Written by serenity | April 22nd, 2012

Di zaman sekolah, kita semua biasa membeli gula-gula dari kedai. Biasanya hanya membeli yang murah (tiada Ferrero Rocher) dan gula-gula yang amat popular sekitar 80-an dan 90-an ini masih boleh didapati sehingga ke hari ini.

Tora dan Ding Dang
Photobucket
Siapa tak kenal gula-gula ini. Tora dan Ding Dang berisi bebola bersalut coklat tetapi biasanya dibeli oleh kanak-kanak kerana mainan yang didapati secara percuma dengan pembeliannya. Tambahan pula pengiklanannya bagus. Siapa ingat suara latar pakcik Mat Sentul untuk iklan televisyen gula-gula ini?

Gula-gula Arnab Putih
Photobucket
Gula-gula import dari China ini enak kerana rasa susu, tetapi disyaki mengandungi bahan berbahaya dan ditarik dari dijual dari pasaran beberapa tahun lepas. Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung kali ketiga pada 12 dan 13 Mei ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur mulai 2.30 petang hingga 10.00 malam. Pelbagai aktiviti menarik menanti anda! Untuk maklumat lanjut dan terkini, like Facebook Bazar Seni Industri Budaya.

 
Written by serenity | April 22nd, 2012

Hanya empat ekor ikan jenahak emas ditangkap di Teluk Bengal setiap tahun. Tahun ini, seekor yang ditangkap di Chittagong menjadi bahan sensasi dalam masa semalam saja. Seorang ahli perniagaan dari Hong Kong yang tidak mahu dikenali telah membeli Jenahak emas itu yang mempunyai berat 37 kg dengan harga USD$38,000 (MYR 114,000) untuk makan dagingnya yang lazat, kata Jahangir Saudagar, yang menjual ikan itu, kepada AFP.

Encik Saudagar, yang bekerja di sebuat pasar ikan berdekatan Chittagong, membeli ikan itu secara bidaan dari seorang penangkap ikan yang menangkapnya di Teluk Bengal, sebelum menjual ikan itu kepada ahli perniagaan tersebut. Kata Saudagar:-

Saya terus membida sehingga orang lain putus asa kerana saya tahu saya boleh menjual semula ikan ini dengan harga yang tinggi.

Beliau mengalahkan sekurang-kurangnya 500 pedagang yang lain.

Profesor zoologi, Norman Siddiqui dari Akedemi Perikanan Marin di Chittagong berkata, warna Jenahak tersebut yang keemasan menyebabkan harganya meningkat sebegitu tinggi.

Seronok bukan jika ada orang kaya mahu membeli ikan dari kita dengan harga yang mampu untuk membeli sebuah kereta import. Pakcik kayo! -AmazingNara

 

Written by serenity | April 21st, 2012

Meow berjalan terkedek-kedek. Ia ialah seekor kucing yang bersaiz besar. Berat kucing bewarna oren dan putih itu ialah 40 paun (18 kg) dan Pusat Perlindungan Binatang Santa Fe sedang menjalankan misi untuk menguruskan Meow. Pemilik asalnya yang berusaha 87 tahun tidak lagi mampu menjaganya, jadi kucing jantan itu diserahkan kepada sebuah rumah perlindungan di tenggara New Mexico yang kemudiannya menghubungi rumah perlindungan Santa Fe untuk membantu.

Jurucakap Rumah itu, Ben Swan berkata:-

Kucing ini memang gemuk, tetapi ia sangat comel.

Meow kini tinggal dengan keluarga angkat. Dia akan menjalani diet khusus supaya boleh hilang beberapa paun. Matlamatnya ialah untuk dia menyingkirkan sekurang-kurangnya 10 paun sebelum dia tinggal dengan pemilik yang menerimanya. Rumah perlindungan itu bercadang untuk mengemaskini status berat Meow di laman Facebook mereka.

Tidak dapat dipastikan bagaimana kucing itu menambah berat dengan begitu banyak dalam masa dua tahun. Kucing dewasa biasanya hanya seberat tujuh hingga 12 paun.

Seorang doktor haiwan yang memeriksa Meow berkata berat yang berlebihan menyebabkan Meow sukar bermain. Tambah doktor itu:-

 Ia sangat comel. Ia melakukan apa yang biasa dilakukan oleh kucing lain, cuma ia senang mengah dan cepat letih. Kami sedang melihat apa yang boleh kami lakukan untuk membantunya.

-Dailymail UK.
 

Written by serenity | April 21st, 2012

Realiti dunia haiwan, jika anda tidak memangsakan, mungkin anda akan dimangsakan. selalu kita lihat di kaca televisyen senario haiwan pemangsa mengejar mangsa dan akhirnya berjaya menerkam dan meratah mangsanya. Tapi, bukan semua percubaan pemangsa berjaya.

Photobucket

Photobucket
Gambar-gambar ini memaparkan percubaan-percubaan yang tidak berjaya, dan kalau haiwan yang sepatutnya dimangsakan itu boleh bercakap, mungkin ia akan berkata, “bukan hari ini!” Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 20th, 2012

Semua masalah ada penyelesaiannya. Ada penyelesaian masalah, bagaimanapun, bisa membuat anda tersenyum kerana ianya pintar, anda bertanya sendiri “mengapa saya tak terfikir begitu sebelum ini?”

Photobucket

Photobucket
Lagi sembilan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 2 of 712345...Last »