Viral

Agent Supplement Prescribe Supplement Sampai Ada Yang Dapat Penyakit Kronik

Beberapa hari lalu, kecoh tentang “peperangan” Page Pseudoscience Watch bersama Dr Norman Norawi dan para agent Shaklee tentang kesan yang teruk daripada pengambilam supplement yang di”prescribe” mengikut akal logik mereka tanpa mengenal pasti kesan supplement tersebut terhadap kesihatan.

Satu perkongsian tentang product tersebut mendedahkan supplement berkenaan dijual secara set dan set tersebut adalah di Prescribe sendiri oleh mereka

assalamualaikum pw. bagus, bongkarkan lagi pasal shaklee.saya ckp terus terang ye. saya dulu sid shaklee jugak tapi saya berhenti sebab saya tengok banyak risiko jual benda2 makan masuk dalam badan ni.

contraindication customer mana kita nak tau. saya sendiri pernah baca luahan hati seorang isteri yang suami yang sakit lepas makan alfalfa shaklee, bila jumpa doktor, doktor cakap hati suami dia mengecut sebab makan alfalfa. lepastu bila mengadu kat sid2 ni, sid ni boleh cakap, kena banyak minum air lah, healing crisis la.

ada yang makan shaklee lepastu sakit. rupanya2 customer tu ada hyperthroid dan shaklee memburukkan lagi keadaan dia.

dan lagi satu saya tak suka cara diorang set2kan vitamin. set bersalin contohnya, diorang setkan vitalea (multivitamin) sekali dengan vit c, b-complex, zinc.. dan diorang bagi cara makan sekali. masalahnya dalam vitalea tu dah complete semua vitamin. bayangkan dah makan vitalea kena makan lg vitamin c, b comp..

diorang pandai2 sendiri tentukan berapa biji nak makan. dah jadi mcm doktor pulak tentukan banyak mana dos yang kena makan. kalau makan sederhana takpe, ni berbiji2 dalam sehari. saya takut overdose je. customer bukannya tau, diorang ikut je.

Apabila ditegur oleh individu yang bergelar Dr ataupun pakar dalam bidang perubatan, para penjual supplement tersebut menegaskan yang PAKAR tersebut yang menegur bukan pakar dalam supplement dan nutrisi. Hakikatnya, yang menegur bukan saja-saja buat cerita, tetapi telah membuat penilaian melalui clinical observation.

Isu ini menjadi lebih tegang apabila pengedar supplement tersebut menegaskan yang product mereka selamat dan menggunakan helah menakut-nakutkan orang awam mengenai “racun” dalam ubat-ubatan conventional. Mereka juga turut memetik nama penyelidik terkenal serta saintis untuk menang tetapi mereka tidak mampu untuk memaparkan laporan kajian clinical.

Disebabkan itulah jika anda melihat pada packaging product tersebut, ia akan tulis disclaimer “These products are not intended to diagnose, treat, cure, or prevent any disease.”

Perkongsikan melalui facebook Dr. Aida Hanim berkongsikan kesan supplement yang bahaya kepada tubuh badan manusia

Ada yang menggunakan testimoni merepek sebagai perisai mereka. Contoh testimoni yang cliche

“Saya dah makan produk Shaklee sejak 20 tahun yang lalu, saya sihat dan tak pernah ada masalah kegagalan buah pinggang atau masalah hati.”

“Aku makan Vivix jadi lebih sihat, bla bla bla..”

“Mak cik makan jus SedapSungguh (bukan nama sebenar) terus jadi boleh berjalan, berlari, segala bagai….”

ada juga over claim supplement mereka sampai keluarkan testimoni “Produk ini boleh sembuhkan kanser”

Berikut merupakan perkongsi facebook Dr Syahir Musafir

Ada juga individu yang berkongsi pengalaman diserbu oleh agent agent supplement ini selepas suaminya disahkan kidney failure. Hurmm dah la kidney failure, disuruh pulak makan ubat yang ada bahan kimia teruk. Iya agent akan cakap ubat mereka ni herba, tapi perlu ingat proses untuk tablet kan product tersebut menggunakan bahan kimia yang banyak dan bahan kimia juga digunakan untuk memastikan herba tersebut tahan lama dan kekalkan khasiat herba tersebut.

Ubat ni sememangnya bahaya, disebabkan itu lah dos untuk ubatan hospital di kawan. Sama juga macam supplement, jenis ikut suka set sendiri supplement ni tak takut overdose customer ke? Jadi health consultant main terjun tanpa pengajian khusus ni membahayakan. Kalau betul nak sihat, amalkan je gaya hidup sihat. Makan sayuran, makan buahan, diet seimbang. Ini nak kurus, senaman pun malas. Makan ubat itu, makan ubat ini.

Untuk perkongsikan yang lebih lagi, boleh je page Pseudoscience Watch

Leave a Reply