Cool, Fakta, Info Semasa, kagum, Macam-Macam, Manusia, menarik

Anak Kecil Berumur 3 Tahun Ini Perlu Bayar Cukai? Biar Betul!

Lara Alana merupakan satu nama yang tidak asing lagi bagi mereka yang meminati dunia hiburan di Malaysia ini. Gadis kecil comel yang berumur 3 tahun ini merupakan anak kepada kedua-dua pelakon bernama Awal Ashaari dan Scha Alyahya.

Lara boleh dikatakan seorang selebriti anak kecil dengan tayangan program televisyen Asto Ria yang berjudul Lara Oh Lara di mana kehidupan sehariannya sebagai seorang anak kecil ditayangkan.

“Sebelum ini, orang ramai asyik dengan Lara melalui akaun Instagram dia. Jadi, dengan program tv ini, peminat boleh lebih mendekati Lara. Klip video eksklusif yang tidak pernah diterbitkan turut dipaparkan dalam program ini. Yang menarik lagi, kami juga berkongsi tips untuk membesarkan anak,” kata Awal Ashaari.

Ramai orang meminati Lara kerana rupa wajahnya yang comel dan karakter beliau yang sungguh mencuit hati dan riang ria sentiasa. Ini boleh dikatakan melalui pengikut Instagram beliau yang mencecah 2.8 juta orang!

Walau bagaimana sekalipun pandangan orang ramai terhadap anak kecil ini, Lara merupakan seorang selebriti yang berjaya kerana pada seawal usia 3 tahun, dia sudah perlu membayar cukai pendapatan.

Pelik tapi benar! Umur 3 tahun dah perlu bayar cukai. Ini disahkan oleh ibunya, Scha Alyahya melalui satu keterangan:

“Lara sudah mempunyai fail cukai pendapatannya sendiri dengan Lembaga Hasil Dalam Negeri dan akan mula membayar pada tahun ini,” kata Scha kepada akhbar The Star.

Fail anak kecil ini akan diuruskan oleh seorang agen yang dibayar oleh ibu bapanya. Walaupun kedenganran pelik kerana seorang kanak-kanak yang belum mampu bercakap lagi sudah perlu membayar cukai kepada kerajaan.

Selamat Berbuka Puasa..

A post shared by Penglipur Lara (@laraalanaa) on

Lebih-lebih lagi pendapatan yang menjadikan Lara jatuh wajib untuk membayar cukai. Macam mana nak minta budak 3 tahun bayar cukai? Korang ada idea?

Sebenarnya memang betul. Sesiapa sahaja yang mempunyai pendapatan bersih sebanyak RM34,001 ke atas, anda perlu membayar cukai. Jadi memang sah Lara mempunyai pendapatan lebih dari nilai tersebut.

Walaupun kita diterapkan yang cukai pendapatan adalah tanggungjawab seorang dewasa, tetapi tiada langsung dalam Akta Cukai Pendapatan yang menyebut tentang umur yang mewajibkan seseorang individu membayar cukai.

Tak percaya? Tengok gambar di bawah ini yang dipetik dari lampiran dari laman web LHDN.

Leave a Reply