Viral

“Anak Saya Ketakutan, Lelaki Itu Secara Tiba-Tiba Mengajaknya Masuk Dalam Rumahnya”

Hanya kerana berasa bimbang akan keselamatan anak perempuannya, seorang wanita cedera di bahagian muka dan beberapa bahagian badan yang lain akibat ditumbuk jirannya.

Dalam kejadian jam 5.40 petang, Rabu di Bandar Baru Wangsa Maju Seksyen 1, Setapak, mangsa, Rina, ditumbuk sebanyak tiga kali dan kejadian itu turut disaksikan oleh beberapa jiran yang lain.

Sebelum kejadian itu, Rina yang berada di rumah pelik dengan kelakuan anak perempuannya, Nurul, 9, yang datang berjumpa dengannya dalam keadaan ketakutan.

“Setelah bertanya, anak saya beritahu dia telah diajak oleh seorang jiran lelaki berusia lewat 40’an bernama Din masuk ke dalam rumah lelaki itu di tingkat 5, di atas rumah kami.

Kenapa panggil anak saya naik rumah? Siapa ada di rumah?

“Kemudian saya telah pergi berjumpa dengan lelaki tersebut di hadapan rumahnya untuk bertanya, kenapa dia mengajak anak saya masuk ke dalam rumahnya. Tetapi lelaki itu tiba-tiba marah dan bertindak menumbuk saya sebanyak tiga kali,” kata Rina (berdasarkan laporan polis yang dibuat).

Akibat dari kejadian itu, mangsa terjatuh beberapa kali dan sakit di bahagian muka, tangan dan belakang badan.

Bimbang dengan keselamatan diri dan anak-anaknya, mangsa membuat laporan polis untuk tindakan lanjut.

Menurut Rina lagi, kejadian itu menjadi pengajaran untuk dia dan anak-anak agar lebih berhati-hati di masa akan datang.

“Sebelum bertindak, hati terdetik perkara buruk akan berlaku. Tetapi demi mengelak kejadian berulang, saya gagahkan diri.

“Adat orang bersalah akan buat marah-marah, menjerit-jerit agar mangsa menjadi kaku dan tidak melawan dan mula menggunakan kekerasan bila sudah tidak dapat lagi disembunyikan kesalahan dan menakut-nakutkan mangsa,” katanya.

Rina berharap masyarakat sentiasa peka dan mengawasi anak masing-masing mahupun anak kepada jiran tetangga.

“Pemangsa tidak mengenal siapa mangsa. Mereka hanya tunggu peluang di masa kita semua leka dan tidak peduli,” katanya.

Leave a Reply