menarik, tempat

(9 GAMBAR)Restoran Robot Di Harbin China, Hidang Makanan Yang Dimasak Robot

Sebuah restoran di Harbin, China menggunakan 20 robot untuk sebagai tukang masak, pelayan dan penghibur pengunjung. Restoran itu dibuka pada Jun 2012.


 photo robot-restaurant-06-600x370.jpg

Apabila seorang pelanggan masuk, robot penyambut akan mengangkat tangan dan berkata ‘hello manusia bumi. Selamat datang ke restoran robot’. Pengunjung boleh memesan makanan dari seorang pelayan manusia yang akan menyampaikan pesanan kepada salah satu dari empat robot yang boleh menyediakan pelbagai hidangan mi dan dumpling. Apabila makanan siap disediakan, robot pelayan akan menghantarnya kepada meja pelanggan dari dapur. Apabila pelanggan makan, salah satu robot akan menyanyi untuk hiburan.

Tinggi robot-robot ini ialah antara empat hingga lima kaki dan mampu menunjukkan 10 ekspresi muka. Robot ini boleh bekerja berterusan selama lima jam setelah dicas selama dua jam. Tetapi robot ini bukanlah murah–kos setiap robot ialah antara 200,000 – 300,000 yuan (RM 105, 145 – RM 156, 215) dengan tambahan lima juta yuan (RM 2.6 juta) ialah pelaburan untuk restoran tersebut.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.


 photo robot-restaurant-12-600x370.jpg
 photo robot-restaurant-22-600x370.jpg
 photo robot-restaurant-32-600x370.jpg
 photo robot-restaurant-46-600x370.jpg
 photo robot-restaurant-56-600x370.jpg
 photo robot-restaurant-63-600x398.jpg
 photo robot-restaurant-73-600x405.jpg
 photo robot-restaurant-83-600x429.jpg
Laporan asal: Visual News


Comments 2

  1. […] Sebuah restoran di Harbin, China menggunakan 20 robot untuk sebagai tukang masak, pelayan dan penghibur pengunjung. Restoran itu dibuka pada Jun 2012. Apabila seorang pelanggan masuk, robot penyambut akan mengangkat tangan dan berkata ‘hello manusia bumi. Selamat datang ke restoran … Continue reading → […]

Leave a Reply