Automotive, Info Semasa, Teknologi, Tips

Aplikasi PICKnGO Terbaru Memudahkan & Memastikan Pengguna Selamat Menggunakan Servis Teksi

Terdapat aplikasi e-hailing terbaru di Malaysia dan matlamat utamanya ialah untuk menjadikan industri teksi di negara ini pada tahap yang sama seperti Uber dan Grab yang sedang mendominasi.

Aplikasi ini adalah hasil kerjasama perah otak antara 5 syarikat teksi tempatan, yang akan menyambut era baru untuk industri teksi tempatan dengan menitikberatkan kebajikan pemandu teksi di Malaysia.

Aplikasi ini sudah mula beroperasi sejak 3 bulan yang lalu dan kini mempunyai lebih daripada 1,000 pemandu teksi berdaftar.

Objektif utama aplikasi ini adalah untuk memberikan penumpang servis teksi keselamatan, kebolehpercayaan, dan kemudahan.

“Kami menyasarkan 10,000 pemandu teksi berlesen dan profesional akan mendaftar di sekitar Lembah Klang. Aplikasi ini merupakan hasil ilham 5 syarikat teksi yang berminat untuk mengikuti kemajuan teknologi dan landskap perniagaan yang berubah,” kata pengarah eksekutif, Valerie Chan, kepada wartawan ketika pelancaran aplikasi itu semalam.

5 syarikat ini ialah New Supercab Sdn Bhd, Uptownace (M) Sdn Bhd, Damai Kota Sdn Bhd, Syarikat Pemandu, Pemilik Teksi Bhd dan Perniagaan Lima Sejati Sdn Bhd.

Chan berkata bahawa pemandu teksi yang berhasrat untuk mendaftar di bawah aplikasi ini perlu menjalani latihan mandatori dan kenderaan mereka perlu diperiksa dan diinsuranskan.

“Setiap pemandu teksi PICKnGO sudah berdaftar dan telah menjalani pelbagai latihan untuk meningkatkan kualiti servis; kenderaan mereka juga sudah diinsurankan dan sentiasa diperiksa,” kata Chan lagi.

Fungsinya adalah sama seperti aplikasi e-hailing yang lain. Pengguna boleh melihat profil pemandu mereka. Google Maps akan menunjukkan lokasi pemandu teksi dan bila mereka akan tiba di lokasi pengguna.

Pengguna juga akan mempunyai fleksibiliti untuk membayar menggunakan tunai atau kad debit dan kad kredit.

Untuk menangani kebimbangan keselamatan dalam kalangan industri e-hailing, aplikasi ini turut mempunyai butang panik yang disambung terus kepada polis untuk kegunaan masa kecemasan; sama seperti saranan SPAD untuk aplikasi Uber dan Grab.

Chan turut menegaskan bahawa servis melalui aplikasi PICKnGO hanya untuk pemandu teksi yang sudah disaring dan adalah pemandu profesional dengan kemahiran perkhidmatan terkini.

Leave a Reply