Written by serenity | April 11th, 2012

Adakah anda penggemar Kit Kat keluaran Nestle? Perisa yang biasa dijumpai di negara ini ialah coklat. Tetapi di Jepun, ada 24 perisa lain bagi Kit Kat yang tidak dijual di negara lain. Antaranya ialah perisa jagung bakar, kicap, sayur, cuka epal dan teh hijau.
Photobucket
Photobucket

Khabarnya juga, perisa-perisa ini juga tidak dijual di seluruh negara, ada yang hanya dijual di daerah-daerah tertentu sahaja di Jepun. lagi 22 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Sekiranya anda mempunyai bakat seni: jenaka, bermain muzik, menari atau apa saja, anda berpeluang untuk menampilkan bakat anda di Bazar Seni Industri Budaya. Hadir ke perkarangan Panggung Bandaraya pada pukul 2.30 petang, 15 April 2012 ( Ahad) ini untuk menyerlahkan bakat anda. Hubungi Haris di 03-2052 3600 atau 013-615 9059 untuk pendaftaran / keterangan lanjut.

 
Written by serenity | April 11th, 2012

Embun di waktu pagi sememangnya indah, lebih indah lagi dilihat dalam gambar. Bagi pencinta fotografi, embun ialah objek yang menarik untuk dipotretkan. Ini ialah koleksi gambar embun-embun yang indah dilihat.
Photobucket
Photobucket

Lagu 33 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | April 8th, 2012

Pastinya anda maklum yang Titanic versi 3D sedang ditayangkan di seluruh dunia. Ini pula treler kelakar bagi filem ini, yang dinamakan Titanic Super 3D, di mana pengalamannya super realistik. Sampai boleh tercedera dibuatnya. Saksikan:

Written by serenity | April 6th, 2012

Pagi-pagi Jumaat yang mulia ini kita mulakan hari kita dengan menatap gambar-gambar kucing yang comel. Apa yang kami perhatikan, bulu kucing di negara yang beriklim sejuk adalah lebih tebal dari bulu kucing di negara panas seperti negara kita.
Photobucket

Photobucket
Lagi 14 gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Bazar Seni Industri Budaya akan diadakan untuk kali kedua pada 14 dan 15 April 2012 (Sabtu dan Ahad) ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Kami menantikan individu-individu yang berbakat dalam apa jua bidang seni untuk hadir ke segmen pencungkilan bakat kami pada hari Ahad, 15 April 2012 pukul 2.30 petang. Like Fanpage Bazar Seni Industri Budaya untuk keterangan lanjut. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

 
Written by serenity | April 5th, 2012

Pada 24 Mac lepas, pukul 8.00 malam, telah berlangsung Majlis Pelancaran Bazar Seni Industri Budaya di perkarangan Panggung Bandar raya, Kuala Lumpur. Bazar ini telah disempurnakan pelancarannya secara bersama oleh Ketua Pengarah Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN), Datuk Norliza Rofli dan Ketua Pengarah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, Datuk Haji Salleh Yusup. Begitu meriah sekali pelancaran ini dengan begitu ramai pengunjung yang hadir.

Photobucket
Photobucket
Photobucket
Bazar Seni Industri Budaya ialah sebuah bazar di mana pengunjung boleh membeli belah pelbagai produk kebudayaan dan kesenian seperti barangan kraf kayu, barangan seni khat, seni fotografi, seni lukisan, seni kraf Orang Asli, seni lukisan inai, seni kaligrafi cina, seni kraf Sabah dan Sarawak dan sebagainya. Dalam masa yang sama pelbagai aktiviti kebudayaan dan kesenian juga berlangsung di tempat yang sama seperti pencungkilan bakat, demonstrasi dan pertandingan permainan tradisional, demonstrasi pembuatan kraf dan banyak lagi aktiviti menarik. Akan berlangsung buat kali kedua pada 14 dan 15 April ini, Bazar Seni Industri Budaya akan dilaksanakan sekali sebulan untuk sepanjang tahun. Bagi mendapatkan maklumat penuh dan terkini, anda boleh dapatkan di Fanpage Bazar Seni. Lagi 89 gambar boleh anda lihat dengan membaca entri ini sepenuhnya

 
Page 5 of 7« First...34567