Written by serenity | April 1st, 2013

Orang Asia memang terkenal dengan kreativitinya. Atas dasar itu, beberapa produk terbaru Asia telah mendapat perhatian kerana ia dianggap ‘terlebih kreatif.

1. Bekas iPhone Yang Boleh Dimakan


Dipasarkan di Jepun, bekas iPhone ini diperbuat dari emping beras dan berharga USD 85 (kira-kira RM 263.20). Ianya mudah pecah tapi sekiranya pecah, anda boleh makan bekas iPhone ini, jadi tak lah rugi sangat. Tapi siapa yang nak bayar untuk emping beras dengan harga RM 263.20?

2. Buah Pear Yang Berbentuk Bayi

Buah pear berbentuk bayi ini boleh didapati dari pasaraya di China. Memang lazat katanya rasa buah ini, tapi anda perlu makan awal-awal, sebab kalau anda simpan dalam peti ais ia akan hidup dan makan ahli keluarga anda sewaktu tidur malam.

Lagi tujuh gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

Tak pupus ditelan zaman, JKKN membawakan kepada anda Panggung Seni Tradisional 2013: Opera Kantonis di Auditorium JKKN WPKL, Jalan Tun H.S. Lee, KL pada 6 & 7 April 2012 (Sabtu dan Ahad) pukul 8.30 malam dan 3.30 petang. Tiket biasa berharga RM 20 (diskaun 50% untuk pemegang kad Sahabat Budaya JKKN, pelajar dan kanak-kanak).


Manakala tiket premier berharga RM 50 (tempat duduk eksklusif terhad + makanan/minuman). Tempahan/belian tiket, hubungi 03-20726431/6779!

 
Written by serenity | April 1st, 2013

John Luu ialah seorang budak lelaki berusia 13 tahun. Hobinya ialah bersolek dan berpakaian seperti seorang wanita. Dalam masa yang singkat, John Luu telah berjaya mengumpul berpuluh ribu pengikut di YouTube yang sentiasa menunggu transformasinya yang terbaru.


Bagaimanapun, anda harus beri kredit pada John kerana kami pasti ada lelaki yang boleh tertipu dengan penampilan John yang seperti gadis Kawaii Jepun. Ada yang memuji dan ada yang mengeji, namun John tampak tidak kisah dengan kata-kata orang sekeliling. Video ini misalnya, menunjukkan transformasi John menggunakan alat solekan untuk tampil seperti seorang gadis comel.

Lagi lapan gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

***

 
Written by serenity | March 31st, 2013

Apa yang lelaki macho boleh buat, kucing juga boleh. Tak percaya? Tengok gambar-gambar ini.


Kami rasa kucing yang menang, sebab mereka comel. LOL.Lagi 10 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 31st, 2013

Tidak lama lagi satu filem terbaru yang diasaskan dari manga popular Jepun, iaitu Dragonball akan ditayangkan. Disebabkan itu, remaja Jepun yang kreatif telah mendapat idea untuk menghasilkan gambar yang diasaskan dari satu teknik yang dipraktikkan oleh watak-watak dalam manga tersebut, iaitu Kamehameha.

Nampaknya kegilaan ini semakin merebak di sana, seperti merebaknya Gangnam Style dan juga Harlem Shake.Khabarnya juga ia mula merebak di Barat. Pernahkah anda membaca manga atau menonton anime Dragonball? Ia kelihatan seperti ini:

Lagi 14 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.

 
Written by serenity | March 27th, 2013

Teleskop Hubblespace ialah satu instrumen yang merupakan produk kolaborasi NASA dengan Agensi Angkasa Eropah (ESA). Teleskop ini sudah beroperasi selama 20 tahun dan tidak henti-henti mengambil gambar angkasa.

Berikut adalah tujuh gambar galaksi-galaksi indah di cakerawala yang telah diambil menggunakan teleskop Hubblespace.

1. Galaksi Sombrero

2. Nebula Semut

Lagi 5 gambar dengan membaca entri ini sepenuhnya.