Written by serenity | February 12th, 2012

Di negara ini juga tidak kurang munculnya pelbagai cerita seram dan perkara aneh, dan pelbagai jelmaan pelik yang tidak sepatutnya berada di lokasi gambar diambil. Kami memaparkan 10 gambar yang agak popular yang diambil oleh rakyat tempatan, dan tidak kurang seramnya.

1. Hantu Budak Cina Tol Plaza

Ini ialah gambar yang diimbas dari sebuah akhbar cina tempatan sekitar tahun 2007/2008. Kami tidak pasti sama ada akhbar ini menyedari tetang imej kanak-kanak yang berbaju biru dan berseluar putih di bahagian atas bod hijau di sebelah kanan gambar. Gambar ini dikatakan ditangkap selepas sebuah kemalangan bas sekolah di sebuah plaza tol yang meragut nyawa pemandunya. Lagi 9 gambar selepas jump.

 
Written by serenity | February 11th, 2012

Di Barat, obsesi sesetengah ibu bapa terhadap budaya mencantikkan anak untuk memasuki pertandingan ratu cantik sering dikritik ramai. Kanak-kanak ini didedahkan pada solekan, pakaian dan fesyen yang pelik-pelik sebelum waktunya. Timbul kata-kata yang ibu bapa yang obses ini gagal dalam percubaan sendiri untuk menjadi model semasa muda, lantas menjadikan anak-anak sebagai alat untuk merealisasikan impian diri sendiri yang tidak tercapai.
Photobucket

Apabila anda melihat gambar budak kecil memakai pakaian seperti watak pelacur Julia Roberts dalam Pretty Woman dan kostum bra bentuk kon Madonna, anda mungkin tertanya apa yang difikirkan oleh ibu-bapa budak-budak ini. lagi 12 gambar selepas jump.

 
Written by serenity | February 11th, 2012

Bayi = comel.

Kucing = comel.

Matematik mudah, bayi + kucing = comel berganda.


Photobucket

Lagi 13 gambar selepas jump.

 
Written by serenity | February 10th, 2012

Sengaja kami jadualkan entri ini untuk siaran lewat malam. Ada beberapa persoalan yang mungkin bermain di fikiran sesetengah orang. Walaupun ramai yang tidak mahu percaya pada perkara ghaib, teknologi telah memungkinkan kita semua mengambil gambar-gambar makhluk ghaib ini. Sama ada anda percaya atau tidak, terpulanglah pada anda.

 1. Hantu Tulip Staircase


Pada tahun 1966 seorang paderi yang telah bersara Rev. Ralph Hardy telah mengambil gambar sebuah tangga yang berpusing (dipanggil “Tulip Staircase”) di seksyen Rumah Permaisuri dalam Muzium Maritim Nasional di Greenwich, England dan terambil gambar ini. Pakar telah menganalisis negatif gambar yang asli dan telah mengesahkan yang gambar tersebut tidak diubahsuai atau dimanipulasikan dalam apa cara pun.

Gambar ini ialah satu bukti tentang  entiti di Rumah Permaisuri yang dianggap benar. Bunyi derap tapak kaki, pintu yang tertutup sendiri dan bunyi suara kanak-kanak sering didengari di kawasan tangga ini. Ada juga pelawat yang telah dicubit oleh jejari yang tidak kelihatan sewaktu menjelajah di sini.

Penampakan penuh juga pernah dilihat dalam beberapa situasi, salah satunya ialah jelmaan yang dikatakan sedang mop darah di bahagian lantai tangga. Ahli sejarah mengatakan yang seorang pembantu rumah telah dicampak dari bahagian atas tangga dan jatuh 50 kaki ke bawah, yang mungkin memberikan gambaran tentang krew pembersihan berhantu tersebut. Lagi 9 gambar selepas jump.
***

 
Written by AmazingNara | February 10th, 2012

Tidak berapa jelas kedengaran apa yang diiperkatakan oleh pelanggan yang dipukul oleh pekerja KFC. Video ini ialah detik-detik sebelum kejadian tersebut. Kelihatan ada seorang pekerja KFC yang ditenangkan oleh pekerja lain. Sayangnya kualiti audio video ini agak rendah.

Jika ada update video lagi nanti kami akan kongsikan di sini.

Page 10 of 13« First...89101112...Last »