Kamu tidak nampak kuat sangat sekarang, ujar ahli keluarga mangsa yang terbunuh dalam kejadian pembunuhan beramai-ramai di pawagam di Colorado, Amerika Syarikat oleh James Holmes yang menembak mereka menggunakan senjata api. Mereka berkata demikian sewaktu kes James diperdengarkan di Mahkamah Daerah Arapahoe di Colorado, semalam.
Kejadian tembakan pada tayangan tengah malam The Dark Knight Rises Khamis lepas itu menyebabkan 12 orang terbunuh, manakala 58 orang lagi cedera, ada antaranya parah. Mangsa yang termuda terbunuh hanya berusia enam tahun.
Holmes tidak menunjukkan tanda-tanda menyesal. Dia dikatakan sering meludah ke lantai sewaktu dipenjarakan serta dia juga berfikir yang dia sedang berlakon dalam sebuah filem.

Alex Teves, salah seorang mangsa yang meninggal dunia setelah melompat untuk melindungi teman wanitanya ketika James Holmes melepaskan tembakan
Ibu bapa Alex, Tom Teves dan Caren, memanggil Holmes seorang pengecut.
Jessica Ghawi, seorang penulis ruangan sukan, juga salah seorang mangsa yang mati ditembak.
Lagi 28 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.
***

Veronica Moser, enam tahun, mangsa termuda dalam kejadian tersebut.

Bapa Veronica Moser hadir untuk pendengaran pertuduhan.

William B. Sylvester, Hakim Daerah Arapahoe memberitahu Holmes dia tidak dibenarkan menghubungi ahli keluarga mangsa yang meninggal dunia mahupun terselamat.

Amanda Lindgren, teman wanita Alex Teves, yang diselamatkan teman lelakinya itu.























nmpk muka psycho gilaaaaaa….dia ingat joker dasar cultivation tul ;(
tgk muka pon da tau mcm x waras
kalau dia joker taklah dia kena hukuman mati. Such an uncivilized people.
hahahaaa…joker x ler sekejam ni.agaknye,dia perasan kot yg dia nak jadi bane.
tapi x do pon yang heboh kate ini “America terrorist” …kalu di buat kat muslim….terus cop terrorist..huh !
aku stuju amat dgn statement ko tu
yeah kalo muslim yg buat ni kompem terus kene tembak ngan polis kat sane ni,xdenye nk masuk mahkamah ni sume
ce tembak dia,rasa cane?
betol tembak jer baru menangis x berlagu, sakit hati giler aku tgk muka mamat poyo nih betol tidak ada masalah mental ntah nak selamatkan diri jer..
kesian, dah manusia yg xde buat pape dgn dia tiba2 mati, tgk wayang je pn,. aku rasa dia ni mmg mental skit la, imaginasi mcm budak2.. tp ttp aku xleh trime
Belajar PhD pun sekerat jalan, jadi gila sbb takleh nak tampung bebanan mental belajar PhD agaknya.
Hukuman mati sahaja yg terbaik utk dia. Mental tak mental, dia tetap kena mati.
Tembak dia sebanyak mana peluru yg dia lepaskan kat semua mangsa.
sedih nya tengok gf yg bf kena tembak sebab melindungi dia ..
tahniah anda di bunuh smpai mampossss.!!!!!
padan muka kau james holmes….
tahniah AMERICAN TERRORIST!! hukum tembak sampai mati.