Uncategorized

Al-Quran Ditulis Dengan Darah Saddam Hussein

Tahukah anda kewujudan Al-Quran yang ditulis dengan darah Saddam Hussein? Projek yang bermula pada tahun 1997 ini berjaya ditamatkan selepas 2 tahun dengan Saddam Hussein menggunakan darahnya sebanyak 27 liter.
saddam hussein

Menurut sumber, Saddam Hussein memulakan projek ini sebagai tanda terima kasih kepada Allah atas kegagalan pembunuhan anaknya. Al-Quran ini kini sedang dipamerkan di sebuah muzium di Iraq. Dilaporkan juga yang Al-Quran menggunakan darah Saddam Hussein ini bernilai berjuta-juta dollar Amerika. Info asal Business Insider.

Comments 4

  1. Anonymous

    Al Quran ditulis dari darah? darah kan najis ????

  2. sal

    betol jugak la, nape nak tnjuk tanda kesyukuran dengan gune darah??? haiii…dah akhir zaman

  3. Anonymous

    umhur ulamak termasuk mazhab empat (Hanafi, Maliki, Syafi’ie dan Hanbali) berpandangan; darah adalah najis. Mereka berdalilkan firman Allah (bermaksud); “Katakanlah (wahai Muhammad): ‘Aku tidak dapati dalam apa yang telah diwahyukan kepadaku sesuatu yang diharamkan bagi orang yang hendak memakannya melainkan kalau benda itu bangkai, atau darah yang mengalir, atau daging babi – kerana sesungguhnya ia adalah kotor -……”. (al-An’am; 145)

    Menurut jumhur ulamak; ungkapan “sesungguhnya ia adalah kotor” adalah merujuk kepada semua benda-benda yang disebut sebelumya iaitulah bangkai, darah yang mengalir dan daging babi.

    Namun Imam as-Syaukani menyanggahi pendapat jumhur, di mana menurut beliau; darah tidaklah najis kecuali darah haid sahaja. Najisnya darah haid adalah berdalilkan hadis Nabi s.a.w. yang menyuruh agar dicuci darah haid. Asma’ binti Abu Bakar r.a. menceritakan; Seorang wanita datang kepada Nabi s.a.w. dan bertanya; “Ya Rasulullah s.a.w.. Jika salah seorang dari kami pakaiannya terkena darah haid, apa yang perlu ia lakukan?”. Nabi menjawab; “Keriklah, gosok dengan air dan basuhlah/cucilah, kemudian pakailah ia untuk mengerjakan solat” (Riwayat Imam al-Bukhari dan Muslim). Darah-darah lain tidak ada dalil yang menunjukkan kenajisannya, maka ia kekal atas hukum asalnya iaitu suci. Adapun ayat di atas, Imam Syaukani berpendapat; ungkapan “..sesungguhnya ia adalah kotor..” hanya merujuk kepada daging babi sahaja, bukan merujuk kepada semua benda haram yang disebut sebelumnya. Ini kerana dhamir (gantinama) yang digunakan ialah dhamir mufrad (satu) bukan jama’ (banyak). Sekalipun benda-benda yang disebut dalam ayat di atas haram dimakan, tetapi –menurut beliau- yang haram tidak semestinya najis. Haram atau halal sesuatu adalah berdasarkan nas. Begitu juga, najis atau tidaknya sesuatu juga perlu berdasarkan nas. Jika tidak ada nas, ia kekal atas sifat asalnya iaitu suci. Yang disebut oleh nas (ayat) di atas sebagai najis (kotor) secara jelas ialah daging babi sahaja berpandukan dhamir mufrad tersebut.[1]

  4. PELIK???

    dia ni mmg macam2 la…klu ye pun nak berterima kasih pd ALLAH,buat la sedekah utk rakyat2 dia yg miskin.ketuk emas yg ada pd tangga istana dia tu utk d sedekahkan pd fakir miskin.kan kah itu lebih mulia??

Leave a Reply