/dengar sesuatu perkara buruk atau anasir jahat terhadap kesucian Islam cubalah kita umat Islam sedaya-upaya menolong, bersatu, mencegah dan mempertahankan kesuciannya, jika kita tak mampu nak bertindak secara terang2an maka secara senyap2lah.. jika tak buat apa2 sekalipun, tak payahlah nak bagi statement yg menjatuhkan umat Islam dan agama Islam itu sendiri.. Org2 kafir ni makin lama dah makin naik lemak, dah takde rasa hormat mereka pd umat Islam lagi… Wajarlah jika org2 Islam memberontak, setakat 2-3 kerat je org kafir mati di Libya tu bukan perkara besarlah sbb org2 Islam lebih merasai penderitaannya sebelum ini, kini dan bagaimana nanti…..?? Fikir2kanlah sebelum kita berkata…. Semoga roh Islam akan bangkit dan bangkit dan terus bangkit…….. Allahu Akbar!!!

  9. Anonymous says:

    Kalau benar agama Islam agama wahyu, kenapa manusia berusaha untuk membelanya? Bukankah Tuhan itu MAHAKUASA dan MAHABESAR? Dia sendiri tidak akan membiarkan diri-Nya dihina. Dia sendiri akan membela diri-Nya. Dia sendiri yang akan menghukum sesiapa yang menghina diri-Nya. Kita ini hanya manusia biasa. Kenapa kita memandai-mandai menyebabkan keganaasan di mana-mana hanya kerana ini? Kenapa tidak berdoa sahaja kepada Tuhan supaya dia menghukum orang tersebut? Bukankah Tuhan itu sumber kita bergantung dan berharap? Kenapa mesti menyebabkan banyak orang mati kerana pemberontakkan ini? Saya hairan dengan cara ini. Saya hairan kenapa mesti manusia sanggup membunuh dan merosakkan bumi untuk membela penghinaan ini. Macamlah manusia ini berkuasa. Bukankah hanya Tuhan satu-satunya yang berkuasa. Dia Maha tahu, Dia Maha adil dan Dia TAHU apa yang harus dia lakukan. Saya hairan dengan manusia yang MEMANDAI-MANDAI, penuh dendam dan ganas. Hairan aku. :-(

Leave a Comment

Optional