Written by serenity | February 24th, 2012

Tamarin Maharaja (Saguinus imperator) ialah sejenis Tamarin, dikatakan dinamakan sebegitu kerana wajahnya seakan maharaja Jerman, Wilhelm II. Mereka tinggal di bahagian selatan Amazon Basin, di timur Peru, Bolivia utara dan negeri-negeri sebelah barat Brazil iaitu Acre dan Amazon.

Bulu Tamarin Maharaja lebih banyak didominasi warna kelabu, dengan rintik kekuningan di bahagian dada. Tangan dan kaki berwarna hitam dan ekor pula berwarna perang. Yang paling best tentang Tamarin ni ialah misainya yang panjang, sehingga mencecah bahu kiri dan kanannya macam watak kartun Yosemite Sam. Binatang ini boleh mencecah panjang 24 hingga 26 cm (9½ ke 10¼ inci), dan ekor mereka pula boleh mencecah 35 cm (13¾ inci). Beratnya pula biasanya dari 300 – 400 g.

Primat ini tinggal di kawasan hutan hujan tropika, jauh di dalam hutan dan juga di kawasan lapang yang diliputi pokok-pokok. Ia menghabiskan kebanyakan masanya bergerak dengan laju tetapi selamat dan melompat jauh antara dahan.

Mereka tinggal secara berkumpulan, dari dua hingga ke lapan ekor. Biasanya kumpulan ini diketuai oleh Tamarin betina yang paling matang dikuti enam hingga tujuh Tamarin jantan. Mereka bersosial dengan mencantikkan bulu dan penampilan sesama sendiri. Em,comel juga Tamarin ini sebenarnya, bukan begitu?

Sumber.

Written by serenity | February 23rd, 2012

Biasanya kita sukakan kek yang cantik dan comel. Kadangkala rasa sayang nak makan kek yang cantik tu, sebab terlalu cantik untuk disimpan di dalam perut. Tapi kalau rekaan kek yang menakutkan, anda rasa selera tak nak makan? Hehe. Entri ini mengkompilasikan 19 gambar kek yang direka menakutkan.

Photobucket

Mungkin selepas ini orang kita yang terkenal kreatif gila akan membuat kek berhiaskan Cik Pon dan toyol pula. Gambar-gambar seterusnya boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 23rd, 2012

Kami tidak bercadang untuk meniru fesyen-fesyen rambut seperti di dalam gambar, tapi memang kreatif sekali fesyen rambut di dalam gambar-gambar ini kan? Yang gaya macam mop pun ada, macam gorilla pun ada, tapi apalah yang kami tahu tentang fesyen. Kami buat rambut gaya belah tengah sudahlah.

Photobucket
Tetapi kami kira fesyen-fesyen ini sesuai sekali untuk membuat majikan anda terkejut ketika pergi bekerja di pagi hari. Lagi 19 gambar selepas jump.

 
Written by serenity | February 23rd, 2012

Tikus ini bernasib buruk kerana bertemu katak gergasi ini yang dipanggil African bull frog, atau kalau kami terjemah secara literal, “Katak Kerbau Afrika”.

Katak ini kelihatan seperti berjerawat dan urat-urat pula timbul, dan tampaknya ia kelihatan seperti ia sukakan sesuatu yang sedap, seperti tikus yang cuba untuk melepaskan diri untuk terus hidup. Katak jenis ini ialah jenis amfibia karnivor, boleh melompat setinggi 12 kaki dan memiliki gigi-gigi terkeluar yang dipanggil Odontoid, yang khabarnya seperti kaca-kaca pecah apabila katak tersebut mengatupkan mulutnya.

Dan Garrick, seorang pakar pemberi makanan binatang dari Zoo Newquay berkata, mereka ialah haiwan pemangsa yang menanti sahaja haiwan lain untuk lalu di hadapan mereka. Kemudian mereka akan melompat kepada apa sahaja yang bergerak ke arah mereka, seperti tikus di atas. Tikus itu akan mati kelemasan atau mati terkejut sebelum ditelan.

Katak Kerbau Afrika ini dipanggil Pyxicephalus adspersus dalam bahasa Latin, memangsakan  serangga, tikus dan burung juga diketahui seperti kanibal, akan menyerang dan makan katak-katak yang lain.

Khabarnya juga, katak ini boleh mencecah berat dua kilogram.

Written by AmazingNara | February 22nd, 2012

Hebat sungguh penangan superheroes seperti Spiderman, Superman dan Batman sehingga menyebabkan ramai orang yang gemar memakai kostum mereka. Kadang-kadang pakai di tempat yang tak logik seperti time tengah memanjat bangunan, main ski dan macam-macam lagilah. Paling kelakar gambar di bawah ini yang pakai kostum ketika naik roller coaster.

superheroes

Mungkinkah satu hari nanti kita akan dapat melihat lebih ramai rakyat Malaysia terutamanya kanak-kanak memakai kostum Boboi Boy? Femes dah femes dah kartun Boboi Boy tue, cuma mungkin perlu lebih kuatkan daripada segi merchandise dan penjualan kostum.

14 lagi gambar superheroes berada di mana-mana dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 4 of 13« First...23456...10...Last »