Apa Nak Jadi Dengan Anak Dara Sekarang, Nak Pergi Kangkang Pun Ajak Orang


“Saya nak pergi kangkang. Kamu nak ikut?”

Ini mungkin ayat yang sangat pelik dan luar biasa yang keluar dari mulut seorang gadis ayu, sopan dan bertudung litup apabila mengeluarkan perkataan yang mungkin agak kurang enak didengar dek telinga. Dan mungkin ayat ini yang akan terkeluar dari mulut ku;

“Hah? kamu nak pergi apa????”

Dengan slumber pula dia menjawab,

“Itu… Nak pergi kangkang kat tepi jalan sana tu haaaa~” sambil menuding jari ke arah bangunan ditepi jalan yang berhampiran.

Ya Allah! Apa sudah jadi? Betul lah sekarang ini dunia memang sudah hampir kiamat! Apa sudah hilang akal kah gadis ayu dihadapanku ini hingga boleh berkata seperti itu? Sudah sakit mental kah gadis ini? Dengan serta-mertanya aku menepuk kepala yang tidak dihinggapi nyamuk, lalu berkata…

“Astarghfirullah’ alazim! Apa yang kamu nak buat nih? Sejak bila kamu terpesong? Aper dah tak tahu malukah kamu? Ya Allah… kesianlah dekat mak ayah kamu tu… dari kecil mereka ajar kamu jadi anak yang sopan. Dah besar panjang macam nih, nak buat benda tak senonoh pula?”

Jerkah ku. Puas hati! Orang yang sudah tidak sedarkan diri perlu diingatkan. Agar tidak menjadi fitnah dikemudian hari. Tapi, lain pula jadinya. Dengan muka hairan dan tidak puas hati, si gadis ayu menjawab;

“Eh! Apa yang kamu merepek nih? Bila pula saya kata, saya nak buat benda tak senonoh?”

Aduh, bertambah ‘panas’ hatiku! Beria-ria aku marah dan cuba hendak mengingatkan dia, dikatanya aku merepek pula!

“Apa pula saya yang merepek? Kamu tu yang merepek! Yang kamu nak pergi mengangkang kat tepi jalan tu buat apa?”

“Kah~kah~kah~” Kata-kata ku dijawab dengan deraian tawa dari gadis ayu tersebut. Ketawanya kelihatan hampir pecah perut.

“Sah lah… memang dah tak waras agaknya gadis didepan aku nih. Kesian~ muda-muda lagi, sudah sakit mental…” kata hati kecil ku.

Selepas ketawanya reda, si gadis terus menarik diriku ketepi jalan, lalu menuding jari ke arah sebuah kedai. Terkesima aku melihat kedai tersebut…

kangkang

“Hah, inilah Kang Kang nya… Kamu fikir saya nak buat apa???” Jerkah gadis tersebut kepada ku pula. Dengan perasaan yang sangat bengang bercampur geli hati, aku pun menjawab…

“Alah! Cakaplah nak pergi KEDAI KASUT !! Ini, nak pergi KANGKANG … nak pergi KANGKANG … Haishhh!!!~”

p/s: Kedai Kasut Kang Kang ini adalah kedai kasut yang popular di Bukit Gambir, Muar. Ianya bukan saja popular kerana potongan harga kasut yang sering ditawarkan. Malah ianya lebih popular kerana nama kedainya yang agak lawak bila disebut… huhu~

26 Responses to “Apa Nak Jadi Dengan Anak Dara Sekarang, Nak Pergi Kangkang Pun Ajak Orang”

  1. Aza says:

    Aduh! This is one *sweat story!!!

  2. Kak anie says:

    Sungguh mengelirukan dan boleh menimbulkan kontroversi nama kedai tu…heheheh

  3. Anonymous says:

    kampung aku..aku pon x tahu ade kedai nie..heheheh..
    da lame aku x balik..

  4. pooo... says:

    hahahahaha………lawaknyer….ape kejadah..ade juga nama kedai kangkang…hehehe…..

  5. lliizzaa says:

    kampung suamiku…xperasan lak ade kdai ni…
    mggu ni blik kg sure aku carinye kdai ni…ekekek

  6. suhaimi says:

    kakkakakak sempoi tapi mmg klakar

  7. kaWan says:

    ha’ah la aku pon x perasan kdai tu..ade ek?
    nt blk kg nk carik la..ahahaha

  8. Lepas Kerja says:

    Hah hah hah apa punya ceter daaaaaaa

  9. H@RiZ@H H@Ni says:

    Haha…lawak je…sgtku knl kedai ni….

  10. kebun_bunga says:

    Heheh……dekat jer dengan kampung atuk saya

  11. raksasa jahat says:

    x prasan pun ada kedai nie… blk kmpg nanti kena cari nie… haha~

  12. anna says:

    hahhaha geli hati lah baca story ni……..

  13. hahahahah…
    menarikmenarik..!!

  14. qalbi says:

    hahahaha~ adoi..lawak sengalicious betol lah..hilang tension…tq2..love dis..

  15. Syima says:

    Haha. memang nak gelak.

  16. berry says:

    hehehe..syok cite nih ..suke2

  17. hunniebunnie says:

    kedai ni kat kampung aku da…tahun lepas adik aku beli kasut raya kat sini….

  18. Anonymous says:

    i0148414539—rita riana…..just nk berkenalan dgn lelaki macho aje…

  19. sheila@tomey... says:

    agak2 la,,xad nme len kew selain nme kang kang…teruk2…..tp lawak jgk….hahahah

  20. sukor says:

    hahahaha yang ini memang lawak betul

  21. purple says:

    haha..aku tawu kedai ni..kt kampung aku..da bantai gelak ngn akak aku da…hahaha..:D

  22. shary says:

    haha..aq duk muar pon x tau kdai nie wujud…
    lawak sungguh~

  23. hushfreil says:

    haha,memang ada kedai ni, masa mula2 aku tgk mmg bdekah gila babi kat tepi jalan, aku siap amk gmbar tunjuk kt mbe aku, alih2 ada kua kt amazingnara, mmg amazing ~ hehe

    ps: aku tak penah masuk pun, tgk kt luar je, hmm, lps ni balik kmpg lg aku nk msk la beli sepasang selipar dari kedai kang kang ,hee

  24. AMR says:

    lawak.. hahah..

  25. neeza says:

    hahahaha..aku pnah bli kasut kt cni ry thn lps..siap free stokin spsg..ms kdai ni nk bkak..aku tcengang tgk nama kdai ni..ps2 aku glak..hahaha..dh la ltk ky corner..mmg akn nmpk la kdai ni tiap kali lalu..nth mn la dia dpt idea nk bg nama ni..

Leave a Reply