Info Semasa, Inspirasi, Kiriman Pembaca, Manusia, menarik, Tips, Viral

Apakah Jenis Anak Yang Sedang Kita Besarkan?

Bagi setiap insan yang sudah berkahwin, memperoleh cahaya mata (anak) adalah satu kurniaan daripada Tuhan yang tiada tandingannya.

Suatu anugerah yang pasti mengukir senyuman kepada sesebuah keluarga, satu nafas baru dalam membangunkan sesebuah keluarga, satu langkah dalam penghasilan generasi baru yang bakal membawa nama keluarga kepada mata orang ramai.

Tetapi perkara yang indah itu juga boleh berkembang menjadi tidak elok jika tiada penjagaan betul dan didikan yang tepat.

Di bawah ini terdapat satu konteks daripada pengguna Facebook Siva Sailam P yang menceritakan pengalamannya bertemu dengan beberapa keluarga dan pantauan beliau dalam cara didikan anak.

Sedikit sebanyak membuatkan akal fikiran kita terdetik, adakah betul selama ini cara didikan kita terhadap seorang anak? Adakah mereka bersedia untuk menghadapi dunia yang semakin kejam? Adakah mereka seorang insan yang gagah dari segi mentaliti dan fizikal?

Ataupun anak-anak kita membesar hanya sekadar menjadi seorang bayi dewasa semata-mata?

Leave a Reply