Written by serenity | July 31st, 2012

Pada tahun 2029 sebuah asteroid yang berbahaya akan lalu dekat dengan bumi. Manusia akan menanti saat ini dengan perasaan berdebar kerana hanya pada masa itu kita akan tahu dengan jelas sama ada ‘pembunuh angkasa’ ini akan menghentam bumi pada tahun 2036.

Gambar NASA: asteroid Apophis yang ditemui pada tahun 2004

Berapa bahaya sebenarnya Apophis ini?

Ia besar dan berpotensi sangat bahaya, besarnya lebih kurang saiz sebuah pesawat dan dinamakan asteroid Apophis, ia sedang meluncur ke bumi dengan kelajuan 30 ribu km/j. Saiznya lebih kurang 320 meter dan jisimnya  lebih kurang 4.6 x 1010 kg.

Pada tahun 2029, asteroid ini akan lalu dekat dengan bumi, namun tarikan graviti bumi akan menyebabkan orbitnya menyisih. Hasil dari tarikan graviti bumi ini, Apophis dikatakan akan berada di angkasa selama tujuh tahun lagi, sebelum menghentam bumi pada tahun 2036.

Sekiranya ini terjadi, kerosakan besar akan berlaku, manakala mangsa yang terbunuh pula dijangka akan mencecah jutaan. Ia akan menghasilkan bola besi dan iridium sebesar 320 meter dan beratnya pula mencecah 200 bilion tan, yang kemudiannya akan jatuh ke laut Atlantik, menurut perkiraan. Gelombang yang terhasil dari hentaman tersebut akan menyebabkan Tsunami besar, memunahkan pesisir pantai dan kawasan darat, dan menghasilkan habuk tebal yang akan menyelaputi awan dan menghalang matahari dari sampai ke bumi.

Menurut Dr. Donald Yeoman dari Program Objek Berdekatan Bumi NASA, Apophis tidak akan menghentam bumi pada tahun 2036.

Bagaimanapun,

jika objek itu melalui sebuah ‘lubang kunci’ bersaiz 600 meter pada tahun 2029—satu lokasi di angkasa yang luasnya hanya 600 meter—ia pasti akan menghentam bumi pada tahun 2036. Namun kebarangkalian untuk itu berlaku amat rendah.

Saintis Rusia membuat pengiraan mereka sendiri dan telah mencadangkan sebuah mesin yang direka khas untuk menyisihkan terus Apophis dari menghentam bumi pada tahun 2036. Bagaimanapun Profesor Leonid Sokolov dari Universiti Saint Petersburg State di Rusia mempercayai yang asteroid tersebut akan pecah menjadi serpihan lebih kecil dan pertembungan serpihan ini dengan Bumi pada skala yang lebih kecil akan berlaku pula pada tahun selepas 2036.

Bagaimanapun dia menambah,

Tugas kita ialah untuk mempertimbangkan alternatif-alternatif lain dan membangunkan senario dan perancangan tindakan bergantung kepada pemerhatian lanjut terhadap Apophis (pada 2029).

Oleh itu, salah satu alternatif ialah dengan menghantar satu objek ‘pelayar suria’ seberat 10 kg pada tahun 2028 yang boleh mengeluarkan Apophis dari laluan ‘lubang kunci’ pada tahun 2029 untuk mengelakkan ia dari menghentam bumi pada tahun 2036, menurut seorang saintis China dari Universiti Tsinghua, Beijing iaitu Shengping Gong.

Untuk informasi anda, sekitar Mei lepas, angkasawan pertama Britain, Major Tim Peake mendedahkan yang NASA sedang dalam persediaan untuk mendarat di asteroid dan ‘berkhemah’ di sana selama setahun. Ramai yang mengaitkan pendedahan itu dengan ancaman asteroid Apophis.

Namun hanya pada tahun 2029 semua ini dapat dipastikan. Cuma tidak pasti sama ada masa tujuh tahun itu cukup untuk satu tindakan untuk menyelamatkan bumi akan dilakukan.

Berapa banyak masa lagi yang kita ada?

Artikel diolah dari sini.

Written by serenity | July 31st, 2012

Untuk meningkatkan kesedaran tentang penggunaan beg plastik dan kesannya terhadap alam sekitar, satu agensi penyimpan hasil seni Sepanyol, Luzinterruptus telah mengadakan pameran Oh, Plastisack! di sebuah muzium dalam sebuah bandar Swiss di Winthertur.

Penduduk Winthertur telah menukarkan 5,000 beg plastik yang digunakan untuk pameran ini dengan tiket pameran. Artis akan memilih beg plastik dengan warna paling menarik dan meletakkan cahaya di dalamnya untuk menerangi kawasan sekitar. Mengikut peredaran masa, beg plastik berwarna-warni ini akan bertukar menjadi objek yang usang, pelawat akan berpeluang melihat sendiri kesan kerosakan yang boleh dihasilkan oleh beg plastik pada alam sekitar.


Photobucket
PhotobucketPhotobucketLagi sepuluh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 30th, 2012

Ramai yang suka melihat gambar-gambar kucing. Ramai juga suka melihat video-video kucing. Ini ialah kerana kucing ada pelbagai aksi yang comel dan kelakar. Contohnya video ini, di mana seekor kucing di Jepun menolak kereta sorong.

Memang hebat kucing ini. Apa yang dibawa dalam kereta sorong itu agaknya? LOL

Written by serenity | July 30th, 2012

Rumah inovatif yang direka oleh Jakub Szczesny akan dibina di ruang sempit antara dua bangunan di Warsaw, Poland.

Rumah tersempit di dunia(72 – 133 cm) akan mempunyai dapur kompak, bilik air kecil, ruang kerja moden dan bilik tidur yang selesa.

Kerangka besi sudah dipasangkan, manakala yang selebihnya akan selesai dibina menjelang akhir tahun 2012.

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Lagi 6 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 30th, 2012

Biskut cawan kopi ini direka oleh Sardi untuk syarikat Itali, Lavazza. Di bahagian dalam setiap biskut cawan ialah gula aising keras yang berfungsi untuk mengasingkan kopi dari biskut. Ia membuatkan cawan menjadi kalis air dan memaniskan kopi.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Mula-mula minum kopi, kemudian makan…cawannya!

***

 

Jadilah sebahagian daripada ahli PERMATA Seni Koir! PERMATA Seni Koir memerlukan kanak-kanak berbakat dalam seni suara, berumur 8 hingga 10 tahun, mempunyai pengetahuan dalam teori muzik (contoh: ABRSM, Trinity, dan sebagainya) atau mempunyai bakat menyanyi yang baik, berpenampilan menarik serta boleh menari dengan baik.

PERMATA Seni Koir memerlukan kesemua kanak-kanak berbakat ini untuk menjalani Uji Bakat selaku Ahli PERMATA Seni Koir. Datang beramai-ramai ke JABATAN KEBUDAYAAN DAN KESENIAN NEGARA, TINGKAT 2 BLOK F, KOMPLEKS PEJABAT KERAJAAN BUKIT PERDANA,JALAN DATO’ ONN, 50610 KUALA LUMPUR (berhampiran stesyen KTM Bank Negara) bermula jam 9.00 pagi hingga 10.30 pagi pada 4 Ogos 2012 (Sabtu).

Layari www.jkkn.gov.my untuk muat turun kriteria lengkap Ahli PERMATA Seni Koir. PERMATA Seni Koir di bawah naungan YABhg. Datin Seri Paduka Rosmah Mansor di bawah program PERMATA dan diurus setiakan oleh Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Maklumat juga boleh didapati menerusi laman sosial ‘fan page’ FB Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara. Telefon Urus Setia di 03-2052 3600.(Syaini)

Page 1 of 812345...Last »