74 Ribu Rakyat Malaysia Di Facebook Tidak Mahu Projek Menara 5 Billion Diteruskan

1Malaysia reject page facebook

Di saat kami menulis entri ini, sudah 74,274 pengguna Facebook Malaysia “Like” page Facebook 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Satu angka yang cukup pantas sebab rasanya Facebook Page ini baru direka tak lebih dari seminggu. Kagum kami dibuatnya.

Anda nak “LIKE” Facebook ini? Itu terpulang kepada anda. Tapi dengar ceritanya admin page ini target 1 juta rakyat Malaysia untuk “LIKE” Facebook 1M Malaysians Reject 100-storey Mega Tower. Mungkin semakin ramai yang like maka suara rakyat akan didengari oleh pihak-pihak yang tertentu.

Yang penting kami kagum dengan semangat 1Malaysia yang ditunjukkan dalam page ini. Semua kaum ada. Ternyata Perdana Menteri kita berjaya dalam merevolusikan pemikiran rakyat Malaysia. Good job.

Thanks kepada Sarah yang menghantar info ini.


Tags: , , ,
PERHATIAN: Pihak BeautifulNara tidak akan bertanggungjawap langsung ke atas komen-komen yang diberikan oleh pembaca kami. Sila pastikan anda berfikir panjang terlebih dahulu sebelum menulis komen anda disini. Pihak BeautifulNara juga tidak mampu untuk memantau kesemua komen yang ditulis disini. Segala komen adalah hak dan tanggungjawap anda sendiri.

37 responses to 74 Ribu Rakyat Malaysia Di Facebook Tidak Mahu Projek Menara 5 Billion Diteruskan

  1. nikamirul says:

    aku rasa , pm buat camtue sebab dia nak 1m macam nie kot :)

  2. azalea says:

    tower apa lagi diorg nak buat…jgn buat obelisk tower dah ok..

  3. h3r0 says:

    Steady laa.. camtu la baguih dok ada..

  4. nic@pet says:

    Antara tanda-tanda hari kiamat ialah manusia berbangga-bangga dengan mendirikan bangunan yang tinggi.

    Rasululullah Shalallahu ‘alaihi wasalam bersabda :

    “Tidak akan terjadi kiamat hingga …. manusia bermegah-megahan terhadap bangunan” (HR. Bukhari)

    Berkata Al Hafizh Ibnu Hajar rahimahullah : “Makna bermegah-megahan terhadap bangunan adalah bahwasanya setiap orang yang ingin mendirikan bangunan, berkeinginan untuk menjadikan bangunannya lebih tinggi dari yang lain”

    ******
    Dan sekarang ini tanda-tanda ini benar-benar muncul di Makkah. Bahkan ada hadis kata antara tanda-tanda kiamat apabila bangunan-bangunan yang lebih tinggi daripada gunung-gunung di Mekkah dibangun di Mekkah. Nah sekarang, bangunan Nakheel Tower yang dikatakan akan mencecah 1000 meter atau 1 kilometer ini akan dibina di Jeddah..ini beritanya..

  5. mr5zal says:

    74 ribu org kampung minded kot..

  6. yuri says:

    mr5zal.. kmu tu bandar sgt da ker.. ni bkn pasl kampung minded ke x.. ni psal elok lagi duit tu d salur kn ke projk yg lbh berdaya maju..cntoh nye pengngkutan awam..

  7. aku org kampung says:

    mr5zal…aku org kampung…n aku tau pakai komputer…laptop pn aku ada…aku jg ada kerjaya…kau jgn pndang sblh mata pd org kpg…diaorg pn dah pndai nak menilai…yg pntg n yg x pntg…kau org bndar mmg x tau nak menilai…n aku org kpg mmg xstuju dgn projek tuuuuu…..

  8. cheche says:

    mr5zal <– 1 orang yang tak reti pasal ekonomi n pembangunan n menyalahkan org lain kampung minded. BODOH.

  9. skang da lebih 100,000 yang like page tu termasuk aku… ;-)

  10. mr5zal
    October 22, 2010 at 11:27 am

    74 ribu org kampung minded kot..

    5fazl, ko ni bangang sgt apsal…………parent ko dulu asal kampung jg……..
    agak2 r nak ckp pon…………….
    org yang mengaku bandar lg bodoh actually….
    kena bodoh2kan gomen….

  11. i luv malaysia says:

    Ala… stended ea.. mula2 ramai jer yg bangkang.. pastu.. da siap.. mula la bangga.. org yg bangkang tu sendiri yg pegi ke tempat tu nanti.. tgk ea nanti..

    amek contoh KLCC, putrajaya, sepang.. dulu ramai la duk kutuk.. membazir la bagai.. skrg? org yg kutuk tu laa yg duk pi tempat2 camtu jugak..

    aku perasan, yg ramai pelancong2 luar negara duk lawat tempat2 camtu.. bila dah ramai.. bleh menjana ekonomi negara jugak.. selain dr tu.. bile pelabur2 luar tgk camtu, drg pon berani nak melabur kat mesia.. cube fikir jangka masa panjang.. jgn pk pendek sj..

  12. AnakRembau says:

    Aku dah like page tu sebab aku tak setuju dengan projek tu.

  13. dah ada KLCC…dah ada KLIA, Sepang, PutraJaya….cukup la!!! Majukan la negeri2 di Malaysia Timur ni..jalan raya kat sini teruk!!!

  14. Bonny Basir says:

    Ish..ish..ish…ade juga yg manusia bangang yg nak bantah…kalau untuk kebaikan, apa salahnya…tgk masa mula2 nak buat klcc dlu…bnyk juga yg bantah sb org ckp merugikan…tp cuba tgk skrg, org yg dulu separuh mati nak bangkang, skrg ne hari2 pula berkunjung…. kerajaan ne bukan bodoh…mereka dah ada perancangan rapi…. wahai rakyat malaysia, jgn la terlalu cepat berpuas hati….bukan bermaksud tamak tp sekurang2nya kita ada usaha untuk bergerak lebih maju…..last but not least…org yg bantah ne mg otak udang bercoverkan kepala itik…

  15. susu says:

    adesss………
    kerajaan nak buat tower pon salah erk………..?
    so, kolo wat tower tu, x lame nak kiamat la ea…..memang la kiamat makin dekat…mane d makin jauh…..
    nic@pet kate…tande2 kiamat…. tol lah tu…. pandai seyh…….!!!

    pasal betulkan jalan…tambah perkhidmatan….peruntukan tu ade…. tapi… d korang2 kat atas nie y banyak komen tampil kehadapan menuntut semua tu…… g lah tampil…pasti suara anda akan di dengar

    aq pon malas nak layan kerajaan nie…..kolo dieorg buat projek cam nie…bagi peluang untuk orang2 kite buat duit gak.. memajukan bisnes usahawan2 y jual material bangunan nie…. peluang pekerjaan bertambah….
    *****(tapi orang malaysia nie nak ke kerje kontrak… paling2 indonesia&bangladesh la….kerajaan bagi peluang kerje pon x mo amek….dieorg lagi rela jadi pekerja kilang syarikat Amerika atau Jepun)

    sudut negative emm…… gune duit kerajaan….em….tapi tu kan duit dieorg….
    *****(cam kite dah beli roti kat kedai…kite bagi duit kat tokeh…tu duit die r….bukan duit kite lagi…same gak cam duit kerajaan nie…. cukai pon di amalkan se zaman nabi… cukai…zakat…lebih kurang jew… x mo bayar cukai…bayar zakat…x kene dakwe pe)

    aku x tau sangat negative nye….entah la…tapi KLCC…KL Tower dulu pon d sesetengah pihak bising…tapi bile dah siap…… tengok lah sekarang….. rakyat relax jew…. gune je bangunan2 nie sebaik mungkin…

    tapi aq bukan pon sokong sangat buat mende2 nie…. tapi kadar kemiskinan rakyat malaysia dah makin berkurang… so agak layak jugak kolo kite nak bina sumthing untuk di bangga kan…..dah tande2 kiamat cam tu….. kolo bangge dengan bangunan y di bna rasenye x dose kot…opsss…dose kew…. ? ngeee….aq pon x tahu… rasenye Allah tak halang untuk umat manusia bina bangunan tinggi2…..kot….. Ya Allah…Ampunkan aku kolo ape yang aku cakap nie salah……amin

  16. Bonny Basir says:

    aku sokong betul la dgn ko susu….meh aku minum susu gantung ko…..

  17. mengarot says:

    ala…sekarg xde nmpak kebajikan rkyat pun…biala xde menara tp xabai kebajikan rakyat…berapa taun dah ceupacs mintak bonus…tp haprak..yg dia tahu cakap…ekonomi dah kembali baik…paling baik lam sejarah…but bila nk agih duit utk rakyat sush gler…ble nk buat projek yg xde makna tu bleh bazir billion2…tu sume duit rkyat la…sedar sikit…bila bercakap gah…tp bla nak buat ape dia? slogan rakyat di dahulukan leh pake ker? yang si pompuan tu…sibuk la buat sidang tu sidang ni…mcm dia lak paling berkuasa ek…sudah2 la..tugas dia xde kena mengena ngn sumer tu…lg satu tolong la jngn bazirkan duit rkyat utk kesenangan korang…kalau mereka tu sanggup zuhud macam ahmadinejad kitorg bleh terima…sbb dia sendiri pun miskin…jd lah mcm Khalifah Umar Al-Khattab…..

  18. mengarot says:

    duit diorg…wow!!!!!bukan diorg ke naikkan harga brg tu brg ni sebb nk pake duit kiter…kita ni plak lau tak beli brg2 tu sumer mcm mana nak jalankan kehidupan…tolong jngn ckp benda bodoh…most of the people dah faham la….memg cara nak jana ekonomi mcm tu…tp bukan mencekik utk diorg….sebab tu Umar Al Khattab cukup tkt nk guna duit negara sebb dia tkt dia terguna duit utk rkyat…but bukan nak soh jd 100% mcm tu…memg susah la pemimpin nak zuhud mcm tu kan…tp jaga kenajikan rkyat sikit ok la…mereka dah kaya…dah senang…xkan la baju berpuluh ribu leh beli…yang rakyat minat bonus pun susah nk bg…lau stakat 500, habuk je bg diorg….kalau nak berada diatas sentiasa jaga yang dibawah….

  19. dijah sarawak says:

    aku tak puas hati aku tak pangkah masa pilihan raya umum,..senang!

  20. mengarot says:

    tu memg betol…tp lau nk jd pemimpin try la amek hati rkyt…kalau stakat tgk ape yg diorg cte memg kita xkan tahu apa yg disebalik tabir…becoz yg ditunjukkan memg la cantik2 ajer…walhal…terlalu busuk di dalam…so tepuk dada tanya selera kan…

  21. sokong mengarot says:

    kita tdk perlu menara untuk mnjana eknomi ngara..
    5 billion tuk salurkn pd pendidikan dan ksihatan.
    The most important thing dlm khidupan mnusia.
    Klu benar bajet tuk tu semua dh ade,TAMBAH LAGI..
    rmai lg org sakit dan kebulur kt malaysia ni..
    jgn tggu pilihnraya br nk bagi duit..

  22. memang mengarottt says:

    this is my point of view,pada aku menara tu xperlu sebab rasanya dah banyak sangat menara n bangunan yang terbengkalai.n pasal dana nk buat tower tu,jap2 kata pakai duit gomen,then bila rakyat mula kecoh..dok kata pnb punya projek,tp kalau iye pun pnb punya projek-watpe announced masa bajet aritu?n kat paper dok kata pnb bagi cadangan pada gomen tuk wat tower tu?pe maksud tu?kalau org dulu2 bleh la nk kelentong,tp skang rakyat dah well-educated..bukan bleh dibodoh2 kan lagi…lagi pun,jalan kat kl tu dah congested sangat dah..nk watpe lagi lah wahai gomen yang ‘kaya raya’ ni?
    n pada yang kata kami2 yg dok membangkang ni poyo.anda lagi poyo sebenonye..konon dulu2 x sokong bina klcc,putrajaya n sepang cicuit etc..n skang dok sibuk menebeng kat tempat2 ni,mana ko kenal kitorg?terer seyh..kat klcc tu,baper byk rakyat mesia/melayu yang bleh cr makan?ko g sana free ke beli bebarang lam tu?korang yg suka melepak kat klcc tu ada dok kat park,jalan2 shopping dapat duit?ada?ada?dah la barang mahal2..tpi xpe,korg sure happy sebab pasni brg2 import sume dah xde cukai..kami org2 kampung ni xterkesan as we all x pakai benda2 branded mcm org bandar ni,huh…
    akhir kata,siapa yang otak udang berkepalakan itik sebenarnya?renung2kan laa…..

  23. mengarot says:

    yes aku memg sokong memang mengarot….anyway diorg buat sbenarnya sbb bisnes diorg…nama diorg…tak pikir apa yang rakyat nak…yang aku tak puas hati diorg memg sedap berhabis duit buat tu buat ini but rakyat…nak beli barang pun berkira sebab apa? sebab duit tak cukup la…gaji xnaik…bonus xde…brg naik…mcm ni ke rakyat didahulukan….kepada yang kaya dah tu memg la diorg xde kesan…tp bg org2 yang sederhana, yang kurang kemampuan masalah ni memg rumit….xpyh la dok bazir duit ke benda2 bidaah mcm tu….ni biasiswa JPA pn dh dikurgkan…ala bukan kitorg xtau….pleasela…jgn korbankan rakyat semata2 utk kesenangan orang2 di atas…tk pyh buat slogan utk memutar belitkan minda rakyat…ingt zaman jepun ke nak change mind set kitorg…dulu kita kena jajah ngn jepun antara salah satu sebab adalah slogan yang power…’ASIA UNTUK ASIA’. but when they get our country…see…apa yang diorg buat…skang nak tpu dengan dok melaung2kan slogan rakyat di dahulukan…oh Tuhan…jangan menyeksa batin orang2 yang xkaya mcm korang tu….tk pyh la buat program bodoh2….kalau nk tunjuk hebat…utama bidang pendidikan dulu,,,ni ada niat nak capai negara berpendapatan tinggi tapi kedekut mcm aper….ni sume kalau minda tertutup lagi memang tak kan nampak la….

  24. batu says:

    sape yang x bangga lihat projek mega kat malaysia di tayang di seluruh dunia?
    KLCC, Sepang, Putrajaya, Proton
    tu semua projek mega
    projek mega ni main purposes dia sebagai tarikan
    so the world will know
    so the world can see
    kalo mind kita asyik kate membazir je
    rata je r kuala lumpur ni dgn bangunan 3 4 tingkat je

  25. mengarot says:

    yes…but stakat nk bgga…bg nama kat negara but rakyat…????no need la…klcc, kl sepang sume tu sebab Tun Dr Mahathir to very genius…walau dia buat pembangunan…rakyat tak rasa seperti dibodoh2 kan….kalau mcm tu ok…no hal….jngn amek jalan mudah…nk labur duit kat suatu projek tapi bahagian lain semua dicantas….cantas dulu gaji diorg….then rakyat akan bermurah hati utk menyumbang…like tyme Mahathir…masa ekonomi gawat…rkyat rela hati bg emas utk disimpan…for wht? bcoz utk dijadikan pusingan modal…sbb ape? sbb kita semua yakin dengan kebolehan dia….xperlu nak cakap gah…but show your talent first….

  26. psyco says:

    bbilion habis duit..
    bnyak lg org miskin..
    bnyak lg kmpung yg terpinggir tanpa d majukan..
    knapa nak wat projek mega lg??
    nak kita bhutang ka??
    bantu pelajar miskin lg bagus..
    pduduk miskin pun bnyak..
    spa nak bela??
    bguskan klu smnanjung tu sesak..
    nnt komplain lg jalan jem la..
    jerebu la.. :(

  27. psyco says:

    pelancong memang kagum tngok malaysia..
    padahal rakyat malaysia sendiri yg merana..
    duit rakyat tu..

  28. mengarot says:

    that true psyco…but bg org2 yg hidup senang ni mana la nk fikir sal isu2 yg xde kena mengena ngn diorg kan….bg diorg nama yg gah tu penting…dunia…

  29. sweet child says:

    rasanya apa yang ada kat negara kita ni dah cukup.KLIA twin towers and else, rasanya dah cukup megah,skrg pttnya kerajaan tumpukan usaha nak bgnkan negara ni dari segi sosial dan rohani bukan material je.Pembangunan skrg ni kurang seimbang rasanya dgn kadar jenayah makin bertambah and patut tumpukan pembangunan ummah.Aku pun budak agi.Tapi aku cuma nak bg pdgn aku hal camni.kene pakai sistem syura la …kalau keburukan lebih byk drpd kebaikan,better kita tak setuju.huhu..minta maaf kalau salah.wallahualam.tp aku tak stuju la projek ni.:)

  30. PhotoGZowie says:

    Aku x sokong langsung pasal projek mega ni… untuk ape? kemajuan? kemajuan bukan bermaksud mempunyai bangunan2 yg tinggi… bukan ramai pelancong2… pada aku kemajuan tu bermaksud maju dari segi kemudahan dan kebajikan rakyat yg sentiasa terjamin… keadaan sosial yg terkawal, infrastruktur kesihatan yg mencukupi, pendidikan untuk rakyat dalam dan luar bandar… adakah dgn membina bangunan yg tinggi dan memakan perbelanjaan yg besar itu boleh memajukan negara?

    cube klu korg tgk kt dlm KLCC tu, MAJORITI produk kt dlm tu sumenye produk luar negara… YES… mmg kemasukan barang2 tu semua dikenakan cukai oleh kerajaan… tapi korg x terfikir ke? yg akan lebih kaya adalah peniaga2 yg dtg dari luar… mcm mane pulak peniaga2 kecil di luar sana? adakah mereka akan dpt ape2 faedah dari semua tu? x perlu la kite cakap peniaga2 kt kawasan luar bandar… kt dlm bandar sendiri pun kite boleh nmpk keadaan peniaga2 kecil… aku percaya rakyat MALAYSIA ade fikiran yg waras dlm memikirkan hal seperti ini. dlm masalah sosial pulak, korg penah lepak kt kt luar KLCC? korg dpt lihat gelagat anak2 muda yg berperangai liar? itukah kemajuan yg kite semua mahukan? itu cuma di KLCC… di tmpt lain pulak bagaimana?

    adalah molek jika WANG RAKYAT itu dibelanjakan untuk memajukan rakyat sendiri. pemimpin boleh cakap mcm2… diorg pernah ke pegi pasar sendiri? isi minyak dgn duit sendiri? bayar toll? semuanye aku percaya ditanggung dgn menggunakn DUIT RAKYAT… aku sebagai rakyat MALAYSIA x kesah jika pemimpin yg kite tanggung itu menunaikan kebajikan sebagai pemimpin yg memikirkan masalah dan keperluan rakyat. tapi ape yg berlaku? korg renungkan…

    x cukupkah ape yg negara kite ada skrg? kite perlu lihat the most high priority dlm hal nih… korg2 semua yg menyokong berhabisan2 bagai nk rak dlm melaksanakn projek ni mesti dari golongan yg berkemampuan kan? korg pasti x pernah terfikir keadaan yg berlaku di luar sana… bukalah mata… lihatlah keadaan sekeliling korg… cubalah memahami masalah yg melanda rakyat lain yg kurang brkemampuan. jgn cakap ikut sedap bontot korg.

    sape yg otak udang berkepala itik skrg?

  31. siamanglaut says:

    dah hampir 200,000 pon..

  32. mi says:

    nak cerita pasal kebajikan?kalau kita miskin adakah 100% salah kerajaan atau salah sikap kita melayu? bukankah Allah takkan ubah nasib kita kecuali kita ubah sendiri? cube belek2 zaman nabi, adakah orang-orang di madinah yang hidup susah dan miskin menyalahkan nabi sebagai pemimpin madinah ?

  33. kawi says:

    cuba tgok negeri yg kaya minyak spt tregganu, kelantan, sarawak dan sabah..duit byak tp rakyat miskin…duit2 tu bawa kemana..cuma utk bina bangunan2 dan akt2 maksiat..org miskin tak tolong…duit royalti kelantan tak beri..ni ke kata nak tlg melayu..menipu tak habs2

  34. kawi says:

    laporan 2009 audit kata berlaku pembaziran dan penyelewengan 28 billion, nape SPRM tak siasat..

  35. kawi says:

    kerajaan memang suka rakyat yg bodoh dan tak berfikir..senang mereka nak perintah dan kebas duit rakyat

  36. aien says:

    aku dah like..hahaa

  37. mysara says:

    nak bina bangunan untuk tujuan pembangunan dan janaan ekonomi tak salah tapi jangan la ambik untung banyak sangat, terutamanya yg masuk poket sendiri tu..opss..

Leave a Comment