Teknologi

“Adobe Scan” Applikasi Untuk Convert Printed Text Kepada Text Digital

Adobe telah melancarkan applikasi baru yang akan mengubah cara anda bekerja. Applikasi yang membolehkan anda convert tulisan pada bahan yang dicetak kepada tulisan digital.

Menggunakan teknologi Optical Character Recognition (OCR), Adobe Scan boleh mengimbas gambar dan convert gambar tersebut kepada digital text yang boleh di edit menggunakan Microsoft Word mahupun applikasi lain.

Ini merupakan FREE APP yang membolehkan anda menggunakannya tanpa sekatan.

Jika anda ingin convert tulisan dari nota, business card atau resit. Applikasi ini akan dapat mengesan setiap perkataan yang tertera pada bahan tersebut.

Anda boleh memuat turun applikasi ini pada peranti iOS dan Android anda.

Leave a Reply