Info Semasa, Kejam, Pemandangan, tempat

Anda Rasa Apartment Anda Kecil? Lihatlah Rumah Sewa Super-Kecil Di Hong Kong Ini!

Ini bukanlah satu projek dalam konsep perumahan mikro dalam bandar. Tempat tinggal yang sangat kecil ini adalah berpunca daripada pekerja miskin yang cuba mencari tempat tinggal di dalam bandar yang pasaran hartanahnya berkembang laju.

Hong Kong merupakan salah satu negeri paling mahal dalam dunia, yang mana menyebabkan ia menjadi satu tempat yang sukar untuk diduduki jika anda miskin. Satu tempat yang sangat padat, kecil dan apartment usang boleh mencecah RM4,000 bagi 100 kaki persegi.

Beratus-ratus ribu orang hidup dalam keadaan seperti ini. Ada yang lebih teruk, terpaksa duduk dalam ‘rumah sangkar’ yang hanya cukup untuk satu katil kecil dan dikelilingi dengan sangkar besi.

Foto ini merupakan satu siri yang diambil oleh seorang sukarelawan untuk satu organisasi NGO di Hong Kong yang digelar Society for Community Organization (SoCO) untuk menunjukkan apakah rupanya untuk mendiami tempat sekecil 100 kaki persegi.

Setiap gambar ini diambil dengan kamera ditekapkan pada bumbung rumah memandangkan bilik ini semuanya terlalu kecil untuk jurugambar itu masuk ke dalamnya.

Penduduk di kawasan ini adalah terdiri daripada pekerja buruh, penganggur dan orang tua yang tinggal sendirian. Yang lainnya adalah pendatang dari tanah besar China. “Keluarga yang baru tiba dari China bersusah payah untuk hidup,” kata Hei Wah Ho, pengarah SoCO.

NGO ini dibangunkan demi perjuangan untuk mendapatkan perumahan yang lebih baik sejak 1970-an. Ketika itu, Hong Kong masih lagi satu koloni yang sedang mengharungi satu kejutan ekonomi yang menyebabkan ramai orang tercicir dan menyebabkan mereka tinggal di apartment usang dan hidup menumpang di tempat yang haram.

Kini setelah Hong Kong pesat membangun dengan tahap perkapita yang tinggi, situasi ini masih lagi sama seperti dulu.

“Hong Kong adalah salah satu negeri paling kaya dalam dunia.

“Di bawah bumbung kekayaan ini terdapat jurang yang sangat besar antara orang kaya dengan orang miskin yang semakin dilupakan.

“Pelanggan SoCO yang kurang bernasib baik semakin bertambah sementara kekayaan negeri ini semakin membesar,” kata Ho.

Organisasi ini membantu orang miskin di Hong Kong dalam satu usaha untuk menyeru kerajaan untuk memberikan tempat tinggal yang lebih selamat dan bersih.

Buat masa ini, penduduk di sana terpaksa membayar kadar sewa yang tinggi dan tunggu perumahan rakyat yang mengambil masa bertahun-tahun, itu pun jika mereka memenuhi syarat kelayakan untuk mendapatkan unit perumahan rakyat ini.

Gambar-gambar ini adalah satu usaha NGO tersebut untuk mendapatkan perhatian daripada kerajaan tempatan di sana.

Leave a Reply