Written by serenity | May 16th, 2013

Musang Fennec (Vulpes zerda) ialah sejenis spesis musang yang aktif di waktu malam di Sahara, Afrika Utara. Ia mempunyai telinga sangat besar, yang berfungsi untuk menghilangkan kepanasan. Namanya berasal dari perkataan Arab (fanak) yang bermaksud ‘musang’.


Bulu, telinga dan limpa musang ini berfungsi mengadaptasi suasana yang bersuhu panas dan kurang air di gurun. Fennec mempunyai pendengaran yang sensitif pada pergerakan bawah tanah. Secara umumnya, musang ini makan serangga, haiwan mamalia kecil dan burung.

Yang pasti, ia sangat comel! Lagi 18 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | May 14th, 2013

Pastinya anda gemar kuih tradisional bukan? Kuih-kuih tradisional sememangnya versatil, boleh dimakan sebagai sarapan, mahupun untuk minum petang. Paling sesuai jika ia dimakan bersama secangkir teh ‘o’ panas atau kopi ‘o’ panas. Memang syok. Petang-petang ini kita mengimbau kuih tradisional yang sering menjadi pilihan untuk sarapan pagi mahupun minum petang. Jom?

1. Putu Piring
Tak ramai orang pandai membuatnya. Ia diperbuat dari tepung beras, gula merah dan dimakan bersama kelapa parut. Cara terbaik beli saja di pasar. Teksturnya yang lembut di luar, basah di inti dan dilengkapkan pula kelapa parut yang lemak masin dilapiskan dengan daun pandan. Kuih ini dikukus sehingga masak. Mengasyikkan.

2. Karipap Pusing
Yang ini tidak sukar untuk dibuat, tetapi ada orang yang tidak gemarkan teksturnya yang rapuh dan kepingan pastri mudah jatuh ke atas baju jika dimakan. Tapi berbaloi bukan? Kibas sajalah serpihan yang jatuh, tak susah pun. Selepas digoreng panas-panas, makan dengan teh ‘o’ panas. Pergh!

Lagi 8 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | May 14th, 2013

Ida Skivenes dari Oslo, Norway, sering menghasilkan seni makanan apabila dia bersarapan setiap pagi.

Artis makanan ini menghasilkan semula seni yang terkenal di atas roti bakar dan juga menghasilkan seni original menggunakan buah-buahan dan sayuran.

Seni makanan yang menyeronokkan dan menyihatkan pada setiap sarapan! Lagi 24 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | May 13th, 2013

Ini ialah siri gambar kreatif yang dihasilkan oleh jurugambar New York, Beth Galton. Ia memaparkan makanan yang dipotong secara berhati-hati sehingga menjadi separuh.

Lagi 12 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | May 12th, 2013

Rasanya masih ramai antara kita yang ingat pada siri Power Rangers yang asal, bukan? Memulakan siaran pada tahun 1993, siri ini dengan cepat menjadi popular dan digilai oleh kanak-kanak. Ianya menampilkan lima orang remaja yang boleh bertukar kepada Power Rangers yang mewakili lima sut berlainan warna.


>

Sebenarnya siri ini ialah siri Super Sentai Jepun yang di’barat’kan. Pelakon-pelakon siri ini sehingga kini sudah bertukar, namun anda pasti sentiasa ingat yang asal. Jadi di manakah pelakon-pelakon asal siri ini sekarang?

Pada masa itu, ini ialah Ranger Merah:-

 

Dan ini ialah Ranger Merah yang terkini:-