Written by AmazingNara | March 15th, 2010

Haha, memang tergelak sakan tengok Ultraman bergaduh di Keningau ni. Sebenarnya, anak buah kami yang berumur 5 tahun yg memperkenalkan video ini kepada kami. Budak-budak tu dah siap hafal skrip pergaduhan ultraman ni.

“jurus 50 tahun merdeka” hahahha. Sila lah layan~~

 
Written by AmazingNara | March 11th, 2010

Kalau nak kaya kenalah jadi tokey. Ni dia wedding yang giler grand anak tokey arang batu kat China…

Rumah pengantin lelaki

Hantaran

 
Written by AmazingNara | March 10th, 2010

Hujung minggu lepas, acara penutup Le Tour de Langkawi 2010. Kali ni kami rasa terpanggil nak mengetengahkan bakat fotografi anak malaysia kita nih. Sanggup tuh dia menjinjing kamera yang berat tu tengah-tengah KL yang panas semata-mata nak snap gambar para atlit nih. Terima kasih kepada Ali Apeng yang sudi berkongsi gambar-gambar dia ngan kami.

Tahniah buat semua pemenang LTdL kali nih, tapi tumpuan sumer semestinya untuk jaguh tempatan kita, Anuar Manan. Beliau berjaya menyarungkan jersi hijau hasil kayuhan konsistennya sepanjang perlumbaan. Moga-moga lepas ni kita boleh lihat kelibat dia atas podium di pentas antarabangsa macam Tour du France? Teruskan mengayuh, bro. Lu memang amazing.

Sekian, Amazing Nara melaporkan dari bilik berita sukan.

 
Written by AmazingNara | March 8th, 2010

Sempena hari wanita hari ni, mungkin bapak-bapak boleh tolong masak malam ni, atau pon tolong jemur kain, takpon tolong mandikan anak…

Atau pon mungkin boleh cuba menyelami hati wanita , dengan cara kat bawah ni.

Ada sanggup…?

 
Written by AmazingNara | March 8th, 2010

Jika ingin diibaratkan riak muka kita mengikut hari, mungkin inilah sinopsis terbaik.

Hari Isnin, muka kita bukan setakat monyok semonyok-monyoknya, tapi mungkin macam gambar ini…

Hari Selasa, monyok sudah berkurangan skit…

Hari Rabu…sudah bisa tersenyum

Khamis, senyuman makin melebar

Jumaat! ah…hari penuh dengan senyuman! paling manis & paling indah~~

Sabtu Ahad pulak….

 
Page 2 of 3123