Info Semasa

Altimet Mengumumkan Persaraannya Dari Industri Muzik Dengan Dua Album Terakhir

Tanpa kita sedari, seorang lagi artis atau anak seni dalam industri muzik Hip Hop bakal meninggalkan kita di dalam zaman kegemilangan dunia Hip Hop di Malaysia.

Altimet telah membuat pengumuman tersebut melalui akaun media sosial Twitter beberapa hari yang lalu dan mengatakan bahawa beliau mempunyai pelan lain untuk masa depannya.

Namun begitu, beliau tidak akan meninggalkan kita begitu sahaja. Altimet sempat membuat pengumuman bahawa dua album bakal dikeluarkan menjelang hujung tahun ini dan tahn hadapan. Nama bagi dua album yang bakal dikeluarkan turut disebut – ‘Air’ dan ‘O’.

Altimet turut mengatakan bahawa album ‘Air’ sudahpun selesai dibangunkan dan ‘O’ sedang dalam pembikinan sementara peminat masih lagi sibuk melayan perkataan hype ‘amboi amboi amboi’!

Bukan itu sahaja, Altimet turut mengatakan bahawa sebuah konsert akan dijalankan bagi semua peminatnya. Mungkin sebagai satu tanda penghormatan kerana siapalah anak seni mahupun artis tanpa peminat yang setia.

Apa-apa pun, kami di sini ingin mengucapkan tahniah kepada Altimet kerana berjaya menjadi ikon Hip Hop dalam industri muzik di Malaysia dan terima kasih kerana menjayakan industri muzik Hip Hop di Malaysia dan membuka mata orang ramai tentang keindahan hasil karya anda!

Leave a Reply