Tips

Ada Kemahiran Dan Idea Kreatif, Modal RM20 Pun Boleh Buat Rak Penyangkut Baju Seperti Ini.

Saya dan isteri selalu sahaja mengalami penyangkut baju bersepah dan hilang. Ting! tiba-tiba dapat idea untuk hasilkan rak penyimpan penyangkut baju dari paip PVC.

Project DIY hujung minggu menghasilkan rak tempat letak penyangkut baju murah dan mudah.

Bila dah ada rak penyangkut baju tiada lagi masalah penyangkut baju bersepah dan hilang. Kalau hilang juga tentu ia hilang sekali dengan raknya sekali.

Modal nak hasilkan rak penyangkut baju sekitar RM20. Bahan-bahan yang diperlukan:-

1. Paip PVC 15″ sepanjang 9 kaki

2. Gam paip PVC

Kos upah: Air Sirap.

Penyangkut baju yang hendak digunakan boleh gantung pada pemegang

Simpanan penyangkut baju

1. Bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan rak simpan penyangkut baju

2. Pasang paip 5″ pada elbow dan 3 joint untuk bahagian A

3. Pasang paip 5″ pada 3 joint untuk bahagian B

4. Pasang bahagian A dan B

5. Sambung paip 8″

6. Pasang elbow pada paip 8″ untuk bahagian C

7. Pasang paip 33″ pada kaki rak dan bahagian.

Rak simpan penyangkut baju

Sila LIKE dan SHARE

AzrinRos
Suami yang baik, suami yang senangkan isteri

Sumber : Mohd Azrin Roselan

Leave a Reply