Info Semasa, Tips

Bagaimana Untuk Mendaftar Account Online ASB di Portal MyASB

Mulai 1 Ogos 2017 urusniaga ASNB boleh dilakukan secara online melalui portal MyASB. Melalui MyASB pemilik account ASB tidak perlu lagi beratur untuk membuat pembelian dan mengemaskini account ASB di cawangan dan agen ASB.

1. Pertama sekali, anda perlu ke cawangan ASB atau agent ASB untuk mengemas kini maklumat anda.

2. Anda wajib untuk ke cawangan ASB dan agent untuk mengemaskini 2 maklumat No akaun/no ahli dan No telefon anda.

3. Selepas selesai mengemas kini maklumat tersebut, barulah anda boleh ke step sterusnya di myasnb.com.my

4. Klik pada “Mari daftar portal MyASNB sekarang”

5. Kemudian pop up akan timbuk dan tekan “TERUSKAN”

6. Tandakan pada tickbox dan tekan “SETUJU”

7. Masukkan segala maklumat peribadi seperti yang diminta *pastikan gunakan no ahli yang terbaharu (12 angka) dan click “SETERUSNYA”

8. Tekan pada “Permintaan TAC” dan SMS akan dihantar ke no telefon yang anda daftarkan dalam sistem melalui cawangan atau agen asnb

9. Masukkan no TAC yang dihantar melalui SMS Kemudian Click “SETERUSNYA”

10. Masukkan maklumat peribadi sekali lagi seperti yang diminta kemudian click “SETERUSNYA”

11. Masukkan maklumat account untuk Portal MyASB, password akan diberikan kemudian kepada anda. Click “TAMAT”

12. Portal akan berikan satu password untuk anda. Boleh simpan password tersebut ke notepad untuk memudahkan langkah seterusnya. Click “TUTUP”

13. Anda akan menerima satu notifikasi email untuk mengesahan email yang anda gunakan untuk mendaftar account MyASB. Click “VERIFY EMAIL”

14. Selepas selesai verify email, anda boleh ke portal MyASB untuk Login.

15. Click pada “Log Masuk Kali Pertama” isikan ID PENGGUNA dan click “TERUSKAN”

16. Masukkan kata laluan yang diberi semasa proses pendaftaran tadi. Copy and Paste password yang telah disimpan tadi ke dalam kotak KATA LALUAN

17. Minta TAC sekali lagi dan masukkan TAC yang diterima. Click “SETERUSNYA”

18. Masukkan kata laluan yang diberikan oleh portal kemudian masukkan kata laluan baru. Click “TUKAR KATA LALUAN”

19. Selepas berjaya tukar kata laluan, click “LOG MASUK KE PORTAL”. Click “LOG MASUK MYASB” dan masukkan ID PENGGUNA ANDA

20. Kemudian, kotak maklumat diri akan muncul. Masukkan 1 no account bank untuk transaksi pembelian unit. Pembelian unit untuk ASB akan dilakukan melalui account tersebut. Contoh jika anda menggunakan account Maybank untuk transaksi online, masukkan no account Maybank anda. Dah selesai click “TERUSKAN”

21. Tahniah, pendaftaran telah selesai dan anda boleh melakukan urusniaga pembelian dan semak portfolio pelaburan anda.

Leave a Reply