Santai

4 Kelebihan Yang Pekerja Di Malaysia Nak Dapat Hingga Sanggup Dipotong Gaji

Zaman sekarang ini pekerja-pekerja mahir dan kreatif sangat diperlukan oleh setiap syarikat. Begitu juga dengan calon-calon yang cuba masuk ke dunia pekerjaan sebenar sentiasa mencari-mencari kelebihan-kelebihan yang mereka inginkan setanding dengan pekerjaan mereka.

Memetik kenyataan Panduan Pendapat Hays Asia 2016, lebih kurang 57% majikan di seluruh Asia telah pun mempunyai susunan kerja atau SOP yang fleksibel. Antara yang kerap menjadi keutamaan adalah seperti waktu kerja yang bebas, lokasi yang berdekatan dengan tempat tinggal dan boleh bekerja di tempat lain seperti cafe, restoran, rumah atau dimana-mana sahaja.

Ini antara 4 faktor yang sering jadi keutamaan oleh pekerja untuk memilih dengan mana-mana syarikat yang mereka nak bekerja. Betul atau tidak? Jom tengok.

1. Kos Dan Masa Tempat Kerja

Kos dan masa diantara tempat kerja dan tempat tinggal antara faktor penting yang diambil kira oleh para pekerja. Ini kerana lebih dekat jarak ke tempat kerja, lebih cepat akan sampai. Ini belum lagi dikira dengan kesesakan lalu lintas yang perlu dihadapi setiap hari. Kadangkala boleh jadi terlewat jika jarak perjalanan yang agak jauh.

2. Lokasi Tempat Kerja

Rakyat Malaysia lebih mementingkan lokasi kerja berbanding dengan negara-negara Asia lain seperti Singapura, Jepun dan China. Memetik kenyataan sumber, lebih 18% pekerja di Malaysia mempertimbangkan lokasi yang lebih dekat hingga terpaksa menukar kerja. Ini kerana lokasi ke tempat kerja yang akan menentukan masa dan kos yang perlu diambil kira.

3. Budaya Kerja Yang Seimbang

Sesetengah majikan berpendapat, bekerja dari rumah adalah faktor yang menyumbang ke arah mengurangkan pembaziran masa dan kos-kos overhead yang lain seperti elektrik, air dan sewa. Ia juga berpotensi meningkatkan produktiviti dikalangan bekerja selain boleh menarik pekerja-pekerja baru yang berkelayakan.

4. Masa Kerja Yang Fleksibel

Selain boleh bekerja dari rumah, waktu kerja yang fleksibel boleh membantu pekerja merancang jadual kerja yang lebih sistematik malah boleh mengelakkan kesesakan lalu lintas setiap kali tiba waktu puncak. Ini juga menjadi salah satu strategi syarikat untuk mengekalkan pekerja yang berpotensi tinggi.

Walaubagaimana pun, tidak semua syarikat menawarkan kelebihan yang dinyatakan diatas. Mungkin kerana ada beberapa bidang yang tidak sesuai untuk mengaplikasikan cara seperti ini. Sebagai contoh doktor, ahli farmasi, peguam dan perunding hartanah. Bidang-bidang ini lebih sesuai dilaksanakan secara bersemuka.

Jika pekerja dapat kelebihan-kelebihan ini, janganlah ambil kesempatan atas kelonggaran dan kelebihan yang majikan dah berikan. Manfaat dah best, kerja mestilah jadi lebih efesyen dan berdisiplin.

Leave a Reply