Info Semasa, Macam-Macam, Manusia, Pelik

Alasan Cerai Yang Tidak Munasabah Disenaraikan Oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor

Statistik menunjukkan kes cerai di Malaysia semakin meningkat dari tahun ke tahun. Antara yang kita biasa dengar ialah masalah keluarga dan juga kewangan.

Lumrah hidup di zaman moden, segala benda memerlukan wang Ringgit. Kesempitan wang dan juga saling tidak memahami pasti boleh meruntuhkan satu mahligai yang dibina bersama.

Tetapi sejauh mana kebenarannya?

Ada alasan bercerai yang boleh diterima, ada juga yang bila didengari, rasa tidak munasabah langsung.

Di bawah ini ada senarai alasan bercerai yang tidak munasabah yang dikeluarkan oleh Jabatan Kehakiman Syariah Selangor.

  • Punggung isteri menggerutu.
  • Suami tidak pandai melakukan hubungan seks.
  • Isteri meminta set persalinan 30 jenis warna untuk baju, seluar dan aksesori.
  • Isteri mengotorkan kopiah suami kerana tidak mahu suami menghabiskan masa berborak di surau.
  • Isteri suka mengikuti rombongan beramai-ramai.
  • Isteri suka membasuh baju pada waktu malam.
  • Suami mencurigai setiap tindakan isteri.
  • Isteri menceritakan kehebatan melakukan hubungan seks dengan pasangan terdahulu.
  • Berbeza fahaman politik.
  • Suami tidak suka isteri makan dalam kereta.
  • Gaji suami lebih rendah.
  • Isteri lambat menyediakan makanan.
  • Pasangan bangun tidur lewat.
  • Suami bekerja tidak tentu masa.
  • Anak demam dan tidak sihat.
  • Cemburu pasangan berkawan dengan bekas kekasih.
  • Pasangan terlalu cerewet.
  • Pasangan tidur berdengkur.
  • Pasangan gemar membeli-belah.
  • Suami kedekut.
  • Tidak suka cara pasangan menjemur dan membasuh baju.
  • Berebut rancangan televisyen.

Okay mungkin ada juga dari senarai di atas ini yang kedengaran munasabah. Tetapi yang pelik-pelik tu pelik sangat. Takkan lah tiada toleransi langsung antara suami dan isteri?

Macam-macam manusia zaman sekarang!

Comments 1

  1. nana

    ni sebenarnye semua alasan. bler hati dh tak ada rase cinta, benda kecik pon boleh jd punca. dlu pernah teman kwn g mahkamah untuk kes tuntutan fasakh dia, ada laki cerai bini sbb masak masin sgt. yg lg rare si suami rase terkongkong sbb pemakaian di tentukan si isteri. benda ni semua boleh di baiki n diubah. nk dgn tak je.

Leave a Reply