Written by serenity | June 23rd, 2012

Ada pelbagai jalan yang kita ambil sepanjang hidup kita, namun ada sebahagian dari jalan-jalan itu kekal dalam ingatan kita.Mungkin apa yang ditempuhi sewaktu berjalan di jalan itu, siapa yang berjalan dengan kita pada waktu itu atau apa yang kita lihat sewaktu berjalan di situ.

Photobucket


PhotobucketEntri ini memaparkan jalan-jalan yang mungkin jika kita berjalan di sepanjangnya, akan kekal dalam ingatan kita.

 
Written by serenity | June 23rd, 2012

Gambar-gambar semut yang diambil oleh Jurufoto Andrey Pavlov mungkin kelihatan seolah-olah dihasilkan oleh komputer dengan menggunakan semut-semut yang sudah mati, bagaimanapun ini sebenarnya ialah gambar-gambar tulen semut hidup. Pavlov menghabiskan masa berjam-jam membina senario fantasinya dan menunggu para semut untuk berinteraksi dengan props-props mininya. Cool!

PhotobucketPhotobucketLagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | June 22nd, 2012

Pantai serpihan kaca atau Glass Beach di California ialah kesan mengagumkan ketahanan alam semulajadi. Pada awal abad ke 20, penduduk-penduduk Fort Bragg menganggap pantai ini adalah tempat sisa buangan sampah, mereka membuang semua benda, termasuk peralatan rumah dan barangan kaca.

Ia kemudiannya dibersihkan oleh North Coast Quality Board, yang tidak dapat menyahkan kesemua kepingan kaca. Jadi mereka membiarkannya saja di situ. Namun alam semulajadi pun ada trik tersendiri. Disebabkan dihempas ombak selama bertahun-tahun, kaca-kaca tajam telah terhakis dan membentuk batu-batu kecil yang berwarna warni dan lutsinar.

Pantai kaca, syurga berwarna-warni kini melindungi sebahagian dari Mackerricher Park.

Bersempena Festival Muzik Kuala Lumpur 2012, Konsert Ekstravaganza Dikir Barat akan berlangsung di Istana Budaya pada 1 dan 2 Julai ini. Konsert ini bakal menampilkan nama-nama besar dalam industri hiburan tanahair seperti Ziana Zain, Awie, Jamal Abdillah, Noraniza Idris, Lan Typewriter, Hazama dan lain-lain lagi membawakan lagu-lagu mereka dalam versi Dikir Barat. Saksikan dan rasakan kelainannya. Tiket berharga hanya RM 20, RM 35, RM 45 dan RM 60 boleh dibeli secara online melalui http://www.ticket2u.biz . Dapatkan sebelum kehabisan!. “SEMARAKKAN SENI BUDAYA”

Photobucket

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by AmazingNara | June 21st, 2012

Kejadah mahal gila harga Blackberry Porsche Design P9981 ini. Memang mampu terliur sahajalah. Nampaknya target customer untuk produk Blackberry ini ialah orang yang terlebih kaya. Abang Nara yang sederhana nie hanya mampu tengok jer lah.

blackberry porsche design p9981

Dia punya keyboard tue memang membuatkan Abang Nara teruja. Stylo gila kot. Lagi 7 keping gambar Blackberry Porsche Design P9981 dengan membaca entri ini sepenuhnya. Info awal kredit kepada Amanz.

 
Page 3 of 912345...Last »