5 Fungsi Terbaru Yang Sedang Dibangunkan Oleh Aplikasi WhatsApp

Dengan lebih dari 2 bilion pengguna di seluruh dunia, WhatsApp merupakan salah satu perkhidmatan pesanan paling popular di dunia. Platform ini kerap dikemas kini dengan ciri-ciri baru bagi memastikan pengguna mendapat pengalaman penggunaan yang terkini.

Baru-baru ini, WhatsApp melancarkan Dark Mode, meningkatkan had panggilan suara dan video bagi group call dari empat ke lapan orang dan banyak lagi.

WhatsApp kini dikatakan masih mengusahakan banyak lagi ciri baru yang dijangka akan diperolehi dalam kemas kini pada masa akan datang. Ini merupakan lima fungsi terbaru yang pasti akan menggembirakan pengguna.

Sokongan pelbagai peranti

Advertisement

WhatsApp telah menguji sokongan pelbagai peranti selama berbulan-bulan. Setelah diaktifkan, ia akan membolehkan pengguna log masuk ke akaun WhatsApp mereka pada lebih dari satu peranti pada masa yang sama. Pada masa ini, pengguna hanya dibenarkan log masuk ke akaun WhatsApp mereka pada satu peranti sahaja. Setelah akaun yang sama dilog masuk ke peranti lain, ia akan keluar dari peranti pertama secara automatik.

WhatsApp kod QR

Satu lagi ciri baru yang sedang diusahakan ialah pengguna boeh menambah kenalan baru hanya dengan mengimbas kod QR. Pengguna akan dapat memaparkan kod QR kenalan mereka sendiri serta mengimbas kod QR orang lain untuk menambahkannya ke kenalan mereka. Ciri ini sudah tersedia dalam versi beta dari platform Android dan iOS dan dijangka akan dilancarkan dalam waktu terdekat ini.

Self-destructing messages

Ini adalah satu lagi ciri yang sudah lama digunakan. Sama seperti WhatsApp Stories atau Status yang akan hilang selepas 24 jam, pengguna akan dapat menghantar mesej yang akan hilang secara automatik setelah selesai jangka waktu yang ditetapkan. Self-destructing messages telah diubah namanya menjadi Hapus Mesej dan dijangka akan diancarkan dalam masa terdekat.

In-app browser

WhatsApp turut membangunkan fungsi carian dalam aplikasi. Pengguna yang menekan sambungan link tidak akan dibawa ke mana-mana web browser lagi. Ciri ini dapat meminimumkan masa untuk membuka link tersebut. Ciri ini telah digunapakai oleh aplikasi lain seperti Twitter dan LinkedIn.

Last Seen untuk kenalan tertentu

Antara ciri paling menarik yang sedang dibangunkan WhatsApp adalah last seen untuk kenalan tertentu sahaja. Sekiranya digunakan hanya kenalan yang terpilih sahaja dapat melihat status last seen tersebut, dan anda boleh tetapkan bilangan kenalan yang dipilih itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments