Written by serenity | February 27th, 2012

Sekiranya anda membesar sekitar 80′an dan 90′an, pastinya ingat dengan kartun-kartun pendek terbitan Filem Negara Malaysia (FNM) yang sering disiarkan di TV Pendidikan (biasanya sebelum siaran TV2 bermula). Di entri ini dikompilasikan beberapa video terbitan FNM yang dimaksudkan tersebut. Kebanyakannya ialah video dongeng dengan beberapa mesej moral.

Lagi 6 video dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 27th, 2012

Anda gayat? Jika ya, besar kemungkinan anda akan berasa seriau memasuki lif di sebuah pusat beli belah bahagian Selatan London. Ini ialah kerana terdapat lukisan ilusi 3 dimensi seolah-olah lif tersebut tidak ada lantai sebagai satu tarikan bagi umum untuk pelancaran Resort Menara Alton yang merupakan satu taman tema yang baru dibina. Lihat saja reaksi para pengguna lif yang dinamakan Lif Nemesis Sub-Terra melalui gambar dan video.

Photobucket

Menaiki lif ini akan membawa pengguna ke bawah tanah, ke satu jaringan gua yang gelap dan menakutkan. Lagi 7 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 27th, 2012

Biasanya kita lihat pengantin memasuki dewan perkahwinan dengan bersopan santun dan penuh berhemah. Tetapi 12 Februari lepas telah menyaksikan seorang pengantin perempuan berbangsa India di majlis perkahwinan India masuk ke dewan yang dipenuhi tetamu sambil berjoget dalam satu kejutan ala flash mob.

Mungkin nanti ada yang akan melakukan perkara yang sama di sini? Pasti meletup!

Written by serenity | February 26th, 2012

Ada yang sering menyebutnya, ada yang langsung tak pernah menyebutnya. Sekarang mari dengar 100 kali “I Love You” dalam pelbagai bahasa.

Bahasa Malaysia pun ada, “Aku Cinta Padamu”.

Written by serenity | February 26th, 2012

Selepas lapan tahun mengusahakan sebuah bar, Laura Maggi secara tiba-tiba mendapati ramai lelaki datang ke barnya.

Bukan kerana kualiti kopi atau minuman beralkohol yang dibuatnya, tetapi kerana hadir ke tempat kerjanya dengan pakaian yang mendedahkan.

Beratus pelanggan lelaki datang ke situ siang dan malam, meninggalkan kereta masing-masing diletak berkembar di jalan-jalan sekeliling.

Kepadatan secara tiba-tiba menjadi masalah menyebabkan Datuk Bandar di situ yang merupakan seorang wanita, meluluskan satu akta kecemasan untuk menghadkan trafik di kawasan tersebut.

Kini wanita-wanita di sebuah pekan kecil di utara Itali iaitu Bagnolo Mella telah mengisytiharkan Le Café sebagai kawasan terlarang untuk suami mereka, dan Cik Laura yang berusia 34 tahun telah menjadi selebriti antarabangsa.

Dia telah dipanggil untuk hadir ke rancangan bual pagi di televisyen Itali dan ditemuramah sebagai berkata, “saya tak tahu apa masalahnya, ia cuma sedikit keseronokan yang tidak memudaratkan. Kalau lelaki datang ke bar saya, apa yang boleh saya lakukan. Saya tahu wanita-wanita marah, tapi itu bukan masalah saya. Bukan salah saya kalau lelaki datang dan mahu minum di bar saya.”

Laura menambah ada pelanggan yang memandu sejauh 70 batu untuk datang minum kopi di kedainya.

Di dinding Le Café pula dipamerkan gambar-gambar Cik Laura memakai bikini semasa satu percutian.

Dia sekarang mempunyai  5,000 sahabat baru di Facebook manakala satu undian tempatan mendapati 46 peratus responden berpendapat mereka patut bertanya pada diri sendiri ‘mengapa pasangan mereka lebih sukakan Laura berbanding diri mereka’.

Beberapa orang isteri dari pekan kecil itu telah muncul di televisyen untuk membantah. Seorang dari mereka berkata, “ia mengarut dan tidak patut dibenarkan.”

Sumber.

Page 2 of 1312345...10...Last »