Written by serenity | January 13th, 2012

Buang semua alat kosmetik anda dan kata selamat datang pada produk ajaib ini. Tidak ada yang setanding dan sehebat produk baru keluaran Adobé ini, namanya Fotoshop. Mata kecil? Boleh dibulatkan. Badan gemuk? Jangan risau, tiada yang tidak boleh diuruskan oleh Fotoshop.

Bagaimana, nak cuba?

Written by AmazingNara | January 13th, 2012

Di suatu petang yang hening, di kala duit anda di dalam dompet hanya tinggal 2 ringgit, anda pun pergilah ke bank untuk mencucuk duit. Dengan doa yang menggunung, anda berharap agar gaji anda sudah masuk. Anda masukkan kad anda, tekan tengok baki. Dan tiba-tiba.

Sila jangan terkejut. Duit itu Ahmad Albab yang punya. Hehehe.

P.S: Baki duit dalam bank bila hujung bulan nak ada 3 angka yang kat belakang tue  pun kadang-kadang payah.

Written by AmazingNara | January 13th, 2012

Tuah ayam nampak di kaki, tuah Khairul Fahmi atau lebih dikenali dengan nama gelaran Apek adalah pada tangannya. Ketangkasan dan kecekapan tangannya menepis bola daripada menerjah gawang telah pun diiktiraf oleh laman web Goal.com. Apek telah diundi sebagai penjaga gol terbaik Asia melalui satu undian baru-baru ini di laman web tersebut.

Agak jauh jugak Apek meninggalkan pemenang tempat kedua. Tahniah diucapkan kepada Apek daripada kami. Semoga dengan kejayaan ini Apek akan lebih fokus di masa hadapan.

P.S: Ini yang tiba-tiba rasa menyesal tak main bola betul-betul zaman sekolah dulu. Hehehe

Written by AmazingNara | January 4th, 2012

Baca entri ini sepenuhnya untuk lirik sekaligus menyanyi bersama-sama video di atas.

 
Written by AmazingNara | January 3rd, 2012

Stakat pakai kanta lekap warna warni tu dah biasa sangat. Agaknya tu la sebab mamat ni nak warnakan terus mata dia. Tapi masalahnyeeeee, Cantik ker??????

Page 5 of 6« First...23456