Santai

4 Fakta Penting Cuti Bersalin Untuk Kakitangan Awam Perlu Tahu, Elak Kekeliruan Di Kemudian Hari.

Ramai yang kurang faham dan tersilap ambil cuti. Kami sering bertemu dengan ibu-ibu yang tidak sangka cuti mereka sudah kehabisan. Lebih baik beringat-ingat dari awal.

1. Jumlah cuti bersalin yang boleh diambil setiap kali melahirkan anak adalah minima 60 hari dan maksima 90 hari (Cuti bergaji penuh ditolak elaun kritikal). Jika pilih 90 hari, baki lebih kurang untuk anak-anak yang akan datang.

2. Jumlah cuti bersalin yang boleh dipohon sepanjang perkhidmatan adalah 300 hari (maksima 5 orang anak).

Kalau sudah cukup 300 hari, tak layak ambil sebarang cuti yang berkaitan dengan kelahiran termasuk cuti sakit. Maksudnya petugas terpaksa mengambil cuti rehat ataupun kena pohon cuti tanpa gaji ataupun cuti menjaga anak.

3. Cuti Menyusukan Anak : Maksima 3 bulan (cuti tanpa gaji)

4. Cuti Menjaga Anak : Maksima 5 tahun (cuti tanpa gaji). Cuti hendaklah berterusan dari semenjak bersalin, tak boleh ada tempoh bekerja.

Selain daripada cuti bersalin 60 hari, kelulusan cuti adalah di atas budi bicara Ketua Jabatan berdasarkan kepada keperluan perkhidmatan.

Cuti tanpa gaji tidak dikira sebagai tempoh perkhidmatan dan akan memberi kesan kepada tarikh bersara dan juga imbuhan.

Kredit : Dr Rushdan Noor

Leave a Reply