Monyet itu terkurung di satu tempat, manakala lelaki itu lepas bebas di dunia luar? Atau mungkin kerana dia cemburu lelaki itu lebih kacak dari dirinya? Apa pun kami tidak dapat memastikan kenapa monyet ini cemburu, namun tindakannya cuba menerajang lelaki tersebut dari belakang dengan melakukan aksi gimnastik memang mengagumkan.

Kami kira kalau ini ialah Blog Serius, tajuk entri ini ialah Serius LOL – Monkey Fail. Heheh.
Monthly Archives: February 2012
Shoebill, atau dikalangan orang-orang Arab lebih dikenali sebagai Abu Markub yang bermaksud ‘seseorang yang berkasut’ dikenali kerana bentuk paruhnya yang seperti kasut. Haiwan ini mencari makanan di kawasan berlumpur, serta makan ikan, katak dan reptilia seperti anak buaya.


Seorang jurugambar amatur berusia 51 tahun bernama Mark Kay telah mengambil gambar seekor Abu Markub yang memindahkan seekor itik yang masuk ke ‘wilayah’nya. Pada mulanya Mark menyangka Abu Markub itu mahu makan itik tersebut, tetapi rupa-rupanya ia hanya memindahkannya saja.

Selepas itik itu dijatuhkan ke tanah, ia kelihatan gementar sebelum pergi manakala Abu Markub pergi dari situ like a boss (seperti seorang majikan?).
Sekarang, ada tak yang berminat menamakan anak mereka Abu Markub?
Shoebill telah diiktiraf sebagai spesis terancam, dengan jumlah 5000 – 8000 ekor saja yang masih tinggal di dunia. Lagi 8 gambar Abu Markub dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***
Ocelot diburu selama beratus tahun lamanya untuk bulunya yang sering dijadikan pakaian, dan pernah diisytiharkan sebagai spesis yang dilindungi kerana hampir pupus. Kini status itu khabarnya sudah ditarik balik kerana usaha pemeliharaan sudah membuahkan hasil. Binatang ini sememangnya dari spesis kucing hutan, dan saiznya agak besar dari kucing biasa. Sekali tengok, mereka ini macam kucing yang dikacukkan dengan harimau bintang.
Comel, kan? Tapi jangan salah faham. Ia ialah kucing jenis pembunuh dan akan mempertahankan wilayahnya sehingga ke titisan darah terakhir, jadi kalau nak usap kepala mereka tanpa tercedera tu agak sukarlah. Hehe. Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
Ia ialah sejenis penyakit yang paling jarang ditemui di dunia, menjangkiti seorang dalam satu bilion orang sahaja. Bagaimanapun, mungkin sudah takdir ilahi, tiga orang adik-beradik perempuan telah dilahirkan dengan sejenis penyakit yang dipanggil ‘sindrom serigala jadian’ – di mana tubuh mereka dipenuhi bulu tebal.

Savita, 23, Monisha, 18, dan Savitri Sangli, 16, yang tinggal di sebuah kampung kecil digelar Pune, India tengah, mewarisi penyakit hypertrichosis universalis dari bapa mereka.
Ketiganya cuba untuk mengawal pertumbuhan bulu-bulu dengan menggunakan krim dan berharap suatu hari nanti mereka akan mampu untuk mendapatkan rawatan laser bagi menyahkan terus rambut-rambut yang berlebihan. Ibu ketiga beradik ini, Anita Sambhaji Raut ada enam orang anak perempuan, tetapi hanya tiga yang mendapat penyakit tersebut. Ianya berasal dari bapa mereka, yang Anita dipaksa berkahwin dengannya pada usia 12.

Tiga beradik ini sering diejek kerana keadaan mereka, dan Savita yang berusia 23 tahun ada kalanya disuruh berhenti kerja bila bulu-bulu tumbuh di mukanya. Dalam masyarakat kampung, seorang wanita tidak mempunyai prospek yang banyak sekiranya tidak berkahwin dan ibu mereka berkata masih cuba mendapatkan suami untuk anak-anaknya.

“Sekiranya tiada yang mahu berkahwin dengan mereka, mereka perlu belajar untuk hidup sendiri. Selagi saya masih hidup, saya akan terus mencuba.”
Savita, anak perempuan tertua kini menggunakan sejenis krim untuk menghalang pertumbuhan rambut wajahnya berkata, “bila saya bersekolah dulu budak-budak lelaki dan perempuan akan mengejek ‘muka bulu’, ‘muka buruk’; ‘jangan duduk di sebelah dia’.”

“Perkahwinan bukan pilihan untuk kami. Tiada siapa yang mahu berkahwin dengan perempuan yang mukanya asyik ditumbuhi rambut.”

