Written by serenity | May 18th, 2012

Ia ialah sebuah kafe yang berbeza. ‘Pelayan’ anda tidak perlu berbuat apa-apa, hanya merayau seolah-olah kafe itu mereka yang punya. Malah mungkin bulu mereka akan terbang masuk ke dalam minuman kopi anda pula.

Untuk ‘kafe kucing’ pertama di Eropah yang dibuka awal bulan ini di Austria, pelanggan menghirup kopi dan teh mereka ditemani oleh kucing-kucing comel bernama Sonja, Thomas, Moritz, Luca dan Momo yang bersedia untuk duduk di riba para pelanggan atau melepak di bawah kerusi.


Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Photobucket

Pemilik kafe ini, Takako Ishimitsu, berusia 47 tahun berasal dari Jepun, di mana kafe kucing merupakan satu kebiasaaan. Di Jepun, pihak pengurusan tempat tinggal melarang penduduk memelihara haiwan domestik di apartment dan flat, maka ramai yang menghabiskan masa di Kafe Kucing di mana mereka boleh bermain dengan kucing-kucing sambil minum.

Takako telah mengambil masa tiga tahun untuk berunding dengan dan meyakinkan pihak perbandaran di Austria yang kafe yang diberi nama “Café Neko” itu bersih dan selamat untuk para pengunjung.

Tapi bukan isu kebersihan saja yang mungkin tidak disenangi sesetengah pihak, kerana terdapat penyataan tegas di pintu masuk “anjing tidak dibenarkan”. Jadi sudah tentu ada peminat anjing di Austria yang ‘meroyan’. LOL

Yang Nie Pun Sesuai Kot Untuk Anda

TAGS:
PERHATIAN: Pihak AmazingNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak AmazingNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

7 responses to (7 GAMBAR)Cafe Neko, Kafe Kucing Pertama Di Eropah

  1. Farid says:

    dpt kucing tu berak pluppp masuk air , perhhh nikmat

    • RIMAS says:

      kat overseas, kucing dorg semua ada license n litter trained.. so no such thing as “berak/pancut” sesuka ati merata2 ceruk/dinding cam kat mesia.. N all d cats have been vaccinated/spayed if required so no such thing bulu getak terbang2 ker ape… :P

  2. alus says:

    salah sorang yg menegakkan sunnah nabi….kucing lau minum air kita , x najis..sbb nabi pernah ambil wuduk dpd bekas minuman kucing..mmg la anjing x leh masuk..gadoh kang..huru hara cafe tuh…

  3. PELIK??? says:

    Bagus & kreatif sungguh org jepun nie.aku duke idea dorg.x macam org Vietnam & china.buka cafe jual daging kucing & dating anjing

  4. sukun says:

    kat malaysia pun byk apa kedai mkn yg kucing dok melepak..

Leave a Comment

Optional