Tips

Ambil Makanan Yang Sepatutnya Ketika Mengandung, Ini Makanan Yang Doktor Sarankan.

Baru-baru ni saya terdengar berita tentang pengacara televisyen yang dikurniakan cahaya mata. Lama dah beliau usaha. Bertahun-tahun jugalah.

Kemudian beliau bina sebuah group whatsapp untuk kongsi cara beliau ikhtiar kepada sesiapa yang ingin tahu. Isteri saya, Aimi Nazihah antara yang join. Saja ingin tahu.

Pagi tadi Aimi cerita, rupanya beliau cadangkan Dr Marsita Mansor untuk dirujuk sebagai pakar sakit puan. Itulah Dr yang merawat Aimi sepanjang check up mengandung Insyirah dan Ibah. Bersalin pun dengan Dr.

Pemakanan yang dicadangkan adalah sama dengan tips yang kami dapat sepanjang check up Aimi dengan Dr Marsita.

Alhamdulillah ramai yang dah dapat kesedaran tentang pemakanan yang sihat ini. Dr Marsita banyak berjasa pada masyarakat. Terima kasih Dr.

Tahun lepas, saya telah tulis pengalaman kami semasa dapat rawatan dengan Dr.

Syukur, ramai yang kongsi. Kali ini saya susun semula penulisan tahun lepas dalam bentuk poin untuk senang dibaca. Saya sertakan tambahan pesanan-pesanan dari Dr yang saya cuba ingat semula.

Sangat bagus untuk sesiapa sahaja terutama wanita mengandung. Bagus juga untuk perkembangan bayi dalam kandungan.

9 PERKARA PERLU DIAMALKAN..

1. Minum 1 sudu minyak zaitun setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Saya guna jenama ravika, kurang rasa tengit. Mungkin sebab itu, Dr syorkan yang ni.

2. Minum 1 sudu madu setiap pagi sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur. Kalau nak campur dengan air suam pun boleh.

Sekarang saya sekeluarga amalkan madu kelulut. Agak mahal tapi berbaloi. Bagus untuk anak-anak.

3. Minum 1 sudu pati delima sebelum sarapan dan 1 sudu sebelum tidur.

Saya guna pati delima jenama gulsan. Tapi nak guna yang lain pun boleh juga. Pati delima dan minyak zaitun ini ada kandungan anti oksidan untuk cegah kanser.

4. Amalkan susu kambing. Beli yang segar. Jika tak ada, boleh minum susu lembu segar jenama Goodday.

Dr Marsita bagitahu susu Goodday ini susu fresh. Cuba tengok pada tarikh luput, ia cepat tamat. Jika tak ada juga, barulah beli yang sachet.

5. Amalkan za’faran (safron). Ambil 7 helai atau beberapa za’faran, rendam dalam air suam dan 1 sudu madu.

Tunggu hingga air jadi kekuningan. Boleh bawa bekal ke tempat kerja. Orang kata boleh putihkan kulit bayi bila bersalin nanti. Orang katalah.

6. Makan 7 biji kurma setiap hari. Kalau mampu amalkan setiap hari, tak perlu lagi ambil folic acid ketika mengandung. Dr Marsita bagitahu, dalam kurma itu pun dah sangat banyak.

Kurma ni boleh makan dengan banyak cara. Blender kemudian simpan dalam peti. Campur dengan susu Goodday tadi. Sedap rasanya. Ataupun makan macam tu je.

7. Gantikan jajan anak-anak dengan kekacang yang sihat. Badam, pystachio, hazelnut, walnut. Sangat bagus untuk perkembangan otak.

Jadikan sebagai makanan semasa mengantuk bila memandu, waktu tengok tv dan sebagainya.

8. Kalau ibu-ibu mengandung loya tekak, jangan cari asam. Gantikan asam dengan cranberry. Sangat sedap dimakan terutama bila beli yang dah dikeringkan. Lebih bagus berbanding asam sebenarnya.

9. Minum air kelapa di hujung kehamilan. 8 bulan kandungan dah boleh mula minum. Dr cakap boleh bersihkan kulit bayi ketika bersalin. Memang benar, masa lahirkan insyirah, kulit bersih dan cantik.

Dulu, setiap kali balik sekolah saya akan beli air kelapa yang tak dicampur dengan ais dan gula. Dapatlah Aimi minum hampir setiap hari.

5 PERLU DI ELAKKAN

1. Elakkan ambil produk berasaskan pati gamat atau pati ikan haruan. Ia adalah super healing yang menyebabkan bahagian dalam perut melekat dan membawa masalah bila bersalin nanti.

Banyak kes-kes sebelum ini yang guna produk tersebut, akhirnya bermasalah untuk bersalin.

2. Elakkan makan durian. Sebab ia akan menaikkan kadar gula dalam darah. Kalau nak makan sekalipun, seulas sahaja. Lepas tu minum air masak yang banyak.

3. Kurangkan ambil fastfood. Kami pun suka fastfood. Tapi cuba untuk kurangkan dari semasa ke semasa.

Kalau pasal pemakanan ni, Dr suka terangkan kenapa dan bagaimana.

Tapi bab fastfood ni, Dr tak terangkan apa-apa pun. Pesanan beliau, jangan sentuh fastfood. Itu sahaja.

4. Elakkan minum soya. Dr pernah ceritakan pengalaman minum soya. Masa tu masih muda, jadi masih banyak yang tak tahu.

Memang dapat anak kulit putih, tapi siksanya bila timbul masalah kulit. Nak rawat semula tu, sangat memeritkan. Jadi, Dr pesan jangan ambil soya.

5. Elakkan makan ayam cucuk. Ini agak sukar. Kami pun hari-hari jumpa lauk ayam dan gemar makan ayam. Cuma kita boleh cuba kurangkan.

Kalaupun kita tak boleh elak makan ayam di luar, kita boleh beli ayam organik atau ayam kampung untuk makan di rumah.

Kawan-kawan, jom kita mulakan pemakanan yang sihat ini untuk anak-anak. Jadikan ia amalan keluarga kita. Amalkan dari awal, insyaallah anak-anak akan sihat.

Kredit : Nik Mohd Fahmi

Leave a Reply