Written by serenity | March 28th, 2012

Anggota pasukan tentera Amerika Syarikat duduk rapat-rapat antara satu sama lain dalam satu kapal terbang yang sesak dalam perjalanan ke Afghanistan. Ini ialah gambar-gambar mereka yang diambil hari ini.

Photobucket
Photobucket Khabarnya, 15,000 askar Amerika dihantar ke Afghanistan, dan juga membawa 500 tan kargo setiap bulan. Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 28th, 2012

Kata orang China, daging tikus manis dan lazat. Orang tempatan di provinsi Guangdong, China Selatan diketahui makan hampir semua makanan, tak kira rupa dan rasa, termasuk daging tikus. Daging tikus juga dikatakan jauh lebih mahal dari daging-daging biasa seperti ayam dan babi, dan bukan untuk orang biasa.

Orang yang makan daging tikus mendakwa daging itu versatil, dan enak dimakan secara panggang, goreng atau rebus. Kata Wan Shen yang memiliki sebuah kedai daging di mana dia menjual daging tikus segar:-

Sesetengah orang risau yang tikus tidak bersih, tetapi ini ialah tikus-tikus liar yang ditangkap di kawasan pedalaman dan sangat sihat. Ianya dianggap makanan istimewa.

Terbaik dari ladang gittew. Apa pun menonton video di bawah tekak kami terasa kembang. Sabor ajelah bak kata orang Perak.

Written by afique | March 28th, 2012

Pada 23/3/12 di PWTC telah berlangsungnya satu acara yang julung kali diadakan iaitu 1Malaysia Chopper. Acara ini telah berlangsung bermula 3 petang – 11 malam . Oleh itu pihak penganjur juga turut menerbangkan tetamu khas iaitu Paul Senior yang popular dengan rancangan American Chopper. Daripada acara ini telah wujudnya satu Chopper yang direka khas untuk Malaysia yang bertema 1Malaysia. Chopper ini direka di Orange County Choppers (OCC) diketuai oleh Paul Sr. Saksikan Chopper 1Malaysia ini





Written by serenity | March 27th, 2012

Kecantikan adalah tertakluk pada mata yang memandang, tapi kami rasa umumnya anda setuju ini adalah antara ikan-ikan tercantik pernah anda lihat. Mesti seronok kalau dapat dipelihara. Sepuluh ekor ikan ini semuanya berlainan jenis, dan merupakan ikan air masin. Kami rasa cantik-cantik pun tidak bermakna ikan ini jinak, ada antaranya yang beracun.

1. Mandarinfish

Photobucket

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan untuk kali kedua pada 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Kami menantikan individu-individu yang berbakat dalam apa jua bidang seni untuk hadir ke segmen pencungkilan bakat kami. Like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya untuk keterangan lanjut. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

2. Juvenile Emporer Angel Fish


Photobucket
Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 27th, 2012

Beberapa hari lepas, seorang budak lelaki berusia empat tahun berpegang kuat pada palang tingkap sebuah rumah setelah jatuh dari rumah apartment tingkat enam di China. Gambar-gambar dramatik menunjukkan budak itu memegang palang tingkap rumah tingkat lima dan anggota-anggota bomba pula berusaha untuk memotong besi tingkap itu bagi menyelamatkannya.

Photobucket
Budak itu telah memanjat sebuah tingkap rumah neneknya yang terbuka di Guangyun, daerah Sichuan setelah neneknya meninggalkan dia seorang diri. Dia telah tergelincir dari birai dan mendarat pada jerangkap besi yang menutup tingkap rumah di tingkat bawah.

Photobucket

Apabila anggota-anggota bomba tiba, mereka mengikat badan budak itu pada tingkap untuk mengelakkan dia dari terjatuh. Mereka lantas menggunakan gergaji untuk memotong besi bagi membuat lubang untuk menarik budak itu ke dalam rumah.

Photobucket

Memang bertuah budak itu. Orang kata, pantang maut sebelum ajal. Heh.

Sumber.

Page 2 of 1712345...10...Last »