Singa dan harimau dianggap raja di rimba. Walaupun ganas, haiwan karnivor ini mempunyai tarikan tersendiri. Kesemua jenis ‘kucing besar’ ini biasanya memburu secara sendirian, dan sering menunggu waktu gelap untuk berburu.
Monthly Archives: May 2012
Pernah terasa seolah-olah ada yang memerhati sewaktu anda menggunakan tandas?
Ini mungkin tidak lama lagi menjadi reailiti di Bandar Ichihara di Jepun, setelah tandas awam paling luas di dunia siap. Tandas ini dibina di atas tanah seluas 200 meter persegi, dan menelan belanja USD 125,000.
Mereka mengatakan yang dinding setinggi 6.5 kaki akan dibina untuk mengelakkan pengintai dan dan juga terdapat langsir yang boleh digunakan untuk melindungi pemandangan dalam tandas yang diperbuat dari dinding kaca.
Dikelilingi pokok bunga dan tumbuhan, aroma bunga segar akan berlegar di dalamnya selepas anda menggunakan tandas.
Menurut seorang pegawai dari Jabatan Promosi Pelancongan di Bandar Ichihara, tandas mewah itu dan pemandangan indah di sekelilingnya dibina sebagai tarikan pelancong untuk Festival Seni Ichihara yang akan berlangsung tahun hadapan.
Bagaimanapun, yang lelaki hanya menggigit jari kerana tandas ini khusus untuk wanita sahaja.
Kucing pujaan di YouTube kini kembali dengan beberapa siri klip video untuk menyambut ulangtahunnya yang kelima. Maru, kucing Scottish Fold dilihat mengeluarkan kepala dari beg beli belah, terjun ke dalam kotak dan dia juga melakukan pelbagai aksi lagi.
Klip yang memaparkan aksi Maru sudah dilihat berjuta kali di YouTube dan dia kini mempunyai lebih dari 10,000 peminat di Facebook dan 15,000 pengikut di Twitter. Kau mampu? Hehe.

***
Untuk maklumat lanjut KLFest 2012, layari Fanpage JKKN.
Kadang-kadang boleh tergelak seorang diri melihat gambar topi-topi kelakar ini. Kreatif bukan? Memang sesuai dipakai, terutama mereka yang sukakan perhatian.












