Written by serenity | February 22nd, 2012

Haiwan tidak ada reaksi wajah? Mungkin anda patut lihat gambar-gambar ini. Ianya ialah gambar potret haiwan yang dihasilkan oleh jurufoto, Lennette Newell. Ingatkan manusia je pandai buat reaksi wajah ni. Hehe.

Photobucket

Lagi 17 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | February 22nd, 2012

Sultan Kösen lahir pada 10 Disember 1982 di Mardin, Turki dan merupakan pemegang Rekod Guinness sebagai lelaki paling tinggi di dunia ketika ini dengan ketinggian 2.51 m (8 kaki 3 inci).

Ketinggian Sultan ialah disebabkan oleh tumor yang menjangkiti kelenjar pituitarinya. Kerangka tubuhnya menyebabkan dia perlu menggunakan tongkat semasa berjalan.

Kösen tinggal bersama ibu bapanya dan tiga orang adik-beradik lelaki dan perempuan, semuanya dengan ketinggian normal. Dia tidak dapat menghabiskan persekolahan kerana ketinggiannya dan bekerja separuh masa sebagai seorang petani. Di sebalik ketinggiannya Sultan mendakwa dia menjalani kehidupan normal dan seronok bermain permainan video bersama kawan-kawannya.

Dia menerangkan kelebihan menjadi tinggi, seperti dapat melihat pada jarak yang lebih jauh dan boleh menolong keluarganya menukar mentol lampu dan memasang langsir. Kekurangannya pula ialah dia sukar mencari pakaian dan kasut yang padan dengan saiznya dan sukar untuk masuk ke dalam kereta saiz normal.

Sultan juga ialah pemegang rekod dunia untuk ‘tapak tangan paling besar’.
Sumber.

Written by serenity | February 22nd, 2012

Bao Xishun (juga dikenali sebagai Xi Shun atau “Lelaki Besar”) lahir pada 1951 ialah seorang penternak yang berasal dari Mongolia Dalaman di China, yang diiktiraf dalam Buku Rekod Dunia Guiness sebagai antara manusia paling tertinggi di dunia (kedua tertinggi).

Bao Xishun bekerja di Hospital bandar Chifeng selama beberapa bulan ketika ketinggiannya diukur  2.47 meter (8 kaki 1 inci). Bao menghidapi rheumatism, kerana sikapnya waktu kanak-kanak yang suka tidur di luar rumah.

Bao Xishun mendakwa tingginya normal saja, sehingga berusia 16 tahun,  apabila dia membesar secara mendadak dan sampai pada ketinggian sekarang 7 tahun selepas itu.  Bao berkhidmat dalam Tentera Pembebasan Rakyat selama tiga tahun dan bermain bola keranjang tentera sehingga penyakit rheumatism muncul semula dan dia terpaksa meninggalkan tentera. Selepas itu dia kembali ke Mongolia Dalaman untuk tinggal bersama ibunya.

Pada usia 45, dia menjadi pendiam selepas kematian ibunya sehingga dia ditawarkan kerja sebagai penyambut di sebuah restoran. Dia cepat mendapat perhatian dari media tempatan yang membantu dia memohon rekod dunia dari Guinness bagi pihaknya.

Bao Xishun mengahwini seorang jurujual Xia Shujuan pada 24 Mac 2007. Perkahwinannya penuh adat istiadat Mongolia dan ditaja oleh lebih 15 syarikat berlangsung pada 12 Julai 2007.

Sumber.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung setiap bulan mulai 23 – 25 Mac ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur ( berdekatan dengan Dataran Merdeka ), ada jualan produk-produk budaya masyarakat Malaysia, demonstrasi, pertandingan, pameran, persembahan dan Bazar Seni Industri  Budaya juga ialah medan aktiviti remaja kreatif. Nak tahu lebih lanjut, hubungi Rahmat di 03-2052 3600, like Fanpage Bazar Seni atau e-mel rahmat(at)jkkn.gov.my

Written by serenity | February 22nd, 2012

Axolotl (Ambystoma mexicanum) ialah sejenis salamander yang boleh hidup dalam bentuk larva. Seekor haiwan unik yang kadangkala dirujuk sebagai Mexican Walking Fish (Ikan Berjalan Mexico) kerana ia kelihatan seperti seekor ikan yang mempunyai tangan dan kaki. Begitu pun, Axolotl sebenarnya bukan sejenis ikan, tetapi sejenis salamander yang jarang dijumpai di  Mexico City.

Panjang Axolotl boleh mencecah  30 cm, tapi saiz purata haiwan ini ialah 15 cm. warna badan mereka hitam atau coklat perang tetapi kebanyakan haiwan ini ialah albino dengan warna merah jambu comel. Haiwan ini memiliki insang di luar badan. .Insang-insang ini terletak di tepi kepalanya dan kelihatan seperti tanduk.

Axolotl ialah seperti cicak-cicak yang mempunyai hayat yang lama, sehingga 10-15 tahun dan boleh membesar sehingga sepanjang 60cm.  Pernah sekali seekor Axolotl ditangkap di Mexico dengan kepanjangan mencecah 1.4 meter. Penemuan tersebut ialah sesuatu yang mengejutkan tetapi setelah dikaji, pakar berpendapat yang ia ialah kes terpencil kerana keluarbiasaan yang jarang berlaku (gigantism).

Sumber.

 

Written by AmazingNara | February 21st, 2012

Nampak macam photoshop namun ini pemandangan negara Iceland yang diambil daripada udara. Sangat-sangat mengagumkan. Jurukamera yang bertanggungjawab mengambil gambar ini menghabiskan masa selama 70 jam untuk mendapatkan gambar yang terbaik. Hasilnya memang boleh membuatkan anda terkesima sebentar.

iceland daripada udara

9 lagi gambar pemandangan Iceland apabila diambil daripada udara dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 5 of 13« First...34567...10...Last »