Fakta, Kreatif, Macam-Macam, Manusia, menarik, Pelik, Tips

Anda Sanggup Bayar Buku Mewarna Paling Mahal Di Dunia Berharga USD30,000?

Ilustrasi Ian Beck sebelum ini muncul dalam buku popular kanak-kanak, majalan seperti Cosmopolitan dan juga muka depan album Elton John, Goodbye Yellow Brick Road. Kini, hasil karya Beck sudah menjumpai tempat baru; di dalam muka surat buku mewarna orang dewasa yang dijual pada harga USD30,000 (RM128,565)!

10 ilustrasi akan dilukis oleh Beck akan muncul di dalam buku Bespoke Colouring Book ini yang dihasilkan menggunakan kertas buatan tangan; dan muka hadapan kulit yang menggunakan huruf yang diperbuat daripada emas 24-karat.

Ianya dikatakan buku mewarna ‘mewah’ yang pertama dikeluarkan dan disasarkan untuk dijual kepada penggemar buku ilustrasi yang kini kian popular dalam kalangan pembaca dewasa.

Beck mengatakan yang dia sangat teruja untuk menjadi salah seorang yang mengambil bahagian dalam projek ini dan beliau akan berjumpa dengan pembeli untuk membincangkan gaya dan isi kandungan ilustrasi yang diinginkan oleh mereka.

Buku mewarna ini kini dijual dalam laman web VeryFirstTo, satu stor atas talian untuk mereka yang ‘terlebih kaya’.

Leave a Reply