Written by serenity | May 25th, 2012

Biasanya, seorang anak lebih rapat dengan ibunya semasa kecil. Ibu-ibu haiwan ini sayangkan anak mereka dan sanggup membahayakan diri untuk melindungi anak-anak mereka dari musuh. Itulah fitrah alam yang diciptakan Tuhan.

PhotobucketPhotobucketJadi masih tidak faham bagaimana ada ibu manusia yang sanggup meninggalkan bayi di merata-rata tempat untuk dibuang. Melawan fitrah alam namanya tu. Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Bazar Seni Industri Budaya akan berlangsung buat kali ke empat pada 9 dan 10 Jun ini di perkarangan Panggung Bandaraya, Kuala Lumpur. Bazar ini mengenengahkan bazar jualan produk-produk budaya dan seni dari para Badan Bukan Kerajaan (BBK) Seni dan Budaya yang jarang ditemui dengan harga berpatutan mulai jam 2.00 petang.

Terdapat jua persembahan pentas, aktiviti generasi Y dan pelbagai lagi aktiviti menarik. BBK yang berminat untuk menjual produk seni dan budaya mereka boleh menghubungi En. Rahmat di 013-9838824. Gerai untuk jualan, makan minum serta penginapan disediakan (tidak termasuk kos pengangkutan). Mari membeli belah dan bersantai seni!

 
Written by serenity | May 25th, 2012

Orang-orang Jepun sukakan kreativiti dalam persembahan makanan. Ibu-ibu moden di Jepun pula gemar menghias kotak makanan tengahari (bento) yang dibekalkan untuk anak-anak ke sekolah,, mungkin untuk meningkatkan selera. Memang rajin sekali mereka ini.

PhotobucketPhotobucketLagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Jangan lupa ke Karnival Belia Berbudaya Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan (KPKK) Sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 bertempat di Pentas Utama, perkarangan Menara Kementerian Belia dan Sukan (KBS) mulai jam 3.00 hingga 6.00 petang, 26 Mei 2012 (Sabtu). Terdapat pelbagai aktiviti menarik serta persembahan dari Azlan Typewriter, Shila Amzah, Suki dan Reshmonu. Juga ditampilkan Kumpulan Drumline, Kumpulan Pergendangan Tradisional, Kumpulan Pergendangan Pelbagai Kaum’ Kumpulan Dikir Kreatif, Persatuan Silat Cekak, Seni Bela Diri Silambam, Seni Bela Diri Wushu, Wakaka Crew dan Kumpulan Muzik Hip-hop. Hadiah menarik menanti anda! Mari bersama memeriahkan Karnival Belia Berbudaya KPKK!

 
Written by serenity | May 24th, 2012

Di sebuah bandar kecil di Scotland, seekor anjing membunuh diri dengan melompat dari sebuah jambatan. Ia pun jatuh menimpa batu-batu yang ada di sungai bahagian bawah.

Apa yang terjadi selanjutnya? Apakah anjing malang itu masih mampu bernafas seperti pelagak ngeri yang melakukan aksi lompat dari jambatan dalam filem-filem Hollywood?

Jawapannya tidak. Anjing tersebut ditemui mati dalam keadaan yang menyedihkan.

PhotobucketFenomena ini bukanlah pertama kali terjadi di sebuah jambatan yang dibina pada tahun 1895 oleh Lord Overtoun, seorang bangsawan Scotland. Jambatan yang bernama Overtoun Bridge ini terletak di kampung Milton, sebelah barat Dunbartonshire dan menyebabkan ramai orang hairan dengan misteri yang menyulubunginya.

PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketMemang bila difikirkan agak mustahil bagi seekor anjing untuk merancang kematiannya sendiri. Namun kejadian aneh ini sudah berlaku sejak tahun 1950-an. Fenomena anjing melompat dari jambatan Overtoun telah menjadi rahsia yang diketahui ramai dan terus terjadi selama lima dekad berikutnya.

Beberapa fakta menarik mengenai jambatan Overtoun bahawa sudah ada sekurang-kurangnya 50 ekor anjing yang mati bunuh diri sampai sekarang, dengan purata seekor anjing sebulan. Dan yang lebih misteri lagi ialah banyak anjing yang melompat dari jambatan Overtoun melompat dari sudut yang sama dan dari tempat yang sama, iaitu diantara dua kubah terakhir di sisi kanan jambatan.

Sesetengah orang percaya bahawa jambatan Overtoun berhantu. Teori lain datang dari kepercayaan Celtic yang menyatakan bahawa jambatan Overtoun adalah sudut pertemuan alam nyata dan alam ghaib. Sesetengah orang percaya bahawa anjing lebih sensitif terhadap energi abnormal dan mungkin anjing-anjing terdorong oleh sesuatu yang tak dapat dilihat dengan mata kasar? Wallahualam.

Written by serenity | May 24th, 2012

Mungkin ada yang pernah mendengar tentang Sakura Matsuri, atau pesta kuntuman bunga ceri (Sakura) yang disambut di seluruh dunia. Namun apabila bunga Sakura luruh, Jepun akan menyambut satu lagi festival bunga iaitu Fuji Matsuri atau festival bunga Wisteria. Ia biasanya disambut mulai pertengahan April hingga pertengahan Mei.


Photobucket
Photobucket

Photobucket

PhotobucketGambar-gambar ini diambil di Taman Kawachi Fuji. Jenis bunga Wisteria di taman ini ialah Wisteria floribunda.

Apa pun memang cantik sekali taman ini. Melihatkan jambakan bunga yang tersusun secara semula jadi, tak salah kalau dikatakan mungkin taman ini ialah antara tempat tercantik di dunia. Anda setuju?

Written by serenity | May 23rd, 2012

Buat pengetahuan anda, semalam di Jepun, gerhana matahari cincin telah dapat disaksikan. Gerhana matahari penuh di mana bulan akan menutup matahari dengan sepenuhnya tidak berlaku kerana kedudukan bulan yang jauh dari bumi.
PhotobucketPhotobucketLagi 48 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Page 2 of 912345...Last »