Tips

3 Cara Nak Ambil Kembali Instagram Yang Dah Digodam Dan 4 Cara Elakkan Dari Berlaku Lagi

Situasi digodam memang merisaukan semua orang. Kalau boleh perkara seperti ini nak dielakkan daripada berlaku kerana ia melibatkan banyak masalah lain.

Media sosial khususnya, sering menjadi tumpuan penggodam untuk menggodam akaun mereka, dalam mengambil alih akaun dari pemilik asal.

Penggodam bukan sahaja mensasarkan seseorang yang menjadi tumpuan ramai, seperti artis, bahkan orang biasa juga akan turut mengalami situasi yang sama.

Sama ada mereka pekerja syarikat, seorang pelajar, mahu pun peniaga atas talian. Sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penggodam.

Aku sendiri ada pengalaman bagaimana rasanya digodam dan dapat balik instagram yang dah digodam. Jadi aku harap panduan ini bermanfaat untuk korang.

INSTAGRAM HACK

3 langkah BASIC bagaimana untuk ambil balik instagram:

1. Pastikan PASSWORD INSTAGRAM tak sama dengan EMAIL yang di daftar kat instagram. Email antara elemen penting untuk process ambil balik instagram anda di godam.

– hackers tahu password instagram anda , sebab tu dia godam.
– Lepastu boleh dapat email anda di edit profile.
– Sah dia pun boleh log in sebab email dan instagram password sama.
– Dia boleh tukar je email tu punya password.
– Kalau part ni da kena , insta korang dalam keadaan bahaya.

2. LINK kan instagram dengan facebook.

3. Letak NUMBER TELEFON terbaru anda di bahagian INSTAGRAM..
.
.
3 cara ini bolehkan anda ambil balik instagram anda yang di godam itu.
.
.
Instagram akan beri satu code dan anda perlu tangkap gambar anda, tulis nama penuh & username anda di kertas dan snap.

4 cara mengelakkan instagram anda di godam :

1. Fikir dua tiga kali jika nak gunakan third party apps untuk instagram anda. Check betul secure atau tak apps itu.

2. Tukar password terus kalau instagram suruh tukar . Ada la tu dia detect , tukar la. Letak password yang kuat & susah sikit. Satu huruf besar ada number dan lain lain.

3. Benda biasa yang lain, log out bila guna public desktop & jangan bagi orang lain password ig dan email.

4. Pastikan korang switch on “Two-Factor Authentication” kat instagram korang.

Caranya :
– masuk ruangan “option”
– scroll ke bawah sampai jumpa bahagian “account”
– pilih “two-factor authentication”
– On kan “require security code”

“Two-Factor Authentication” ini berfungsi seperti double layer security di gmail. Jika ada yang cuba log in dari browser/mobile phone lain selain dari korang punya, insta akan send code kat hp korang. Code itu digunakan utk log in insta.

Ini adalah ASAS awal security di instagram yang korang boleh guna sebagai perlindungan. Lagi lagi orang berniaga guna instagram. Punca rezeki anak anak dan keluarga tu.

Namun seandainya masih gagal nak dapatkan balik, boleh roger aku. Cukup utk aku katakan,aku ada team yang boleh membantu.

Sumber

Comments 5

  1. MiaBryan

    Boleh cuba ni. Nak tnya la, skang ni ramai yg boleh tutup ruangan komen ig pada gambar. Camna ya nk buat. Boleh ajar x??

  2. Hidayah

    Boleh tolong tak. Sy dah cuba tp tak dapat jugak.

  3. Ricky

    Salam bro boleh tak ajar macammana nak dapatkan balik akaun ig , sgt urgent, dah buat dah step yg diberi

  4. raibeatul

    macam mana nak delete account instagram yang link dgn no phone yg dh tak digunakan.

  5. Mazatul Aishah Binti Miswan

    Boleh tolong tak? Saya dah update email and number semua. Beberapa hari semua okay. But tetiba dia mintak code confirmation and email / number phone yg ada tu bukan saya punya. Macam mana nak buat?

Leave a Reply