Kesihatan

Anda Mungkin Telah Menghidap Kanser Paru-Paru Jika Ada 9 Tanda-Tanda Ini

Kanser paru-paru merupakan kanser pembunuh nombor satu lelaki. Antara punca utama adalah merokok. Ini kerana rokok seperti yang diketahui merupakan bahan beracun yang akan melalui paru-paru ketika asap rokok disedut. Selain itu terdapat juga punca-punca lain yang normal seperti gaya hidup tidak sihat.

Antara golongan yang paling berisiko tinggi menghidap kanser ini adalah golongan perokok yang merokok lebih 30 kotak setahun dan berumur antara 55 tahun hingga 80 tahun.

Berikut kami kongsikan 9 tanda-tanda penghidap barah paru-paru..

1. (depresi) atau perubahan mood lain

Ini termasuk juga kebimbangan dan simptom psikiatrik yang lain. Perubahan perangai atau mood ini boleh dirasakan sendiri atau dapat dilihat oleh orang di sekelilingnya.

2. Selalu sakit yang berulang-ulang

Sakit yang berulang-ulang beserta dengan selesema, flu, batuk-batuk atau pnemonia (radang paru-paru) terutamanya di kalangan perokok. Ini disebabkan kanser ini terdapat di tisu paru-paru dan tiub bronkia yang menghasilkan simptom menyerupai flu atau batuk-batuk yang tidak baik-baik.

3. Hilang selera makan dan turun berat badan secara mendadak tanpa sebab

Apabila kanser paru-paru ini sudah merebak ke hati, pengidapnya akan hilang selera makan. Buah dada lelaki membesar secara abnormal (gynecomastia) terutamanya di kawasan bawah puting susu, bukannya di sekeliling tisu buah dada orang lelaki. Ini disebabkan oleh tumor kanser paru-paru ini merembeskan hormon, protein dan bahan lain ke dalam salur darah dan menyebabkan hormon badan tidak stabil yang membawa kepada pertumbuhan buah dada lelaki.

4. Keletihan luar biasa

Badan terasa letih kerana bahan yang dirembeskan ke dalam salur darah oleh tumor kanser paru-paru ini mempengaruhi paras oksigen, kesihatan sel darah merah, mengganggu fungsi kelenjar adrenal dan aspek lain dalam pengeluaran tenaga.

5. Hujung jari sakit dan menebal atau bengkak

Ini merupakan tanda biasa bagi kanser paru-paru. Kadang-kadang simptom ini disangkakan sebagai simptom masalah nutrisi (pemakanan) atau alergi.

6. Nafas pendek dan dada berbunyi

Tanda ini seperti orang astma. Keadaan ini terjadi kerana pertumbuhan tumor kanser paru-paru ini mengganggu kelancaran fungsi paru-paru menarik nafas masuk dan menghembuskan nafas keluar.

7. Batuk berpanjangan atau suara ke dalam disertai dengan air liur yang banyak keluar

Batuk berpanjangan ini adalah seperti batuk perokok sehingga berbulan-bulan, malahan ada yang sampai bertahun lamanya. Batuk ini kering seperti tanda alergi atau batuk yang basah yang berkait dengan flu atau selesema.

Kahak yang keluar terdapat kesan-kesan darah. Ini mungkin disebabkan salur bronkus tersumbat oleh tumor atau mukus, apabila batuk maka sebahagian darah daripada tumor ini akan masuk ke dalam kahak.

8. Otot lemah dan terasa tidak larat

Ini disebabkan tumor di paru-paru menghasilkan antibodi yang menyerang otot dan merembesakan bahan kimia yang boleh mengganggu aktiviti biasa sel darah merah yang boleh juga menyebabkan anemia.

9. Sakit dada, belakang, bahu atau perut

Selalunya tanda sakit dada dan belakang ini disalahertikan atau disangka sakit otot biasa atau sakit jantung. Sakit dada dan belakang ini adalah disebabkan oleh pertumbuhan tumor yang menekan saraf di bahagian-bahagian tersebut.

Rujukan : free vitamin

Leave a Reply