(VIDEO)Trailer Game Of Thrones Season 2 Memang Buat Diri Ini Teruja

1 April 2012 ini akan menyaksikan season kedua Game of Thrones ditayangkan. Abang Nara dah layan season first. Memang awesome gila cerita ini. Bila tengok trailer 2nd season, keterujaan itu makin bertambah.

Tak sabar rasanya nak menanti. Ada sesiapa kat sini yang layan Game of Thrones?

 

(VIDEO)Glacier Runtuh Di Antartika Menyebabkan Ombak Besar

Sila pastikan anda menonton video ini sehingga ke minit 1:06. Ada penguin cute sedang melarikan diri.

Seram jugak sebenarnya dah makin banyak benda-benda sebegini yang berlaku.

 

Tragedi LRT Hampir Jatuh Di Titiwangsa

Kejadian ini dikatakan berlaku berdekatan Titiwangsa di mana anda boleh lihat dengan mata anda sendiri menerusi gambar di bawah. Daripada apa yang hangat diperkatakan di Facebook, gambar ini adalah real dan bukannya photoshop. Khabarnya satu KL jam kerana tragedi ini.

lrt titiwangsa

Seram la pulak kalau jadi salah seorang daripada penumpang LRT tersebut. Apa pun kita tunggu kesahihan gambar ini. Harap-harap semua penumpang selamat.

UPDATE: Ok Abang Nara malu. Benda lama rupanya nie. Hahaha. Boleh baca kat sini. Tahun 2009 rasanya.

 

(14 GAMBAR)Kasih Seorang Wanita Terhadap Kudanya Jadi Penyelamat

Tragedi menyayat hati yang berlaku di Australia ini sepatutnya menjadi iktibar kepada kita semua. Nicole Graham sedang menunggang kudanya, Astro di tepi pantai Australia apabila tiba-tiba mereka terperangkap di dalam selut lumpur. Ketika itu air sedang pasang dan kuda tersebut berkemungkinan besar boleh mati.

kuda

Namun Nicole Graham sentiasa berada di sisi kudanya untuk memberikan kata-kata semangat dan menjadi penenang sepanjang operasi menyelamat dijalankan. Akhirnya Astro berjaya diselamatkan hanya beberapa minit sebelum air pasang sepenuhnya. Lagi 13 keping gambar tragedi menyayat hati ini dengan membaca entri ini sepenuhnya.