Written by serenity | July 18th, 2012

Biasanya kita mengenali kucing sebagai kucing saja dan tak ramai dari kita mengambil tahu tentang baka-baka kucing yang wujud di sekeliling kita. Namun dari segi populariti, ini ialah senarai sepuluh baka kucing paling popular:-

1. Siam
PhotobucketDengan mata birunya yang menawan, tak hairanlah ia dikatakan jenis kucing paling popular. Namun, walaupun ia kucing yang cantik, personalitinya sebenarnya yang paling menarik perhatian—Kucing Siam gemar ‘bercakap’ dengan tuannya siang dan malam, manakala sikap ingin tahunya memang legenda.

2. Parsi
PhotobucketKucing parsi yang penuh glamour ialah baka kucing kedua paling popular. Ia diketahui mempunyai personaliti yang lembut dan pendiam tetapi comel. Bulunya perlu diuruskan dengan baik, tetapi pemilik-pemilik kucing ini sering menyatakan ianya pengorbanan yang berbaloi.

3. Maine Coon
PhotobucketBaka kucing yang berbadan besar tetapi personalitinya lembut. Ia baik dengan sesiapa saja, anjing sekalipun. Ia juga gemar mengekor ahli keluarga pemiliknya dari bilik ke bilik. Kucing baka ini boleh mencapai berat 9 sehingga 18 paun.

Lagi 7 baka kucing dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 18th, 2012

Sukan Olimpik musim panas akan dianjurkan di London, England, dari Jumaat, 27 Julai 2012 sehingga 12 Ogos 2012. Tak sabar rasanya nak menonton atlet-atlet terbaik di dunia menunjukkan kemahiran dan bakat masing-masing. Teruskan membaca untuk mengetahui tentang acara-acara sukan Olimpik yang paling pelik pernah dipertandingkan di Sukan Olimpik satu ketika dulu.

1. Acara Tembak Merpati (1900)

Acara berdarah ini dilaksanakan cuma sekali, di Paris pada tahun 1900. Hampir 300 ekor burung merpati dibunuh pada acara ‘lepas dan tembak’, meninggalkan kesan-kesan yang tidak menyenangkan, seperti sisa-sisa bulu burung dan darah. Jadi memang sepatutnya juga acara ini tidak disambung, dan hingga ke hari ini inilah satu-satunya acara Olimpik yang melibatkan pembunuhan haiwan.

2. Kabaddi (1936)

Acara gusti individu melawan sepasukan ini popular di Asia Selatan. Objeknya ialah untuk salah seorang ahli pasukan memasuki separuh gelanggang yang merupakan hak lawan, dan mendapat mata dengan menggusti ahli-ahli pasukan lawan. Ahli pasukan kemudiannya kembali ke gelanggang sendiri.

3. Lumba Basikal 12 Jam (1896)

Mungkin acara ini agak terlampau dari keupayaan peserta, apabila tujuh orang pelumba basikal menyertai perlumbaan dari jam lima pagi sehingga lima petang. Empat peserta terjatuh sebelum waktu tengahari, tetapi pemenangnya, Adolf Schmal dari Austria, berjaya berbasikal sejauh 180 batu. Hanya Schmal dan seorang lagi pesaing berjaya menghabiskan perlumbaan, dengan kelebihan satu pusingan.

Lagi 7 acara dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 16th, 2012

1. Rasa macam terbalik je gambar di bawah ni. Bukankah patutnya askar itu di atas keldai? Hehe
Photobucket
2. Keldai pun boleh jadi medium promosi yang bagus. Genius betul promosi buku guna keldai di kampung-kampung.

Photobucket

3. Keldai berjenama Mercedes Benz?Photobucket

4. Ini keldai canggih ni.Photobucket

5. Tempat parkir keldai?

Photobucket

6. Sekali-sekala tuan yang bawak keldai pulak, apa salahnya kan.Photobucket

7. Ini hanya berlaku bila harga petrol naik. LOLPhotobucket

8. Keldai yang dilengkapi stereo tercanggih.Photobucket

9. Pelancar roket keldai.Photobucket

10. Terlebih muatan sudah.

Photobucket

11. Motivasi yang bagus untuk keldai?Photobucket

12. RON 97 dua liter, bro.

Photobucket

Written by serenity | July 16th, 2012

Kucing sememangnya haiwan yang kelakar. Kalau mengambil gambar kucing, ada masa tertentu semasa mereka beraksi akan menghasilkan gambar kelakar mega. Contohnya gambar-gambar ini:-


Photobucket
Photobucket

Photobucket
Lagi 26 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | July 14th, 2012

Kita telah mengikuti Bahagian 1 siri ini di sini, sekarang, inilah Bahagian 2 yang dijanjikan.

Kes Bunuh Warga Mongolia, Altantuya Shaariibuu

Shaariibuugiin Altantuyaa atau Altantuya Shaariibuu, seorang warga Mongolia, adalah mangsa bunuh yang sama ada dibunuh menggunakan bahan letupan C-4 atau dibunuh dahulu kemudian mayatnya diletupkan menggunakan bahan letupan C-4 pada 18 Oktober 2006 di sebuah kawasan tinggal di Shah Alam.

Mahkamah Tinggi Shah Alam menjatuhkan hukuman mati kepada dua orang tertuduh, Ketua Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar pada 9 April 2009 yang didapati bersalah membunuh Altantuya selepas perbicaraan selama 159 hari.

Pelbagai kontroversi terpaut dengan kes ini, contohnya dalam satu kenyataan bersumpah semasa perbicaraan tentang kes hasutan pada Jun 2008, seorang penulis blog Raja Petra Raja Kamaruddin berkata yang melalui “sumber yang boleh dipercayai”, Datin Seri Rosmah Mansor kononnya adalah salah seorang individu yang berada di tempat kejadian jenayah semasa Altantuya dibunuh pada 19 Oktober 2006.

Dua orang individu yang turut disebut dalam kenyataan bersumpah tersebut, pasangan suami isteri Leftenan Kolonel Aziz Buyong dan Leftenan Kolonel Norhayati Hassan telah memfailkan saman fitnah kepada Raja Petra. Aziz meminta Raja Petra memohon maaf untuk diterbitkan di laman sesawang dan akhbar, serta kenyataan bersumpah tersebut dipadamkan dari blog beliau serta ganti rugi bernilai RM 1 juta. Kaunsel Raja Petra kemudiannya mendakwa artikel bertajuk ‘Let’s send the Altantuya murderers to hell’ pada 25 April 2008 dimuat naik ke laman blognya tanpa  keizinan dan pengetahuan Raja Petra.

Raja Petra seolah-olah menjauhkan diri dari kenyataan bersumpahnya dalam satu temuramah televisyen selepas itu, mendakwa yang tuduhannya yang mengaitkan Perdana Menteri dan isterinya dengan pembunuhan Altantuya adalah informasi berulang yang diberikan padanya oleh pihak pembangkang dan bukannya informasi yang diketahuinya sebagai benar.

Kes bunuh Altantuya kini juga sedang disiasat oleh pihak berkuasa Perancis.

Untuk informasi penuh, sila ke Wikipedia.

Kes Rogol dan Bunuh Nurul Huda Abdul Ghani

Nurul Huda Abdul Ghani ialah seorang budak perempuan berusia 10 tahun yang ditemui dalam keadaan bogel dalam pondok kawalan pencawang elektrik Tenaga Nasional Berhad di Tanjung Kupang, Johor pada tahun 2004. Basikalnya ditemui di luar pndok tersebut. Dia dipercayai telah dirogol secara bergilir-gilir oleh tiga lelaki, termasuk seorang pengawal keselamatan.

Pengawal keselamatan berumur 46 tahun yang bertugas di pencawang itu, Mohd Abbas Danus Baksan ditahan selepas bergelut dengan polis kerana enggan membuka pintu pagar pencawang dan sebaliknya menyerang polis yang cuba memasuki kawasan itu.

Nurul Huda ialah anak bongsu Ketua UMNO Cawangan Kampung Pekajang, Ghani Juni yang bekerja sebagai pembantu am rendah di sekolah tempat anaknya belajar. Ghani mempunyai sembilan anak.

Kejadian dikatakan berlaku setelah Nurul Huda keluar untuk membeli barang di kedai runcit berhampiran, manakala pondok tersebut terletak hanya 100 meter dari rumahnya dan Nurul Huda perlu melalui kawasan pencawang tersebut untuk ke kedai runcit yang terletak 500 meter dari rumahnya.

Bagaimanapun, pada tahun 2008 Mohd Abbas telah terlepas dari hukuman mati kerana semua keterangan keadaan yang dikemukakan pihak pendakwaan tidak menunjukkan yang kesalahan itu dilakukan sepenuhnya oleh Mohd Abbas setelah dia mengemukakan rayuan kerana didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Johor kerana membunuh Nurul Huda.

Dia juga dijatuhi hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan oleh Mahkamah Sesyen Johor Baharu pada 26 Jan 2004, selepas dia mengaku bersalah merogol budak perempuan itu.

Peguam yang mewakili Mohd Abbas, Jagdish Kaur, berhujah terdapat orang ketiga terlibat dalam kes itu dan Mohd Abbas dalam keteranganya berkata dirinya dan dua lelaki lain bernama Suyaimi Mohd Zin dan “Jojo” merogol budak perempuan itu.

Katanya pertuduhan asal di Mahkamah Majistret, menyatakan Mohd Abbas melakukan kesalahan itu bersama-sama dua lagi lelaki tetapi selepas kes itu dihadapkan ke Mahkamah Tinggi, hanya nama Mohd Abbas disebut.

Katanya (Jagdish) hakikat yang Suyaimi atau mana-mana orang lain tidak didakwa bersama-sama dengan Mohd Abbas menunjukkan yang pendakwaan tidak mempunyai bukti terhadap mereka.

Timbalan Pendakwa Raya Mohamad Hanafiah Zakaria berhujah berdasarkan keterangan, jelas menunjukkan Mohd Abbas telah membunuh Nurul Huda kerana hanya dia seorang yang bekerja di pondok pengawal itu dan keengganannya membenarkan polis dan abang Nurul Huda masuk ke pondok itu untuk menyiasat menunjukkan yang dia menyembunyikan sesuatu.

Hakim Mahkamah Rayuan Tan Sri Zaki Tun Azmi berkata terdapat banyak lompang dalam kes pendakwaan dan penyiasatan pihak pendakwaan juga tidak lengkap.

“Adalah menjadi tanggungjawab pendakwaan untuk membuktikan pembunuhan itu. Tugas pihak pembelaan ialah untuk menimbulkan keraguan,” katanya.

Mahkamah, bagaimanapun, mengekalkan hukuman penjara 20 tahun dan 24 sebatan dengan rotan yang diputuskan Mahkamah Sesyen Johor Baharu bagi kesalahan merogol budak prempuan itu, yang Mohd Abbas mengaku bersalah. Namun dia terlepas hukuman sebatan kerana pada masa itu berumur 52 tahun.

***

***

Kes Bunuh Nurul Nadirah @ Dirang

Nurul Nadirah @ Dirang dilaporkan hilang pada 1 Mac lepas oleh ibunya, Roselyn Alan, 25. Roselyn memberikan RM 4 kepada Dirang untuk membeli telur ayam dan dua bungkus mi segera di kedai runcit yang terletak di tingkat bawah blok di sebelah rumahnya. Rumah mereka terletak di Flat Seri Delima, Bandar Seri Alam, Masai, Johor.

Berikutan kehilangan Dirang, gerakan mencari beliau dilaksanakan selama beberapa hari oleh pihak berkuasa dan penduduk tempatan. Kehilangan Dirang juga mendapat liputan meluas pihak media.

Pada 8 Mac 2012, mayat kanak-kanak yang rentung telah dijumpai di sebuah kawasan tanaman kelapa sawit di Nusa Damai, Masai, 20 KM dari Flat Seri Delima. Pada 12 Mac 2012, mayat rentung itu disahkan oleh pihak polis sebagai Dirang melalui ujian DNA.

Bapa kandung Dirang, Handri Yongot, 35 pada mulanya disyaki sebagai suspek, tetapi kemudiannya dibebaskan dari tuduhan dan dihantar ke Filipina, dari mana dia datang sebelum memasuki Malaysia tanpa dokumen perjalanan sah.

Seramai tiga orang suspek termasuk seorang wanita direman untuk siasatan kes pembunuhan Dirang.

Bagaimanapun, pada 27 Mac 2012, Muidin Maidin, 24, jiran Roselyn, telah didakwa melakukan perbuatan kejam itu terhadap Dirang di ladang kelapa sawit, Jalan Suria 47, Bandar Seri Alam, Masai antara pukul 11 pagi dan 7 malam, 1 Mac lepas.

Lelaki bermisai nipis itu didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati di tali gantung jika disabitkan kesalahan.

Kes Bunuh Noritta Samsudin

Norrita Samsudin, seorang eksekutif pemasaran dan model sambilan ditemui mati di unit No. D71, Kondominum Puncak Prima Galleria, Sri Hartamas, Kuala Lumpur oleh rakan serumahnya, Nor Azora Hamid pada pukul 4.00 pagi Jumaat, 5 Disember 2003. Dia dipercayai dibunuh di antara pukul 12.30 tengahari hari sebelumnya hingga 4.00 pagi dia ditemui.

Jenazahnya di bawa ke rumah keluarganya di Kampung Surau, Utan Aji, Perlis. Pada 7 Disember 2003.

Polis kemudiannya menahan Nor Azora Hamid, 25 dan teman lelakinya Kenneth Michael Yap Teik Huat, 38, untuk membantu siasatan.

Seramai lapan suspek termasuk dua yang dipercayai bertanggungjawab melakukan perbuatan kejam itu telah ditangkap. Hasil ujian Asid Deoksiribonukliek (DNA) mendapati salah seorang suspek tersebut dipercayai mempunyai kaitan dengan pembunuhan itu.

22 Disember 2003, Hanif Basree Abdul Rahman di hadapkan ke Mahkamah Majistret atas tuduhan membunuh dan kes itu kemudiannya dipindahkan ke Mahkamah Tinggi.

Kes perbicaraan Hanif Basree bermula pada 5 Mei 2004 mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang boleh membawa hukuman mati.

Bagaimanapun, Jurutera Hanif Basree Abdul Rahman yang dituduh membunuh eksekutif pembangunan perniagaan Noritta Samsudin dibebas dan dilepaskan oleh Mahkamah Tinggi di sini 1 Julai 2005.

Hakim Datuk Abdull Hamid Embong berkata, pendakwaan telah gagal mengemukakan bukti yang cukup untuk mewujudkan kes prima facie terhadap jurutera Majlis Bandaraya Shah Alam itu.

Mahkamah Persekutuan pada 28 Mac 2008 kemudiannya mengekalkan keputusan yang melepas dan membebaskan Haniff Basree.

Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Zaki Azmi yang mengetuai panel lima hakim memutuskan demikian dengan sebulat suara semasa menolak rayuan pihak pendakwaan bagi mengetepikan keputusan mahkamah rayuan yang mengekalkan keputusan membebaskan Hanif Basree yang dibuat oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Sebuah akhbar melaporkan bapa Noritta sebagai berkata:

Saya lebih suka membaca laporan akhbar mengenai kes Norrita di kebun saya kerana suasana di sana sunyi dan menyegarkan. Yang penting, di situ saya boleh menangis sepuas-puasnya.

Menurut satu sumber, ibu dan bapa Allahyarham Noritta telah bercerai selepas kejadian itu, dan bapa Noritta telah meninggal dunia beberapa tahun selepas kes itu berlaku manakala ibunya telah berkahwin semula.

Kes Bunuh Along Spoon @ Sabi’ul Malik

Along atau nama sebenarnya Sabi’ul Malik Shafiee, ialah penyanyi kumpulan Pop Rock, Spoon. Beliau yang ketika itu berusia 19 tahun, telah ditemui mati dalam sebuah guni di sebuah gaung, bertempat di Kilometer 28, Jalan Kuala Klawang-Genting Peras, Jelebu pada jam 1 pagi, 6 Januari 2000.

Sebelum itu, Along dilaporkan hilang pada 25 Disember 1999, Along dipercayai telah dibunuh di sebuah tempat lain sebelum mayatnya dibuang di dalam gaung tersebut.

Ibu dan bapa Along, bagaimanapun enggan menerima keputusan DNA yang mengesahkan mayat tersebut sebagai Along, dan masih berharap Along akan ditemui semula dalam keadaan hidup.

Pada 19 Januari 2000, seorang anggota polis berpangkat Lans Koperal, Mohamed Ya’cob Demyati dari cawangan pengawal pengiring Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kuala Lumpur dihadapkan ke mahkamah Majistret Seremban atas tuduhan membunuh Along.

Mohamed Ya’cob kemudiannya pada 10 April 2002 didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi terhadap tuduhan membunuh Along dengan sengaja pada pukul 1 pagi, 26 Disember 2000.

Pada 2 November 2010 Mahkamah Persekutuan mengekalkan hukuman mati terhadap Mohamed Ya’cob.

 

Page 4 of 8« First...23456...Last »