Written by serenity | May 12th, 2012

Khabarnya, Facebook akan memperkenalkan satu ciri baru di mana ia akan membenarkan penggunanya membayar bagi memastikan status terbaru pengguna dilihat oleh semua rakan dalam senarai akaun mereka. Jadi sekiranya si polan dalam senarai rakan anda yang membayar untuk servis ini bergaduh dengan teman lelakinya dan dia kemaskini tentangnya di Facebook, SEMUA orang akan tahu!

Facebook dikatakan akan menawarkan ciri itu pada harga yang berbeza, termasuk menawarkannya secara percuma. Ciri terbaru ini dijangka akan memberi Facebook keuntungan berjumlah USD 90 bilion.

Semoga Tuhan menyelamatkan kita semua!

Written by serenity | May 12th, 2012

Beberapa jam lepas, video seorang lelaki dibelasah kerana cuba merogol seorang wanita China menjadi viral.

Lelaki itu dikatakan mabuk, sebelum itu dilihat menggangggu beberapa orang wanita sewaktu menaiki keretapi bawah tanah 9 Mei lepas. Dia cuba merogol seorang wanita di hadapan SOGO di Xuanwumen.

Video ini telah menimbulkan kemarahan pengguna Internet di China. Lelaki itu dikenalpasti seorang warga Britain dan memegang visa pelancong, kini sedang ditahan oleh pihak polis China. Komen seorang netizen China, mabuk bukanlah alasan untuk melakukan jenayah.

Written by serenity | May 11th, 2012

1. Kad Bisnes Pulas Untuk Baca
Photobucket

2. Kad Bisnes Konkrit (baling pada penjahat di masa kecemasan)
Photobucket

3. Kad Bisnes Mainan LEGO
Photobucket

4. Kad Bisnes Tayar Getah
Photobucket

5. Kad Bisnes Pop -up
Photobucket

6. Kad Bisnes Pisau Cukur
Photobucket

7. Kad Bisnes Mudah
Photobucket

8. Kad Bisnes Kaset
Photobucket

9. Kad Bisnes Angkup
Photobucket

10. Kad Bisnes Shuriken
Photobucket

11. Kad Bisnes Jurulatih Peribadi
Photobucket

12. Kad Bisnes Kereta Mainan
Photobucket

13. Kad Bisnes Pembuka Botol
Photobucket

14. Kad Bisnes Fleksibel
Photobucket

15. Kad Bisnes iPhone
Photobucket

***


Siri Jelajah Mak Yong Kijang Emas 2012 kembali lagi. kali ini akan menemui anda di Zon B yang melibatkan Negeri Selangor dan Negeri Pahang. jangan lepaskan peluang anda untuk menyaksikan persembahan hebat seni teater tradisional yang telah diiktiraf sebagai Intangible Heritage oleh Badan Dunia UNESCO dan akan dipentaskan oleh Artis Budaya Kumpulan Kesenian JKKN Kelantan pada 12 dan 13 Mei 2012 di Dewan Sri Budiman, UiTM Shah Alam, Selangor dan di Amfiteater Bangunan UMNO, Pekan, Pahang pada 18 dan 19 Mei 2012, pukul 8.30 malam. Dapatkan pas percuma di pintu masuk.

Written by serenity | May 11th, 2012

Negara India memiliki Taj Mahal, dan Paris ialah kota cinta, namun Ukraine mempunyai ‘terowong pokok cinta’.

Terowong ini sebenarnya ialah laluan keretapi, jadi bila keretapi datang, bunyi enjin yang kuat akan menghilangkan suasana romantiknya.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketPhotobucketTerowong ini sebenarnya ialah satu laluan keretapi peribadi sepanjang tiga kilometer berdekatan bandar Klevan di timur Ukraine. Ianya lalu tiga kali sehari untuk menghantar kayu.

Walau bagaimanapun, pada musim bunga, gugusan pokok yang cantik akan menyaksikan perjalanan yang berbeza pula, kerana anak-anak muda di Ukraine gemar berjalan di sepanjang terowong dengan teman istimewa mereka.

Dikatakan pasangan kekasih yang menghabiskan perjalanan boleh membuat permintaan yang khabarnya akan menjadi kenyataan (tipu lettew).

***

Ada ikan namanya tenggiri
Ikan dibawa ke Muara Kaman
Melestarikan budaya negeri
Bukanlah hanya tugas seniman


Datanglah beramai-ramai ke Bazar Seni Industri Budaya, di Perkarangan Panggung Bandaraya, Jalan Raja, Kuala Lumpur pada 12 dan 13 Mei ini (Sabtu dan Ahad) untuk menyaksikan demonstrasi seni dan kebudayaan negara kita. Untuk maklumat lanjut, like Fanpage Bazar Seni!

Written by serenity | May 10th, 2012

Muzium pembunuhan Tuol Sleng terletak di Phnom Penh, Kemboja. Asalnya, muzium ini ialah sebuah sekolah menengah, yang ditukar menjadi penjara sewaktu komunis bertakhta di Kemboja pada tahun 1975-1979.

Aspirasi Khmer Rouge di bawah pimpinan mendiang Pol Pot ialah untuk menubuhkan negara komunis, dan empat bulan selepas Khmer Rouge memenangi perang sivil pada tahun 1975, penjara Tuol Sleng digunakan untuk memenjara, menyeksa dan menjalankan hukuman bunuh ke atas rakyat Kemboja dan rakyat asing yang dianggap bekerjasama dengan negara asing untuk menakluk Kemboja.

Dari tahun 1975 – 1979, dianggarkan 17,000 orang telah ditahan di penjara Tuol Sleng (juga dikenali sebagai S-21). Ada yang menganggarkan jumlahnya ialah 20,000 orang, tetapi jumlah sebenar tidak diketahui. Dari 17,000 orang ini, hanya 7 orang diketahui terselamat, dan hingga ke hari ini, hanya tiga orang dari angka yang terselamat ini masih hidup.


Photobucket
PhotobucketCerita dari mangsa yang terselamat bukanlah cerita yang enak didengar. Kebanyakan yang ditangkap ialah individu berpelajaran tinggi dan bekas pegawai-pegawai kerajaan, serta keluarga mereka. Gambar-gambar mereka pula ditangkap oleh seorang jurugambar yang pada masa itu seorang remaja yang benama Nhem En. Rejim Khmer akan memaksa mereka yang ditangkap untuk mengakui yang mereka ialah ejen CIA atau KGB atau Vietnam,  dengan menyeksa mereka sehingga menandatangani pengakuan.

PhotobucketPhotobucketSelepas mendapat pengakuan, banduan tadi akan dibunuh. Pihak Khmer tiada belas kasihan kepada wanita, kanak-kanak atau bayi: kesemuanya dibunuh dan diseksa dengan kejam. Banduan dipakaikan rantai kaki, dipaksa hidup dalam keadaan sempit, dipaksa makan najis atau minum air kencing sebagai kaedah penyeksaan, dibelasah dengan teruk dan adakalanya dipukul dengan besi, parang atau apa jua senjata sampai mati. Ada masanya mereka dipaksa menjadi subjek ujian perubatan untuk pembedahan yang menyebabkan kematian mereka.

Tanah di sekeliling penjara Tuol Sleng menjadi sesak dan tidak lagi dapat menampung mayat-mayat, jadi pihak penjara kemudiannya membawa banduan-banduan ke padang penghapusan Choeung Ek, di mana banduan tadi dipukul dengan besi atau senjata beramai-ramai, kemudiannya mayat mereka ditimbus di situ.

 
Page 5 of 9« First...34567...Last »